Penduduk anjur protes ekoran kualiti udara teruk di Pristina



PRISTINA: Aktivis alam sekitar mengadakan protes di Pristina, Kosovo bagi mendesak kerajaan memerangi pencemaran udara yang semakin teruk di kawasan itu.

Beratus-ratus peserta mengambil bahagian dalam protes pada Rabu.

Menerusi alat pemantau kualiti udara yang dipasang di kedutaan Amerika Syarikat di Pristina, tahap pencemaran udara di ibu negara adalah sangat tinggi dan tidak sihat.

Kualiti udara di Pristina menjadi semakin teruk disebabkan penggunaan loji jana kuasa lama yang masih menggunakan arang batu, asap daripada dapur kayu dan asap ekzos dari kenderaan-kenderaan lama yang masih digunakan.

Pihak berkuasa tempatan kini memutuskan untuk mengharamkan kenderaan dari bandar-bandar lain untuk memasuki ibu kota.

Selain itu mereka turut menawarkan kawasan tempat letak kenderaan di pinggir ibu kota dan penggunaan pengangkutan awam secara percuma.



Source link

read more

Microsoft Akan Mulakan Ujian Pelayar Web Edge Untuk iPad Seawal Bulan Hadapan – Amanz


Microsoft sebelum ini sedia menawarkan pelayar web mudah-alih Microsoft Edge untuk iPhone dan Android. Untuk iOS sendiri, selepas menawarkan untuk telefon pintar iPhone, pihak Microsoft kini bersiap sedia untuk pelancaran bagi tablet iPad.

Bercakap mengenainya, wakil Microsoft kini mengatakan yang mana versi iPad akan mula diuji pada bulan hadapan, dan sekiranya semuanya berjalan lancar, kita akan melihat ia dilancarkan secara rasminya selepas itu.

Microsoft Edge adalah pelayar web daripada Microsoft yang turut diintegrasikan dengan versi desktop mereka. Bagi anda yang menggunakan iPad, anda mungkin boleh mencubanya tidak lama lagi.



Source link

read more

Bakar gambar kerabat raja, enam lelaki dipenjara – Luar Negara


BANGKOK 31 Jan. – Enam lelaki dihukum penjara antara 41 bulan sehingga lebih 11 tahun selepas didapati bersalah membakar gambar kerabat diraja Thailand tahun lalu.

Lima daripada tertuduh itu yang masih remaja manakala seorang lagi yang berusia 20 tahun telah ditahan pada Mei tahun lalu di Khon Kaen selepas didapati merosakkan gambar-gambar berkenaan.

“Mereka dituduh menderhaka, melakukan pembakaran dan memusnahkan harta awam,’’ kata peguam dari kumpulan Peguam Thailand untuk Hak Asasi Manusia (TLHR) yang mewakili kesemua tertuduh. – AFP.

habis.



Source link

read more

Nilai Perniagaan Semikonduktor Samsung Kini Lebih Tinggi Berbanding Intel – Amanz


Intel merupakan nama yang tidak asing lagi dalam arena semikonduktor dan pengeluaran cip. Setelah mendominasi pasaran selama bertahun-tahun, kini ia akhirnya tewas kepada Samsung daripada nilai pasaran.

Samsung kini telah mengumumkan penyata kewangan mereka, sekaligus memperlihatkan yang mana perniagaan semikonduktor mereka telah menjana $69.1 bilion pada 2017 yang lepas – lebih tinggi daripada Intel yang menjana $62.8 bilion.

Untuk makluman, perniagaan semikonduktor Samsung meliputi pengeluaran cip pemprosesan, memori, dan juga storan. Sejumlah besar pengeluar peranti menggunakan memori yang dikeluarkan oleh Samsung pada peranti mudah-alih, sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan Samsung dalam arena semikonduktor.

Samsung turut mengatakan mereka menyasarkan peningkatan permintaan dalam arena cip pemprosesan – terutamanya untuk pelayan, peranti IOT, dan automotif.

Intel pula seperti ramai sedia maklum, menghadapi cabaran sengit dalam arena cip pemprosesan. Percubaan mereka untuk memasuki arena peranti mudah-alih sebelum ini tewas, malah kini mereka menghadapi cabaran lebih tinggi apabila pengeluar komputer riba turut telah menawarkan komputer menggunakan cip berasaskan ARM.

Dengan Samsung menewaskan Intel ini, kita mungkin akan melihat perkembangan positif daripada kedua-dua pihak untuk terus mendominasi pasaran pada 2018 ini.



Source link

read more

Cucu maut terkena sabit kelapa sawit datuk – Nahas & Bencana


BAGAN DATUK 31 Jan. – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut setelah terkena mata sabit yang digunakan pada alat pengait kelapa sawit dalam kejadian di sebuah kebun kelapa sawit di Sungai Tiang Darat di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd. Marzukhi Mohd. Mokhtar berkata, kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu berlaku ketika mangsa, Mohd. Riduan Hakim Abd. Rashid menemani datuknya mengait kelapa sawit di kebun berkenaan.

Bagaimanapun katanya, sabit yang digunakan datuknya itu telah terjatuh bersama buah sawit sebelum melantun dan terkena bahagian kiri dada murid darjah enam di Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang Darat itu.

“Mangsa yang cedera dihantar ke Klinik Kesihatan Sungai Batang di sini namun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat,” katanya.- UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Samsung Sedang Membangunkan Cip Khusus Untuk Perlombongan Kriptowang – Amanz


Arena kriptowang mendapat perhatian ramai sejak beberapa bulan ini, sekaligus membuatkan permintaan untuk cip bagi tujuan perlombongan ini meningkat dari hari ke hari. Buat masa ini, pasaran pengeluaran cip ASIC ini dipegang oleh TSMC, iaitu salah satu pengeluar cip popular dari Taiwan.

Selain TSMC, kini Samsung turut dilihat ingin memasuki pasaran yang lebih kurang sama. Mengesahkannya kepada pihak TechCrunch, Samsung mengesahkan yang mana mereka kini terlibat dalam arena pengeluaran cip untuk perlombongan kriptowang.

Buat masa ini, Samsung masih belum bersedia untuk berkongsi info lanjut mengenai cip ini.

Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai cip baru ini dalam bulan-bulan akan datang.



Source link

read more

Pusat perubatan di Gaza tutup akibat kekurangan minyak – Luar Negara


BANDAR GAZA 31 Jan. – Tujuh pusat perubatan di Gaza memberhentikan perkhidmatannya ekoran kekurangan bekalan minyak untuk penjana elektrik, dua hari selepas hospital Beit Hanoum mengambil tindakan yang sama.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qudra memberitahu, keadaan kesihatan di kawasan terbabit telah memasuki `fasa yang tidak pernah berlaku sebelum ini’ ekoran krisis elektrik.

Pada Isnin lalu, hospital terbabit yang terletak di utara bandar ini mengumumkan akan memindahkan semua pesakit dan memberhentikan perkhidmatannya atas alasan yang sama.

Dalam pada itu, jurucakap syarikat pengagihan elektrik di Gaza (GEDCO), Mohammed Thabet berkata, bekalan elektrik minggu ini berkurangan sehingga 178 megawatt berbanding permintaan yang meningkat kerana musim sejuk.

Hospital dan pusat perkhidmatan awam di bandar ini terpaksa bergantung kepada penjana elektrik namun sering menghadapi kekurangan bekalan minyak. – AFP

habis.



Source link

read more

Tentera pakatan Syria-Rusia burukkan keadaan di Idlib dan Hama – PBB



NEW YORK: Ketegangan yang memuncak di beberapa wilayah di Syria kini memaksa lebih 270,000 warga Syria menjadi pelarian di dua wilayah.

Dalam laporan yang dibentangkan Badan Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa Bersatu PBB pada Majlis Keselamatan PBB, kesemua mangsa konflik terbabit kini menjadikan 160 kem penempatan sementara di dua wilayah Idlib dan Hama sebagai tempat berlindung.

Menurut jurucakap badan terbabit, Ursula Mueller, selain masalah kekurangan bekalan makanan, warga Syria terbabit turut berdepan kekurangan bekalan ubat-ubatan ekoran cuaca sejuk.

“Dalam musim sejuk dan basah ini, kebanyakkan keluarga tidak mempunyai apa-apa selain khemah-khemah yang dikongsi dengan keluarga lain” jelas Mueller.

Punca lambakan pelarian terbabit adalah susulan peningkatan serangan terhadap kumpulan pemberontak oleh tentera pakatan Syria-Rusia yang meningkatkan serangan mereka di kedua-dua wilayah Idlib dan Hama sejak pertengahan Disember tahun lalu.

“Siri serangan udara dan pertempuran darat selatan Idlib dan Hama punca kepada lambakan pelarian ini.” jelasnya.

Laporan yang dibentangkan pada Rabu itu merekodkan sekurang-kurangnya 16 buah hospital dan klinik di Idlib menjadi sasaran serangan.

Manakala di Afrin, sekurang-kurangnya 15,000 orang menjadi pelarian dengan lebih 1,000 menjadi perlindungan di wilayah Aleppo susulan peningkatan menentang pendudukan kumpulan pemberontak Kurdish di sempadan Syria-Turki.

Mueller turut memaklumkan kepada Majlis Keselamatan PBB berhubung sekatan bantuan kemanusiaan masuk ke Syria oleh pentadbiran Bashar Al Assad di beberapa wilayah yang teruk terjejas.

Sekatan dipercayai dibuat selepas lawatan Ketua Bantuan Kemanusiaan PBB, Mark Lowcock pada awal Disember.

Setakat ini bilangan penduduk di seluruh Syria yang memerlukan bantuan mencecah angka 13.1 juta orang dengan lebih enam juta menjadi pelarian.



Source link

read more

Asus Dijangka Menggunakan Penjenamaan “TUF Gaming” Untuk Komputer Riba Permainan Asas – Amanz


Asus sedia menggunakan penjenamaan TUF Gaming pada papan induk sebelum ini, dimana papan induk berkaitan hadir pada harga premium serta ciri tahan lasak dan sebagainya. Kini, melalui desas-desus awal yang kami dengar, Asus dijangka mula menggunakan jenama ASUS TUF Gaming ini untuk komputer riba permainan dengan spesifikasi asas.

Seperti ramai sedia maklum, pada hari ini Asus memasarkan komputer riba permainan dengan spesifikasi pertengahan dan tinggi dibawah jenama ROG, dan untuk spesifikasi asas, mereka menjenamakannya dibawah panggilan nama kod FX, dan sebagainya. Dengan penggunaan jenama TUF Gaming ini, ia akan memudahkan lagi para pengguna memahami penawaran Asus, sekaligus memposisikan jenama berkenaan lebih tinggi dikalangan peminat komputer riba permainan.

ASUS TUF Gaming

Dibawah ASUS TUF Gaming ini kelak, ia akan menawarkan sejumlah ciri menarik, termasuk prestasi yang stabil, sokongan dwi-kipas, kualiti binaan yang baik dari segi papan kekunci dan sebagainya, serta sokongan skrin pada kadar segar semula 120Hz. Komputer riba pertama dibawah siri ini dijangka akan hadir dengan kad grafik GTX 1050 atau 1050 Ti, selain dilengkapi cip pemprosesan generasi terkini daripada Intel.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai penjenamaan semula baru ini.



Source link

read more

Sistem pilihan raya Malaysia… apa yang tak adilnya? – Najib


Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak wajar mempersoalkan ketelusan sistem pilihan raya negara ini memandangkan sistem sama digunakan mengangkatnya menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri menyifatkan desakan Mahathir yang dibuat semasa pertemuan dengan Kesatuan Eropah (EU) baru-baru ini sebagai suatu yang aneh.

“Malah sistem ini diangkat menjadi lebih telus berbanding dahulu,” kata beliau yang juga Presiden UMNO semasa sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi hari ini.

Najib juga membuat perbandingan sistem pilihan raya semasa zaman Mahathir dimana beberapa pembaharuan dilakukan seperti  adanya ejen mengundi, ejen pengiraan undi dan dakwat kekal.

“Jadi, peluang nak menipu tidak ada langsung, jadi macam mana boleh kata pilihan raya tidak adil?

“Kenapa 22 tahun (Mahathir) tidak komplen sistem itu, sistem sama yang kita gunakan,” ujarnya lagi.

Pada minggu lalu, Mahathir bersama pemimpin blok Pakatan Harapan (PH) mengadakan pertemuan tertutup dengan wakil duta Kesatuan EU, langkah yang sebelum ini tidak pernah dibenarkan oleh beliau sendiri semasa menjadi perdana menteri.

Dalam pertemuan itu, Mahathir yang juga Pengerusi PH mendesak Kesatuan EU supaya memberi tekanan kepada kerajaan untuk memastikan Pilihan Raya Umum Ke-14 dijalankan secara bersih dan adil.

Pelbagai pihak mengecam dan membidas Mahathir dan PH yang mengadakan pertemuan tersebut pada ketika Kesatuan EU sudah membuat keputusan untuk memboikot kepala sawit negara yang merupakan sumber pendapatan utama kepada ekonomi negara. – MalaysiaGazette



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons