Canon Mempatenkan Kamera Dengan Pengimbas Cap Jari – Amanz


Pengimbas cap jari masih lagi diperlukan oleh kebanyakan pengguna telefon pintar. Ia jauh lebih pantas dan boleh diandalkan berbanding sistem imbasan wajah yang kian popular. Sistem imbasan jari mungkin akan kemudian ditemui pada kamera keluaran Canon.

Canon telah mempatenkan sistem imbasan cap jari pada kamera dan lensa kamera. Aplikasi pertama ialah menghalang penggunaan kamera daripada digunakan sekiranya dicuri. Kamera hanya boleh berfungsi selepas cap jari diimbas. Fungsi kedua ialah menghalang lensa dari dicuri. Untuk menanggalkan lensa, cap jari perlu diimbas pada pengimbas yang terletak pada sisi lensa.

Turut dipatenkan ialah sistem yang mengingati tetapan kamera berdasarkan jari yang diimbas. Profil mengambil gambar disimpan di dalam kamera dan ditukar mengikut jari yang berbeza. Buat masa ini ia hanya kekal sebagai paten. Tetapi bagi jurukamera yang pernah menjadi mangsa kecurian, sistem ini pasti dinantikan kerana membuatkan kamera serta lensa yang dicuri tidak lagi boleh digunakan.



Source link

read more

Bas Rapid KL terbakar – Nahas & Bencana


KUALA LUMPUR 31 Jan. – Sebuah bas Rapid KL terbakar di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Subang berhampiran susur keluar Jalan Templer di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.50 petang itu tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Menurut kenyataan Rapid KL, tindakan kapten bas Rapid KL laluan 772 Pasar Seni- Mah Sing mengendalikan situasi cemas itu wajar dipuji memandangkan terdapat tujuh penumpang di dalam bas tersebut.

“Kapten bas telah terdengar bunyi pelik di bahagian belakang bas.

“Secara kebetulan terdapat sebuah kereta peronda polis yang mengekori dari belakang bas telah membunyikan siren dan kapten memberhentikan bas di tepi jalan serta mengarahkan penumpang turun dari bas,” kata kenyataan itu hari ini. -UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons