HUTAN MELINTANG – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada pembuat dan penyebar berita palsu bahawa mereka tidak akan terlepas daripada hukuman yang setimpal dengan perbuatan itu.

Beliau berkata penyebaran berita palsu dilihat semakin meningkat terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi meracuni pemikiran rakyat.

“Berita palsu dicipta untuk pengaruhi rakyat dan memburukkan keadaan dengan seolah-olah dirinya (penyebar berita) seronok apabila berita itu tular dan banyak (orang) ‘like’.

“Tunggu harga yang sepatutnya anda bayar kalau berani buat berita palsu. Tunggu tindakan yang akan dilakukan pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Teluk Buluh, Kampung Selekoh dan Pekan Bagan Datuk di sini, hari ini.- BERNAMA



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: