Serangan hendap di pangsapuri seorang anggota polis terbunuh



DENVER: Seorang anggota polis terbunuh manakala empat yang lain cedera dalam satu insiden serangan hendap di Colorado, Amerika Syarikat.

Ia berlaku di sebuah pangsapuri di Highlands Ranch, Selatan Denver.

Pihak berkuasa mengesahkan dua orang awam ditembak suspek sebelum dia ditembak mati polis.

Penduduk di kawasan berkenaan diletakkan dalam amaran ‘kod merah’ dan diarah menjauhi tingkap ketika insiden.

Orang ramai juga diminta mengelakkan kawasan tersebut sementara pasukat SWAT menjalankan siasatan.

Dalam sidang media yang diadakan Sherif Douglas County, Tony Spurlock mengesahkan anggota yang maut sebagai Zackari Parris, 29 tahun.

Siasatan awal mendapati, serangan membabitkan dua lelaki rakan sebilik di premis berkenaan.

“Selepas masuk ke pangsapuri berkenaan, kedua-dua mereka ditembak suspek.

Suspek melepaskan sekurang-kurangnya 100 tembakan sebelum terbunuh. Bagaimanapun identiti suspek masih belum boleh didedahkan,” jelas Spurlock.

Sheriff Spurlock juga mengesahkan empat anggota polis cedera berusia dalam lingkungan 28 dan 41 tahun dan berada dalam keadaan stabil.



Source link

read more

Azmin anggap kenyataan hina mufti keterlaluan – Selangor


SHAH ALAM 31 Dis. – Tindakan Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyalahkan mufti berhubung insiden Memali yang berlaku 32 tahun lalu seolah-olah membuatkan pemimpin lain dalam gabungan pembangkang itu tidak senang duduk.

Mungkin bimbang tindakan sedemikian boleh mencetuskan kemarahan serta kecaman daripada rakyat, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerusi akaun Twitter miliknya semalam mengkritik mana-mana pihak yang mempersenda serta menfitnah mutfi atas kepentingan politik.

Walaupun tidak menamakan mana-mana individu yang menjadi sasaran kritikannya itu, kenyataan Mohamed Azmin tersebut dibuat beberapa jam selepas Dr. Mahathir dilapor menyalahkan golongan mufti ketika menyampaikan ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Pusat Konvesyen Ideal (IDCC) di sini semalam.

“Memfitnah mufti adalah satu tindakan yang keterlaluan. Taubat nasuha, hentikan sandiwara.

“Tidak wajar mana-mana individu mempersenda dan memperlekehkan mufti kerana kepentingan politik. Kita boleh berbeda pandangan tetapi jangan aibkan orang lain,” katanya.

Semalam, Dr. Mahathir menyalahkan golongan mufti kerana tidak menyangkal amanat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dikatakan menjadi punca tercetusnya insiden berdarah tersebut pada November 1985.

Menurut Dr. Mahathir, mufti ketika itu diam seribu bahasa seolah-olah mereka bersetuju dengan amanat Abdul Hadi berkenaan selain menggelarkan mereka kafir kerana tidak pula menyertai Pas.

Tragedi Memali di Baling, Kedah yang berlaku ketika Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri mencatatkan titik hitam dalam sejarah negara ini apabila 18 nyawa dilaporkan terkorban. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

PBT perlu tekankan mutu dan kualiti perkhidmatan



SEGAMAT: Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu lebih prihatin dan memberi penekanan kepada mutu dan kualiti perkhidmatan kepada masyarakat dengan lebih berkesan,

Beliau berkata tugas PBT sebagai sebuah kerajaan tempatan telah berkembang dan menjadi lebih besar dalam menghadapi cabaran alaf baharu abad ke-21 ini.

“Desakan dan keperluan untuk PBT berubah didorong oleh saiz masyarakat yang kian bertambah menyebabkan berlaku peningkatan dari segi masalah, keperluan dan isu yang perlu diselesaikan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengisytiharan Majlis Perbandaran Segamat di Dataran Segamat, di sini pada Ahad.

Majlis Perbandaran Segamat sebelum ini dikenali sebagai Majlis Daerah Segamat.

Beliau berkata selain itu juga peningkatan jumlah masyarakat majmuk kepada saiz yang lebih besar menjadikan keperluan masyarakat semasa jauh berbeza daripada 10 atau 20 tahun dahulu.

Mohamed Khaled berkata pentadbiran beliau mengambil serius mengenai kualiti perkhidmatan yang disampaikan oleh PBT dan mahukan institusi ini menjadi entiti yuang dipacu oleh prestasi.

Turut hadir pada majlis malam ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam dan Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

–BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons