Apalah malang nasib burung merak ini ada tiket namun tidak dibenarkan naik pesawat



CHICAGO: Cubaan seorang penumpang penerbangan United Airlines di Amerika Syarikat untuk membawa bersama seekor burung merak miliknya dalam penerbangan dari New Jersey ke Los Angeles gagal apabila syarikat penerbangan terbabit melarang burung berkenaan menaiki pesawat berkenaan atas  faktor kesihatan dan keselamatan.

Penumpang berkenaan yang dikenali sebagai Ventiko merupakan seorang jurukamera dan artis seni persembahan yang berasal dari New York, mendakwa sudahpun membeli tiket untuk haiwan peliharaannya itu.

Namun haiwan itu tetap dilarang menaiki penerbangan berkenaan atas faktor kesihatan dan keselamatan.

Jurucakap United Airlines Andrea Hiller berkata burung merak tersebut tidak memenuhi garis panduan had saiz dan berat, malah perkara tersebut sudah dimaklumkan kepada Ventiko sebanyak tiga kali sebelum dia tiba di lapangan terbang.

Syarikat penerbangan tersebut juga menjelaskan bahawa penumpang perlu menyediakan dokumentasi yang sahih daripada pegawai kesihatan profesional sekurang–kurangnya 48 jam sebelum berlepas.

Sementara itu, sebuah rancangan televisyen tempatan melaporkan bahawa ini bukan kali pertama wanita itu cuba untuk membawa bersama binatang peliharaannya menaiki pesawat.

Dalam cubaannya sebelum ini, wang wanita itu dikembalikan, malah syarikat penerbangan turut membayar tambang teksi ke hotel penginapan burung merak dan tuannya itu.



Source link

read more

Ways to Stop Comparing Yourself to Others


9 Weird Facts You Never Knew About Laughter

fizkes/ShutterstockStop living through social media Facebook, Instagram, Twitter, and the like can be a fun pastime, but the problem with them becomes apparent pretty quick, says Clarissa Silva, a behavioral scientist who studies the impact of social media on our lives. Everyone is showing their best selves online and we end up comparing our worst […]



Source link

read more

Sokongan Samy Vellu kepada BN tak berubah


KUALA LUMPUR – Sokongan saya kepada Barisan Nasional (BN) tak berubah, kata bekas Presiden MIC, Tun S. Samy Vellu.

Menurutnya, kesetian beliau terhadap Perdana Menteri kini, Datuk Seri Najib Razak juga tidak berubah.

“Tetapi kini, sokongan saya hanya berpihak kepada kerajaan yang dipimpin oleh Najib. Saya sentiasa sokong pentadbiran sekarang,” katanya selepas menghadiri sambutan Thaipusam yang ke-128 di kuil Sri Subramaniyar Swamy di Batu Caves hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut hadir pada majlis sambutan yang sama.

Samy yang kini Duta Khas ke India dan Asia Selatan berkata, kesetiaan dan sokongan beliau hanya akan ‘berpihak’ kepada kepimpinan kerajaan sekarang.

Sementara itu, ditanya mengenai Tun Dr. Mahathir Mohamad, Samy enggan mengulas lanjut mengenai bekas bosnya itu.

“Tidak ada komen. Jangan tanya saya tentang Mahathir kerana sokongan saya tetap pada pemerintah ketika ini. Saya tidak mahu dan tidak memberi sebarang komen tentang beliau.

“Pada saya, saya pernah bekerja dengan beliau selama 21 tahun. Kami bersama-sama telah bekerja dalam semua aspek, saya telah banyak bertemu beliau untuk mendapatkan nasihat kerana ketika itu beliau adalah Perdana Menteri.

“Beliau adalah seorang pemimpin yang baik. Itu sahaja yang saya mahu katakan tetapi saya tidak akan beri apa-apa komen lebih dari itu. Tanya saya tentang pentadbiran kerajaan kini, saya sedia jawab,” katanya.

Sebelum ini, Mahathir pernah menuduh Samy tidak melakukan apa-apa sumbangan sehingga menyebabkan masyarakat India di negara ini mundur namun pada tahun 2012, Samy tampil memberi kenyataan kekalahan besar beliau di kerusi Parlimen Sungai Siput berpunca daripada Mahathir.-theRakyat



Source link

read more

KARTEL AZMIN DAH MULA “PANIK”!!! ~ SEMUT HITAM


Tidak sampai 1 jam dinaikkan di Facebook butiran pendedahan mengenai jenayah Sindiket Pasir yang dikaitkan dengan Kartel Azmin Ali, mereka yang terlibat mula menggelupor tak tentu arah.

Dan tidak sampai 24 jam dinaikkan butiran pendedahan mengenai akaun bank, milikan saham, milikan hartanah dan harta Si Azmin Ali, akaun Facebook Chagibard telah dibekukan.

Tambah mengharukan lagi keadaan, posting berkaitan dengan pendedahan tersebut telah dipadam. Kemungkinan besar, perkara tersebut juga ada kaitan dengan Kartel Si Azmin Ali tu juga.

Tindakan itu secara tidak lansung menunjukkan betapa panik mereka yang terdiri dari kalangan puak kartel Si Azmin ini berikutan pendedahan yang telah dibuat oleh Si Chagubard.

Ini belum berkuasa sudah ingin menyekat media, bayangkan jika mereka ini menguasai kerajaan sepenuhnya, sudah pasti yang mendedahkan korupsi seumpama ini akan ditahan dibawah akta ISA.

Bukan satu rahsia bahawa dibawah kartel Azmin wujud kumpulan cybertrooper yang berbayar dan setiap orang dari mereka turut mengendalikan berpuluh akaun Facebook palsu.

Kemungkinan mereka inilah yang menggunakan ratusan akaun membuat aduan kepada pengurusan Facebook sehingga akaun Si Chagubard itu dibeku dan pendedahan tersebut dipadamkan.

Nampak gayanya PKR kini sudah semakin terdesak sehingga terpakasa menggunakan taktik sedemikian untuk menutup kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin – pemimpin atasan mereka.

Tapi apa yang lebih memalukan ialah apabila mereka siap anjur himpunan bagi menolak amalan Politik Kotor sedangkan dalam masa yang sama, mereka juga yang menggunakan taktik seumpama itu menjaga kepentingan Politik Peribadi diri sendiri!!!




Source link

read more

Tidak banyak negara beri rawatan kesihatan percuma – Dr Subramaniam


KUALA LUMPUR – Polisi perkhidmatan kesihatan percuma yang diamalkan di Malaysia sejak zaman merdeka lagi bukan mudah untuk dilaksanakan dan ia menjadi cabaran kepada kerajaan untuk mengekalkan sistem tersebut.

Ini kerana jumlah penyakit semakin banyak, jenis penyakit yang berbeza, jangka hayat rakyat Malaysia semakin panjang, bilangan warga emas meningkat, keperluan penyakit dan kesihatan serta kos perubatan bertambah dan teknologi kesihatan baru yang canggih juga mahal.

Walaupun, bayaran dikenakan sebanyak RM1 bagi setiap pesakit kecuali warga emas, namun kadar itu pun tidak cukup menanggung kos pentadbiran.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam berkata, perkara-perkara itu memberi cabaran kepada kementerian berkenaan untuk mengekalkan sistem itu dengan dasar sedia ada, pada masa sama memenuhi harapan dan kepuasan rakyat.

Meskipun begitu, kerajaan sudah memberi perkhidmatan terbaik dalam perkhidmatan kesihatan.

Ini dibuktikan menerusi kajian Penerimaan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan dalam kalangan rakyat, yang mana 75 peratus berpuas hati dari aspek sistem, perkhidmatan, rawatan dan sikap doktor.

Penarafan itu sama dengan hospital swasta, katanya.

Cuma yang membezakan ialah di swasta masa menunggu lebih pendek dan boleh berjumpa doktor serta-merta. Itu kelebihan di hospital swasta tetapi kosnya tinggi manakala di hospital pula awam percuma.

“Rakyat sebenarnya memahami perkara ini dan kita sebenarnya memberi perkhidmatan kepada mereka yang tidak mampu ke swasta (hospital).

“Rakyat sendiri sudah ada keyakinan kalau sakit, tidak takut dalam poket ada duit ke tidak, boleh pergi ke hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan. Itu mustahak kerana tidak banyak negara di dunia memberi rawatan percuma,” katanya dalam program Bicara 4 Mata di sini.

Jelas Subramaniam, Malaysia adalah antara negara yang mencapai status Perlindungan Kesihatan Universal, yang mana rakyatnya disediakan perkhidmatan secara percuma sejak merdeka sehingga hari ini.

“Kerajaan Barisan Nasional ada pendirian bahawa apa pun berlaku , dasar kita yang mana rakyat berpendapatan rendah dan tidak mampu untuk mendapat rawatan dari mana-mana tempat lain, kerajaan akan berterusan menyediakan perkhidmatan kesihatan percuma,” tambah beliau. – theRakyat



Source link

read more

Apple Dijangka Memberikan Nafas Baru Skrin Utama iOS Pada 2019 – Amanz


Setiap tahun, Apple akan menawarkan kemaskini sistem operasi mudah-alih untuk iPad dan iPhone, iaitu iOS. Pada tahun ini, Apple dijangka menawarkan iOS 12, namun, kini menurut laporan awal daripada Axios, Apple dijangka akan menangguhkan sejumlah perkara baru yang disasarkan untuk iOS 12 sebelum ini ke tahun 2019 kelak.

Apple dikatakan akan memfokuskan lebih kepada kestabilan sistem operasi iOS sendiri pada 2018 ini, disamping menambah-baik lagi prestasi dan sekuriti sistem operasi berkenaan.

Untuk 2019 kelak pula, Apple dijangka menawarkan kemaskini rekaan skrin utama, rekaan baru untuk antaramuka ketika menggunakan peranti dalam-kenderaan, selain penambah-baikkan kepada aplikasi sedia ada utama seperti Mail, penyuntingan gambar dan sebagainya. Apple juga dijangka menawarkan kemaskini pengalaman perkongsian media pada 2019 kelak.

Bagi tahun ini pula, selain kemaskini prestasi dan sekuriti, Apple turut dijangka menawarkan beberapa perkara baru, termasuk penambah-baikkan untuk AR dan juga kawalan ibu-bapa untuk peranti.

Kebiasaannya, Apple akan memperkenalkan kemaskini iOS baru pada WWDC, sebelum melancarkannya kepada umum sekitar Oktober kelak.

Seperti biasa, Apple tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan perkara ini buat masa ini.



Source link

read more

How to Reduce Your Risk of Breast Cancer


Fight the odds

Boxing-glovesPR Image Factory/Shutterstock

Breast cancer is the most common cancer among European women. Even though the five-year survival rate—82 percent—has vastly improved over the past 30 years, one in eight women can still expect to be diagnosed with breast cancer. (It’s about 100 times rarer in men.) Many risk factors are out of our control: we’re more likely to develop the disease the older we get, for instance, or the taller we are, although this link may have to do with factors such as diet in childhood that contribute to height in adulthood. But current research is finding that women can, to some extent, shape their own odds.

“It’s incredibly important that people know they are not powerless,” says Susannah Brown, senior scientist at the World Cancer Research Fund (WCRF) in London, U.K. “There are steps they can take to help reduce their risk.”

Earlier this year, the WCRF partnered with the American Institute for Cancer Research to analyze more than 100 studies drawing on data from millions of women around the world. They found strong evidence of lowered breast cancer risk with simple lifestyle interventions. “It’s never too late to get healthier,” says Brown. “But the earlier you start, the better.” Here are some myths about breast cancer that you can safely ignore.

Here’s how to lower your risk.

Reduce alcohol intake

AlcoholTWStock/Shutterstock

If you’re drinking for your health, think again. What you’re actually doing is raising your risk of seven different cancers, including colorectal and liver cancer. One drink a day increases your chances of developing breast cancer specifically by as much as 10 percent. Two drinks and you double it by up to 20 percent. Learn more about the link between alcohol and breast cancer.

“A lot of women are shocked by that,” says Dr. Julian Kim, a radiation oncologist with CancerCare Manitoba in Winnipeg. “They want to drink a glass of wine to relax, and they think they’re getting away scot-free.” Alcohol can increase levels of estrogen, which, like other hormones, delivers messages that control cell division in the body. Increased lifetime estrogen exposure is associated with breast cancer.

That’s why getting your first period before age 12 and reaching menopause after 55 are risk factors for the disease. Plus, when we metabolize alcohol, it’s converted into a toxic by-product called acetaldehyde, which can damage DNA and interfere with our ability to repair it.

“Even less than one drink a day raises the risk for breast cancer by 5 percent compared with non-drinkers,” says Dr. Evandro de Azambuja, Medical Director of the Breast European Adjuvant Study Team at the Institut Jules Bordet in Brussels.

Be physically active

fitnessDaria Medvedeva/Shutterstock

Exercise lowers the risk of breast cancer, and being inactive increases it. The protective effects vary depending on whether or not you’re postmenopausal, whether the exercise is moderate or vigorous (gauged by whether or not you can chat comfortably while engaged in it), and how much time you devote to physical activity.

“The more you exercise, the lower your risk for breast cancer,” says Dr. Jayant Vaidya, MBBS, PhD, breast surgeon and professor of surgery and oncology at University College London. Studies show that premenopausal women who are the most active cut their risk by 17 percent.

Aim for at least 30 minutes of brisk exercise a day for prevention, but remember that any activity is better than none. “We know (exercise) also reduces the risk of at least 13 other cancers,” says Dr. Christine Friedenreich, a Calgary, Canada based epidemiologist at Alberta Health Services, who is part of a project to quantify all modifiable risk factors for all cancers across Canada. Here are more cancers that exercise can help prevent.

It’s likely there are many different ways physical activity is protective against breast cancer. Exercise decreases levels of estrogen in post-menopausal women and improves the immune system, and if you’re active outdoors, the vitamin D exposure from the sun may even make a difference. However, further research is needed to understand the impact of different kinds of activity on the body’s cells.

It can be challenging to incorporate more exercise into our hectic lives, but Shawn Chirrey, senior manager of health promotion for the Canadian Cancer Society, says that policy shifts in workplaces and municipalities can have an influence. Employers can provide discount gym memberships or find ways to increase activity levels at work. Cities can build bike lanes. “Environments can encourage people to make physical activity part of their day,” he says.

Control your weight

ScaleKitch Bain/Shutterstock

Being overweight or obese in later adulthood is a clear risk factor for postmenopausal breast cancer (a category that includes most cases; an estimated 83 percent of breast cancers are diagnosed after the age of 50). Putting on weight after menopause also makes you more likely to get breast cancer.

“Every 10 kilograms of postmenopausal weight gain is associated with an 18 percent relative increased risk,” notes Dr. Julian Kim at CancerCare Manitoba. (“Relative risk” means you’re 18 percent more likely to get breast cancer than someone of similar age and body type who hasn’t gained weight. Maintaining a healthy weight protects against other types of cancer as well, not to mention diabetes, heart disease, and stroke.)

“There is increasing evidence linking obesity to cancer,” says Dr. de Azmbuja. “A recent analysis of 82 studies of more than 200,000 breast cancer patients found a 75 percent increase in mortality in premenopausal women and a 34 percent increase in mortality in postmenopausal women who were obese when their cancer was diagnosed.”

As with exercise, there’s no single reason why weight influences breast cancer risk. After menopause, however, fat tissue is a key source of estrogen. Researchers have also identified links between obesity and chronic inflammation of fat tissue, which may be responsible for an elevated cancer risk in the breast. The same applies to higher levels of insulin. Whatever the reason, controlling weight, particularly after menopause, will protect you against breast cancer.

Content continues below ad

Prevention in a pill?

Pink-pillPavel Kubarkov/Shutterstock

“Of all the big cancers—breast, lung, gastrointestinal—there’s only one that can be prevented with medications, and that’s breast cancer,” says Dr. Julian Kim at CancerCare Manitoba. Tamoxifen and raloxifene, which block estrogen receptors in breast cells, provide up to a 50 percent reduction in relative risk. Exemestane and anastrozole lower residual levels of estrogen in postmenopausal women, resulting in an up to 65 percent relative risk reduction.

This matters if your risk happens to be higher than average to begin with. In 2015, an international study of more than 67,000 women resulted in a groundbreaking new breast cancer risk calculator. Called the polygenic risk score (PRS), it takes into account what’s in your genes—not whether you carry a BRCA gene mutation— but whether a particular set of spelling mistakes in your genome is associated with greater or lower odds of developing breast cancer.

Research is ongoing, but it is important that women talk to their doctor or specialist about whether they should take medication. And if you experience any of these symptoms, make sure you talk to your doctor.

Avoid hormone replacement therapy

Hormone-pillsTero Vesalainen/Shutterstock

Hormone replacement therapy (HRT) is used to treat symptoms of menopause caused by sharply declining estrogen levels, like hot flashes, sleep disruption and vaginal dryness. It involves taking supplemental estrogen by pill or patch, sometimes in combination with another hormone, progestin. But experts estimate that HRT, which exposes postmenopausal women to increased estrogen, causes 15 percent of all new cases of breast cancer.

“Deciding whether to take HRT is a complex decision a woman needs to make with a specialist,” says Dr. Vaidya. “HRT increases the risk for breast cancer, but can also make a huge improvement in the quality of life in some women with severe menopausal symptoms. Each woman needs to carefully consider the pros and cons to make a joint decision with their doctor.”

Depending on your symptoms, your doctor may suggest local estrogen therapy, which uses low-dose vaginal estrogen, like a cream or ring, and carries a much lower risk because very little estrogen will get into your bloodstream and circulate. If you do opt for hormone replacement therapy, use it for as short a period as possible, and no more than five years. The elevated risk of breast cancer dissipates a few years after stopping HRT.

“Combined estrogen/progesterone therapy has the greatest risks when used for longer than three to five years, so if you and your doctor decide the benefits of HRT outweigh the risks, take it for no longer than this time,” says Dr. de Azambuja.

While the emerging evidence for preventing breast cancer is hopeful, putting it into practice may seem daunting. “To make healthy lifestyle changes that will last, find a way to fit them into your daily routine, and don’t try to incorporate too many at once,” advises Brown.

“If you’re overweight, dieting and exercising about eight hours a week, is enough to take off kilos,” says Dr. de Azambuja. “The weight loss will not only help you feel good, but you’ll reduce your risk for breast cancer, too.” Check out these other simple lifestyle changes you can make to reduce your risk of breast cancer.



Source link

read more

Kalau boleh nak simpan rambut panjang tapi ….. – Janna Nick



PELAKON Janna Nick yang sering tampil dengan imej rambut pendek ala boy cut mahu menyimpan rambut panjang sempena tahun baru.

“Kalau boleh saya memang nak simpan rambut panjang sebagai penampilan baru untuk tahun 2018. Tetapi semuanya bergantung dengan karakter yang akan saya jayakan.

“Kalau saya mendapat karakter lasak yang memerlukan saya menggayakan rambut boy cut, saya akan tetap potong rambut,” kata Janna yang ditemui ketika majlis peragaan fesyen jenama Fatimah Mohsin sempena The Wedding KL 2018 baru-baru ini.

Menyusun jadual lakonan, pengacaraan dan nyanyian, Janna membahagikan masa dengan baik untuk mengembangkan kerjaya seninya.

“Alhamdulillah, cabang kerjaya yang saya ceburi semuanya berjalan dengan baik. Saya mahu mengimbanginya dan memberikan hasil kerja terbaik.

“Setakat ini, saya ada menerima beberapa tawaran lakonan drama bersiri termasuk di Singapura. Dalam bidang muzik, saya baru sahaja melancarkan single terbaru yang berjudul Akan Bercinta dan saya juga menjadi pengacara rancangan Melodi yang bersiaran setiap Ahad,” katanya lagi.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Janna



Source link

read more

Aubameyang sarung jersi Arsenal – Bola Sepak


LONDON 31 Jan. – Pierre-Emerick Aubameyang mengesahkan penghijrahan ke Arsenal dari Borussia Dortmund dengan rekod pemain termahal kelab itu yang bernilai 56 juta pound (RM310 juta) sebentar tadi, di mana ia merupakan perpindahan terbesar pada hari terakhir jendela perpindahan bulan ini.

Bos Arsenal Arsene Wenger, yang pada Ogos lalu menahan Alexis Sanchez daripada berpindah ke Manchester City selepas gagal mendapatkan khidmat Thomas Lemar dari Monaco, enggan menunggu lama sehingga saat akhir membawa masuk penyerang kebangsaan Gabon itu.

Perpindahan itu menyaksikan Wenger berjaya memujuk ahli lembaga Arsenal untuk membayar yuran perpindahan pemain berusia 28 tahun itu lebih daripada penyerang kebangsaan Perancis Alexandre Lacazette, 46.5 juta pound (RM257 juta) pada Ogos lalu.

“Pierre-Emerick Aubameyang menyertai kami dari Borussia Dortmund dengan kontrak jangka masa panjang dan rekod perpindahan kelab ini,” kata Arsenal dalam satu kenyataan.

Skuad Gunners menyifatkan Aubameyang sebagai penyerang paling bernilai di dunia.

“Dia menjaringkan 98 gol dalam 144 perlawanan Bundesliga untuk Dortmund, dengan sejumlah 172 gol dalam 213 perlawanan dalam semua pertandingan untuk bekas kelabnya itu,” tambah kenyataan tersebut.

Ketibaan Aubameyang bagaimanapun disambut dengan kehilangan pemain veteran Perancis Olivier Giroud yang berpindah ke Chelsea, biarpun Wenger merasa kecewa melepaskannya ke Stamford Bridge pada ketika mereka telah melambai Alexis Sanchez yang menyertai Manchester United awal bulan ini.- AFP



Source link

read more

Jokowi enggan pakai baju kalis peluru di Kabul



JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo yang sedang dalam lawatan rasmi ke Afghanistan dilaporkan enggan memakai baju kalis peluru yang disediakan pihak keselamatan, lapor portal berita Kompas.com.

Langkah keselamatan tambahan itu pada awalnya disediakan pihak tuan rumah berikutan keadaan di Afghanistan yang tidak stabil.

Dua hari sebelum kunjungan tersebut, berlaku serangan pengganas di Kabul yang melibatkan bom yang dipasang pada sebuah ambulans meledak lalu mengorbankan lebih 100 orang.

“Pihak Afghanistan telah bersdia dengan kawalan keselamatan termasuk kereta antipeluru dan baju kalis peluru,” ujar Pegawai Khas Komunikasi presiden Johan Budi di Kompleks Istana Kepresidenan, Jakarta, pada Selasa.

BACA: Jokowi terima pelawaan jadi imam di Kabul

Namun menurutnya, presiden yang mesra dengan panggilan Jokowi itu menolak daripada memakai baju kalis peluru yang sudah disediakan.

Keputusan itu dibuat beliau kerana percaya kawalan keselamatan oleh negara tuan rumah dan pasukan keselamatan presiden sudah memadai.

“Presiden Jokowi tetap enggan memakai baju kalis peluru itu,” kata Johan.

Johan mengakui, situasi di Afghanistan yang tidak menentu membuatkan pasukan pentadbiran Jokowi menerima banyak peringatan dan nasihat supaya beliau tidak meneruskan jadual lawatan ke sana.

Begitupun, Jokowi tetap meneruskannya.

Jokowi sebelum ini dikenali dengan pendiriannya yang tetap mahu berada di lokasi yang dilaporkan ‘tidak selamat’.

Sebagai contoh, ketika peristiwa ledakan bom di Thamrin, Jakarta, Jokowi tetap mahu mendekati kawasan itu kerana mahu ‘dekat dengan rakyat’, selain membawa mesej ‘tidak perlu takut dengan aktiviti keganasan’.

Kunjungan Jokowi ke Afghanistan adalah yang terakhir dalam lawatan rasmi ke enam negara di Asia.

Dalam kunjungan itu, Jokowi telah dianugerahkan Medal of Ghazi Amanullah daripada presiden Afghanistan atas keteguhan dan keberaniannya menjalin hubungan bilateral antara Indonesia-Afghanistan.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons