Nokia 8 merupakan salah satu telefon pintar dengan spesifikasi tinggi yang telah dilancarkan pada 2017 lepas. Peranti berkenaan membawakan tanda harga RM2,299 di Malaysia, tetapi kini bersempena Tahun Baru Cina, Nokia 8 kini menerima potongan harga dan ditawarkan pada harga RM1988.

Nokia 8 RM1988

Nokia 8 hadir dengan skrin bersaiz 5.3-inci dengan paparan Quad HD, dilengkapi cip Snapdragon 835, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB.

Melengkapkan ia adalah dwi-kamera 13-megapixel dengan lensa Zeiss di belakang, dan kamera hadapan 13-megapixel.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Nokia 8 ini pada harga RM1988 daripada pengedar rasmi Nokia seluruh negara sehingga 28 Feb 2018 kelak.



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: