BANDAR GAZA 31 Jan. – Tujuh pusat perubatan di Gaza memberhentikan perkhidmatannya ekoran kekurangan bekalan minyak untuk penjana elektrik, dua hari selepas hospital Beit Hanoum mengambil tindakan yang sama.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qudra memberitahu, keadaan kesihatan di kawasan terbabit telah memasuki `fasa yang tidak pernah berlaku sebelum ini’ ekoran krisis elektrik.

Pada Isnin lalu, hospital terbabit yang terletak di utara bandar ini mengumumkan akan memindahkan semua pesakit dan memberhentikan perkhidmatannya atas alasan yang sama.

Dalam pada itu, jurucakap syarikat pengagihan elektrik di Gaza (GEDCO), Mohammed Thabet berkata, bekalan elektrik minggu ini berkurangan sehingga 178 megawatt berbanding permintaan yang meningkat kerana musim sejuk.

Hospital dan pusat perkhidmatan awam di bandar ini terpaksa bergantung kepada penjana elektrik namun sering menghadapi kekurangan bekalan minyak. – AFP

habis.



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: