Seorang penumpang pesawat American Airlines ditahan selepas dia menggigit, menusuk dan mencederakan tiga kru penerbangan.

Tindakan itu dilakukan Charlene Sarieann Harriott, 36 tahun pesawat yang dalam perjalanan dari Dallas itu bersiap sedia untuk mendarat di Charlotte, North Carolina Amerika Syarikat.

Malah, ketika kejadian pesawat itu dikatakan berada pada ketinggian 200 kaki sebelum mendarat dan semua kru penerbangan termasuk penumpang duduk dalam keadaan baik.

Harriott duduk di barisan belakang pesawat tidak mengendahkan amaran kru penerbangan apabila wanita itu cuba melulu ke bahagian kokpit.

Bagaimanapun tindakan berjaya dihalang di bahagian tempat duduk kelas pertama pesawat itu yang mana lokasi dia mencederakan tiga kru penerbangan.

Harriott didakwa menggigit seorang kru penerbangan di lengan, menusuk kulit hingga mengakibatkan pendarahan, kata Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Kru penerbangan kedua pula cedera di lengan selain ditendang manakala kakitangan penerbangan ketiga dicederakan di kaki dan abdomen.

Ketiga-tiga kru penerbangan itu segera dirujuk ke pusat perubatan sebaik sahaja pesawat itu mendarat.

Harriott dilihat sugul selepas diikat dengan pita perekat pada buku lali dan pergelangan tangan.

Siasatan FBI mendapati, Harriott tidak mempunyai motif lain dan tindakan itu dilakukan dengan sengaja mahu mengganggu penerbangan.

Selepas mendarat, Harriott ditahan oleh pasukan keselamatan yang menunggu pesawat di pintu masuk. Dia kini ditahan di Penjara Mecklenburg County di Charlotte atas tiga tuduhan serangan.



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: