[VIDEO] Kilang pemasangan trak wujud 4,000 pekerjaan – Nasional


BAGAN DATUK 28 Jan. – Sebanyak 4,000 peluang pekerjaan bakal diwujudkan untuk golongan belia di daerah ini melalui pembinaan sebuah kilang pemasangan trak dan lori tidak lama lagi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kilang berkenaan bakal dibina di tanah seluas 161.8 hektar berhampiran lokasi Jambatan Bagan Datuk yang dalam pembinaan.

Menurut Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, sehingga kini syarikat pemasangan kenderaan berkenan telah menyatakan persetujuan untuk melabur.

“Insya-Allah, ia hampir pasti akan dibina (kilang) dan saya sendiri terlibat dalam membawa pelabur luar untuk kilang ini.

“Seluas 161.8 hektar tanah sedang dirundingkan oleh pihak terlibat bagi proses pembelian untuk tujuan pembinaan kilang berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Sepetang Bersama Timbalan Perdana Menteri di Pekarangan Kediaman Fauzi Siraj di Kampung Sungai Tiang Darat, Selekoh di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Pegawai Daerah Bagan Datuk, Datuk Hamzah Husin.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berharap golongan muda di Bagan Datuk dapat merebut peluang keemasan tersebut dengan sebaik-baiknya.

“Bagi menyokong usaha tersebut, kita juga akan menjadikan Kolej Komuniti Bagan Datuk di sini sebagai sebuah kolej yang melahirkan tenaga kerja dalam automotif,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid turut berharap Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dapat menyediakan lebih banyak inap desa di daerah ini.

Kata beliau, sebanyak 500 inap desa perlu disediakan berikutan jumlah yang ada ketika ini iaitu kira-kira 200 buah tidak mencukupi untuk menampung jumlah kedatangan pelancong yang semakin meningkat.

Dalam pada itu, beliau juga mengumumkan pembinaan Hotel Seri Malaysia dengan kelengkapan antara 200 dan 250 buah bilik di daerah ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Sembilan maut ditembak ketika menonton perlawanan bola sepak di televisyen



MONTERREY: Sembilan maut akibat ditembak apabila lelaki bersenjata dan bertopeng meluru masuk ke sebuah rumah di San Nicholas de los Garza dekat sini ketika mereka sedang menonton perlawanan bola sepak di televisyen.

Dalam kejadian pada Sabtu malam waktu tempatan itu, tujuh dilaporkan terbunuh di tempat kejadian manakala dua lagi meninggal dunia di hospital. 

Sebahagian mangsa dikatakan diarah berkumpul di bahagian tandas kediaman itu sebelum ditembak penyerang.

Insiden tembakan ini merupakan antara yang terburuk membabitkan penyokong bola sepak di Monterrey.

Monterrey merupakan bandar perindustrian di Mexico yang kini berdepan masalah jenayah melampau terutama membabitkan aktiviti pengedaran dadah.

Sekurang-kurangnya 25 orang dibunuh di Mexico pada hujung minggu yang lalu.

Pihak berkuasa Mexico pada Ahad berkata, kerajaan bersedia mengambil tindakan keras ke atas kumpulan jenayah di rantau itu di mana keganasan meningkat mendadak kepada lebih 25,000 pembunuhan tahun lepas.



Source link

read more

Resepsi Yuna-Adam meriah – KL & Putrajaya


PUTRAJAYA 28 Jan. – Penyanyi Yuna dan suaminya, Adam Sinclair malam ini mengadakan majlis resepsi dalam suasana gilang gemilang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Tuanku Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Pasangan mempelai memilih nuansa putih berkonsep tradisional ciptaan pereka Hatta Dolmat.

Yuan dan Adam diijabkabulkan kelmarin (Jumaat) pada satu majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan teman rapat di Bentong, Pahang.

Rakan-rakan artis turut memeriahkan resespsi perkahwinan Yuna dan Adam dan menghiburkan mempelai dan tetamu antaranya Hujan, Aizat Amdan dan Bunga Citra Lestari yang juga kakak ipar Adam serta Dez Duron, peserta The Voice yang juga kawan Yuna dari Amerika Syarikat.

Bapa Yuna, Datuk Mat Zarai’ai turut menghiburkan pasangan mempelai dengan lagu Perfect yang dipopularkan oleh Ed Shereen. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Unforgettable Love Poems for Every Mood


The 14 Most Insightful Things We’ve Read About Donald Trump in 2016

Seduction Nicole Fornabaio/RD.comShe walks in beauty, like the night Of cloudless climes and starry skies; And all that’s best of dark and bright Meet in her aspect and her eyes —Lord Byron, 1788-1824, England “Mad, bad, and dangerous to know,” the poet Lord Byron was the heartthrob of 19th-century London, setting the fashion for every […]



Source link

read more

Wakil rakyat BN diminta fokus bangunkan kawasan – Nasional


BAGAN DATUK 28 Jan.- Semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) diminta fokus membangunkan kawasan masing-masing serta membantu rakyat setempat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana rakyat akan membuat penilaian terhadap sumbangan mereka kelak.

Menurutnya, tindakan melayan tohmahan dan kritikan pembangkang juga tidak akan membawa apa-apa faedah untuk rakyat.

“Saya tidak mahu bercerita tentang pembangkang, kita (BN) cerita tentang diri kita sahaja. Biar mereka burukkan kita.

“Yang paling penting BN buat sahaja kerja kita. Kita mahu bangunkan Bagan Datuk, bangunkan Perak, bangunkan Malaysia menjadi sebuah negara yang makmur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Makan Malam Amal untuk kutipan dana bagi pembelian tanah dan pembinaan semula tokong Peng Aun Keong di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Cancer Screening Tests You Probably Don’t Need Yet


Cancer-cellsAP/REX/Shutterstock

Cancer screening tests give you the best chance of finding cancer as early as possible—which may sound good, but isn’t always, according to the American Cancer Society (the ACS). For one, not all cancers have a better survival rate if you discover them early; worse, some screening tests come with risks that outweigh the benefits. (Check out these 50 common cancer myths.) These guidelines can help determine the cancer screenings that make sense for you:

Breast cancer screening

Starting at age 45, the ACS recommends all women get mammograms every year, and should speak to their healthcare provider about whether additional screening tests are advisable (these include ultrasound and MRI). That age may be adjusted downward if you have an increased risk of breast cancer, including:

  • Genetic mutations such as BRCA1 and BRCA2 (Here’s why these 14 women are grateful for their genetic mutations.)
  • Personal history of breast cancer.
  • Family history of breast cancer: if you have a parent, sibling, or child with breast cancer (first-degree relatives) OR multiple family members on either side of the family who’ve had breast cancer.

Here are some ways you can lower your risk of breast cancer.

Colon cancer screening

You probably don’t need these colon cancer screening tests until you’re 50, unless you have one of these risk factors:

  • Personal history of colorectal polyps, colorectal cancer or inflammatory bowel disease
  • Family history of colorectal cancer or adenomatous polyps in first degree relatives, especially if diagnosed before age 45 or if there are multiple first degree relatives.

Lung cancer screening

You should always keep your health care provider informed about your smoking history and habits, but you probably don’t need a lung cancer screening (in the form of a low-dose CT scan) unless you smoke or you quit less than 15 years ago, and are between the ages of 55 and 80, according to the U.S. Preventive Services Task Force.

Prostate cancer screening

The U.S. Preventive Services Task Force recently changed its advice to skip the prostate-antigen specific (PSA) test entirely. Now the group says men between the ages of 55 and 69 should decide for themselves. (The group advises men 70 and older to avoid the screen.) Why the back and forth? Prostate cancer is very slow growing—most men will die from something else before the cancer becomes deadly, and prostate cancer treatment can severely impact quality of life, causing incontinence and erectile dysfunction. The exception: Men at an increased risk of prostate cancer, in which case you should discuss prostate cancer screening with your doctors starting at age 45. Those with an increased risk include African-American men and men with first degree relatives who had prostate cancer before age 65.

Skin cancer screening

The ACS doesn’t have screening guidelines for skin cancer, but knowing your own skin (and reporting changes to your health care provider) can help you survive the deadliest form of skin cancer, melanoma, and so can getting full-body skin exams as often as your health-care provider recommends.



Source link

read more

Lelaki tersepit bawah tayar jengkaut – Negeri Sembilan


SEREMBAN 28 Jan. – Seorang buruh lelaki warga Indonesia terpaksa menahan kesakitan lebih setengah jam apabila tersepit di bawah tayar selepas sebuah jengkaut dipandunya terjatuh ke dalam gaung di Jalan Besar Pekan Mantin di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.50 petang itu, mangsa berusia 30-an cedera di bahagian kepala dan badan.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, N. Sundarum berkata, seramai tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.59 petang.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati mangsa tersepit separuh badan hingga bahagian kaki di bawah tayar jengkaut.

“Jentera berat itu terjatuh ke dalam gaung sedalam enam meter di kawasan hutan kira-kira dua kilometer dari jalan utama,” katanya di sini hari ini.

Mangsa yang masih sedarkan diri berjaya dikeluarkan dalam masa 30 minit dan dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini untuk rawatan lanjut. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Yoodo – Satu Lagi Perkhidmatan Digital Dengan Kebebasan Memilih Pelan Telekomunikasi – Amanz


Akhir-akhir ini, kita telah melihat sejumlah syarikat telekomunikasi baru hadir ke pasaran. Jikalau sebelum ini kita telah melihat Maxis hadir dengan ookyo, Tapp menggunakan Digi, dan kini hadir sebuah lagi jenama perkhidmatan digital yang baru, dinamakan sebagai Yoodo. Daripada apa yang dilihat, Yoodo beroperasi dibawah Celcom.

Melalui Yoodo, anda hanya perlu memuat-turun aplikasi untuk Android atau iPhone, dan seterusnya membuat tempahan untuk kad-SIM yang akan dihantar terus kepada anda. Segala pengurusan akaun dan khidmat bantuan juga dilakukan secara atas-talian – sekaligus dilihat memfokuskan lebih kepada generasi digital masa kini.

Yoodo Celcom

Dari segi pelan, pengguna boleh menetapkan sendiri berapakah data internet yang diperlukan, minit panggilan yang diperlukan atau SMS yang diperlukan. Yoodo melalui aplikasi mereka menyediakan sebuah bar tatal khusus yang membolehkan anda melaraskan pelan mengikut keperluan anda – dan memilihnya sebagai pelan untuk pakej anda. Seperti biasa, anda turut boleh membuat perubahan pada pilihan pekan selepas membuat tetapan awal.

Yoodo

Untuk pengetahuan anda, melalui Yoodo, anda boleh mendapatkan pakej data 5GB pada harga RM30 sebulan, dan ia boleh ditingkatkan sehingga kepada 100GB. Perkara sama juga turut boleh dilakukan untuk panggilan suara dan SMS. Yoodo turut menyediakan pakej tambahan seperti 10GB data khusus untuk YouTube pada harga RM20, atau 5GB data untuk Facebook atau Instagram pada harga RM10 sebulan.

Pengguna akan diperlukan memasukkan kad kredit atau debit – dan ia akan dipotong secara automatik setiap bulan berdasarkan kepada tetapan nilai langganan anda. Menariknya bagi Yoodo adalah ia dilihat tidak memerlukan VPN khusus untuk beroperasi – berbeza dengan Oookyo atau Tapp.

Bagi anda yang berminat, boleh membuat tempahan Yoodo hari ini melalui aplikasi Android dan iOS, dan mencubanya sendiri. Memandangkan ia menggunakan rangkaian Celcom, maka kita boleh melihat liputannya adalah menyeluruh di Malaysia.

Muat-Turun Yoodo untuk Android

Muat-Turun Yoodo untuk iPhone



Source link

read more

Kaum India tidak dipinggirkan – Tengku Adnan – KL & Putrajaya


KUALA LUMPUR 28 Jan. – Kementerian Wilayah Persekutuan mengalu-alukan penduduk berketurunan India membeli kediaman Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) kerana terdapat kuota pembelian rumah itu untuk kaum tersebut di ibu negara.

Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, kerajaan memperuntukkan dana khas sebanyak RM50 juta kepada Yayasan Wilayah Persekutuan bagi pembeli kaum India yang mahu membuat pinjaman untuk pembelian unit Rumawip.

Jelasnya, usaha itu membuktikan Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak meminggirkan kaum India sebaliknya memberi perhatian penuh terhadap permasalahan mereka di Wilayah Persekutuan.

“Dalam program seperti Rumawip dan perumahan rakyat, kita sentiasa memastikan supaya kuota tertentu diberi kepada kaum India. Justeru, saya rayu supaya mereka datang ke seluruh pusat jualan Rumwip yang disediakan untuk membeli kediaman itu,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Ponggal 2018 di Yayasan Wangsa Perdana di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Dr. Mohd. Shafei Abdullah.

Dalam perkembangan sama, Tengku Adnan berkata, kaum India digesa bersatu kerana tidak ada parti selain BN yang sentiasa prihatin demi menentukan nasib rakyat Malaysia.

“Tanyalah wakil rakyat pembangkang, mereka hanya cakap (dan) cakap tetapi tidak buat kerja. BN cakap dan buat kerja. Saya percaya dengan semangat dan penyatuan dalam program hari ini dapat dikekalkan sehingga musim pilihan raya akan datang, Insya- Allah, Wangsa Maju di dalam tangan BN,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Penyanyi rap Nelly nafi rogol peminat dalam bas sewaktu konsert jelajah



PENYANYI rap terkenal Nelly menafikan tuduhan merogol seorang peminatnya dalam bas yang diguna untuk konsert jelajahnya tahun lalu di Seattle, Amerika Syarikat.

Selain itu, Nelly turut menafikan dua lagi pertuduhan melakukan salah laku seksual terhadap dua peminatnya di England.

Nelly menafikan tuduhan itu di mahkamah pada 26 Januari lepas dan sebelum itu dia turut mendesak agar pertuduhan itu digugurkan.

Nelly didakwa merogol peminatnya di dalam bas pada Oktober lalu manakala dua lagi pertuduhan didakwa dilakukan pada Jun 2016 dan Disember 2017.

Menerusi kertas pertuduhan di mahkamah yang diperoleh Associated Press, Nelly mengakui kejadian yang berlaku di Seattle adalah atas dasar persetujuan bersama.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons