Anggota tentera banyak jasa kepada negara, rakyat – Ku Nan


KUALA LUMPUR – Anggota tentera banyak berjasa kepada negara sehingga meletakkan rakyat berada dalam aman sejahtera dan selamat.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, beliau sendiri tidak tahu bagaimana untuk membalas jasa anggota tentera ini, melainkan mendekati mereka melalui program kenduri dan gotong royong.

“Kami di luar sini, tidak tahu macam mana hendak ucapkan terima kasih kepada anggota tentera. Kita tahu mereka sentiasa bersama dengan kerajaan, dan saya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan ingin mengucapkan terima kasih atas bantuan mereka.

“Sebab itu saya anjurkan program kenduri. Ia untuk merapatkan hubungan silaturahim dengan masyarakat setempat.

“Saya bangga lihat masyarakat (ahli keluarga tentera) bergotong royong, berganding bahu memasak masakan untuk dihidangkan pada kenduri tengah hari ini,” katanya berucap pada majlis Kenduri 1Wilayah Persekutuan Parlimen Bandar Tun Razak di Kem Tentera Sungai Besi, di sini, hari ini.

Menurut Tengku Adnan, beliau tidak tahu macam mana hendak membalas jasa anggota tentera yang sama ada bertugas di kem, di luar membuat rondaan bersama pasukan penguatkuasaan lain sehinggakan timbul rasa kesian.

Tapi katanya, inilah hakikatnya bidang tugas tentera, yang membuatkan beliau tidak tahu untuk membalas jasanya.

“Sebab itu, saya minta Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar berhubung dengan pegawai atasan tentera di Kem Sungai Besi untuk menyatakan hasrat kementerian untuk menganjurkan program kenduri, dengan tujuan dan niat merapatkan silaturahim.

“Selain itu, program ini kita bertujuan untuk kita nak ucapkan terima kasih kepada anggota tentera yang berkhidmat menjaga negara dan memberi perkhidmatan khususnya kepada warha Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Terima kasih banyak-banyak..saya tak tahu apa yang boleh saya beri…saya tak tau apa yang boleh saya nak laksanakan atas jasa anda selama 60 tahun menjaga keamanan negara ini. Menang tidak boleh kita buat perbandingan,” katanya.

Dalam ucapannya juga, Tengku Adnan memberitahu, beliau bersama Menteri Dalam Negeri (KDN) yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan mengadakan program mengecat bangunan flat yang diduduki warga Wilayah Persekutuan termasuk anggota tentera, polis dan kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Kita akan adakan program mengecat dan membaiki flat perumahan rakyat (PPR), kediaman penjawat DBKL, polis, tentera, balai polis dan kuarters kakitangan KDN,” katanya. – therakyat



Source link

read more

TN50 pembangunan negara dari suara dan kehendak rakyat


KUALA LUMPUR – Visi dan misi Transformasi Nasional 2050 (TN50) berbeza dengan Wawasan 2020, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata, TN50 adalah suatu wawasan yang dicetuskan oleh suara dan kehendak rakyat, manakala Wawasan 2020 dirancang oleh kerajaan tanpa bertanyakan atau meminta pandangan daripada rakyat.

Menurut beliau, kepemimpinan hari ini meminta semua menteri dan pemimpin Barisan Nasional (BN) turun merasai nadi rakyat serta bertanyakan apa yang mereka hendak.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak suruh kami pergi rasai denyut nadi rakyat. Tanya apa mereka nak, bukan apa yang kita nak, (juga) bukan apa yang kita buat. Kita nak apa yang rakyat nak. Itulah yang kita diminta untuk laksanakan.

“Sebab itu, apabila TN50 (hendak) diketengahkan oleh Najib tahun 2050 ini, dia tanya apa yang Malaysia dan rakyat nak. Kerana program ini kita dengar suara rakyat dari peringkat akar umbi hinggalah ke atas.

“Wawasan 2020 yang akan habis dua tahun lagi adalah program yang dirancang oleh kerajaan. Mereka (kepimpinan dahulu) tidak tanya rakyat. (Dah tentu) ada kesilapan yang dilakukan untuk program ini (Wawasan 2020). Tapi kita buat penambahbaikan. Kita buat pembetulan dan segalanya.

“Untuk tahun 2050, kita tanya rakyat, kita nak rakyat suarakan apa yang rakyat nak dan negara yang bagaimana mereka hendak,” katanya berucap pada majlis Kenduri 1Wilayah Persekutuan Parlimen Bandar Tun Razak di Kem Tentera Sungai Besi, di sini, hari ini.

Sementara itu, dalam ucapannya juga, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata, walaupun Parlimen Bandar Tun Razak tidak diwakili wakil rakyat Barisan Nasional (BN), itu bukan alasan untuk rakyatnya disisih.

Katanya, dalam kawasan itu mempunyai pelbagai lapisan masyarakat termasuk anggota dan ahli keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Mereka juga perlu diberi pembelaan sama adil dengan orang awam. Mereka juga mempunyai kekangan hidup, berdepan dengan kesesakan jalan raya dan sebagainya.

“Kita sentiasa mendampingi mereka dan saya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, tentulah mahu rakyat saya sentiasa ceria kerana kalau kita tidak ceria, kita akan nampak berbagai masalah,” katanya.

Secara berseloroh, beliau yakin Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar bergelar Ahli Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini. – theRakyat



Source link

read more

Dua terbunuh dalam serangan udara terbaharu Yaman



SANAA: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala berpuluh yang lain cedera dalam serangan udara di Sanaa, Yaman.

Serangan pada Ahad itu mensasarkan ibu pejabat polis yang dikawal pemberontak Houthi.

Menurut saksi, ketika serangan, orang ramai sedang sibuk berurusan termasuk penduduk yang mengemaskini cap jari dan mereka yang ingin melakukan perjalanan keluar dari bandar itu.

“Kami tidak sedar kehadiran pesawat terbabit, tiba-tiba sahaja ia berlalu dan mensasarkan bangunan tersebut.

“Di dalam bangunan itu terdapat ramai orang yang sedang berurusan dan tiada siapa tahu apa yang berlaku sehingga sekarang.

“Tiada siapa tahu berapa ramai lagi yang cedera atau maut,” jelas saksi kejadian Hussein Al-Ziyadi.

Sementara itu, menurut seorang petugas yang mengalami kecederaan ringan, dia sedang bertugas ketika serangan berlaku.

“Ketika pesawat terbabit melancarkan serangan kami semua sedang sibuk dengan tugas masing-masing,” jelas Abdel Aziz Rageh.

Menurut laporan media tempatan Saba News Agency, tentera pakatan Presiden Abed Rabbo Mansour Hadi yang disokong Arab Saudi dan Amerika Syarikat telah melancarkan 16 serangan udara ke beberapa wilayah sejak 24 jam lalu termasuk serangan di Sanaa.

Selain itu, dua serangan udara dilaporkan berlaku di wilayah Saada dan sekitarnya, manakala dua serangan udara lain dilancarkan di daerah Azhor di sempadan Razeh.

Namun buat masa ini belum ada sebarang maklumat lanjut berhubung bilangan korban nyawa dan mereka yang cedera di dua wilayah terbabit.



Source link

read more

Pas muktamad senarai calon PRU14 – Abdul Hadi


KEPALA BATAS – Pas sudah memuktamadkan senarai calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, senarai nama calon itu, yang dikemukakan Pas negeri, telah diluluskan Majlis Syura Ulama tiga minggu lepas.

“Mungkin ramai (calon) muka baharu sebab (calon) lama dah berusia. Kami juga akan kemukakan ramai calon muda termasuk wanita dan bukan Islam,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Dialog Bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) India di sini, hari ini.

Beliau berkata, setakat ini Pas memutuskan untuk bertanding di 130 kerusi Parlimen.

“…mungkin banyak lagi (kerusi). Kita akan bertanding di kawasan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan bertanding,” katanya.

Abdul Hadi berkata, sehingga kini, Pas telah mengumpulkan puluhan badan bukan kerajaan dan tiga parti politik iaitu Parti Cinta Malaysia (PCM), Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (BERJASA) di bawah Gagasan Sejahtera.

Ditanya mengenai kerusi yang bakal ditandingi Pas di Pulau Pinang, Abdul Hadi berkata, pihaknya akan melihat kewajaran dan kekuatan parti itu di kawasan-kawasan tertentu.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusof yang turut hadir pada program itu, berkata nama Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man tidak disenaraikan sebagai calon Pas Pulau Pinang pada PRU14.

“Kita merehatkan dia daripada bertanding dalam PRU14. Sudah menjadi amalan kepada kita mana-mana (nama calon) kita angkat kepada Majlis Syura Ulama itulah yang dipilih. Jadi, nama dia kita tak angkatlah sebab kita tak memilih dia untuk bertanding,” katanya semasa ditanya mengenai kedudukan Mohd Salleh dalam parti itu.

Bagaimanapun, katanya, wakil rakyat tunggal Pas di Pulau Pinang itu masih kekal sebagai anggota Pas.

Mohd Salleh ketika dihubungi berkata, beliau akan terus bersama rakyat dan melaksanakan kebajikan mengikut kemampuannya.

– BERNAMA



Source link

read more

Jadikan kehilangan kerusi Parlimen Gelang Patah sebagai pengajaran


JOHOR BAHRU – Pemimpin Barisan Nasional (BN) dan rakyat di negeri ini khususnya pengundi kerusi Parlimen Gelang Patah diingatkan supaya menjadikan kehilangan kerusi parlimen berkenaan kepada pembangkang sebagai satu pengajaran.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, semua yang berlaku sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mempunyai sebab dan semua pihak terutamanya jentera BN perlu bangkit semula menawan hati pengundi.

“Jangan ambil mudah apa yang kita ada. Saya ingatkan jentera BN tadi (semasa berucap) apa yang ada di dalam dewan ini tidak cukup, sebaliknya jentera mesti mendekati pengundi di luar dewan.

“Visi kami adalah untuk lihat kempen kami secara sihat, gerakan kami tidak menjurus kepada menanam kebencian dan perpecahan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis jalinan mesra sempena Tahun Baharu Cina di Skudai, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi MCA Gelang Patah, Datuk Jason Teoh Sew Hock dan Ketua UMNO Bahagian Gelang Patah, Mohammad Khairi A. Malik.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan dan Menteri Tugas-Tugas Khas berkata, apa yang dilalui sejak PRU13 juga bukan mudah, namun, ujian tersebut merupakan kekuatan untuk semua pihak bersama-sama bangkit merampas kerusi yang dimenangi pembangkang di negeri ini.

“Dalam memasuki tahun baharu ini (Tahun Baharu Cina), kami hanya ada dua pilihan iaitu mahu bangkit atau menyerah kalah. Kalah benar-benar mahu berpolitik, maka, inilah masanya,” katanya.

Anggota Parlimen Sembrong itu berkata, beliau juga kagum dengan gagasan ‘Johor Berkemajuan’ dan ‘Membangunkan Dekad Baharu’ yang diperkenalkan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam membangunkan negeri ini.

“Ini perjuangan yang tiada noktahnya dan perlukan sokongan seluruh rakyat Johor. Perkara ini juga memerlukan kesatuan politik, insya-Allah kita dapat bangunkan negara yang bersatu padu,” katanya.

Ditanya pemberita adakah Teoh calon sesuai ditampilkan BN bagi merampas semula kerusi Parlimen Gelang Patah, Hishammuddin berkata, ia terserah kepada pucuk pimpinan MCA dan diputuskan oleh Perdana Menteri.

Katanya, apa yang penting calon yang bakal dipertandingkan BN pada PRU14 kelak adalah calon diterima rakyat.

– BERNAMA



Source link

read more

Windows 10 S Dikatakan Akan Ditawarkan Sebagai S-Mode Dalam Windows 10 – Amanz


Microsoft sebelum ini telah memperkenalkan Windows 10 S secara rasminya yang mana menawarkan sokongan sistem operasi Windows 10 dan memerlukan pengguna memasang aplikasi hanya daripada Microsoft Store sahaja. Ia telah mula ditawarkan bersama beberapa komputer riba, termasuk Surface Laptop.

Membezakan ia dengan sistem operasi Windows RT sebelum ini adalah dimana Windows 10 S boleh dinaik-taraf kepada sistem operasi Windows 10 penuh dengan mudah.

Windows 10 S

Kini, lanjutan daripadanya, hadir desas-desus baru mengatakan Microsoft mungkin mematikan produk Windows 10 S, sebaliknya menawarkan ciri berkenaan sebagai S-Mode dalam sistem operasi Windows 10 sedia ada.

Dengan S-Mode, ia akan mengehadkan penawaran sistem operasi Windows 10 untuk hanya boleh memasang aplikasi daripada Microsoft Store sahaja. Seperti biasa, pengguna dikatakan boleh naik-taraf kepada Windows 10 penuh dengan mudah melaluinya.

Langkah ini mungkin akan memudahkan lagi proses pemasaran, selain memudahkan pembangunan – memandangkan ia hadir dengan mod khusus, dan bukannya produk berasingan.

Seperti biasa, pihak Microsoft tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan hal ini buat masa ini.



Source link

read more

Kita akan rawat air Sungai Bilut dan Sungai Kertau sampai boleh diminum! – Shahrir


KEINDAHAN semula jadi Felda Lurah Bilut membuatkan Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad mahu dua batang sungai yang mengalir di penempatan itu dirawat dan boleh untuk digunakan peneroka.

Katanya, Felda bukan sahaja difokuskan kepada aspek teknologi dan infrastruktur malah mengekalkan alam sekitar sebagai aset masa depan.

“ Kita akan rawat air Sungai Bilut dan Sungai Kertau (boleh diminum) untuk kegunaan peneroka,” tegasnya.

Dalam pada itu, Shahrir mahu setiap peneroka dan generasi baharu perlu mempunyai semangat dan keberanian yang dibantu ilmu terkini serta cita-cita yang besar untuk melakukan transformasi Felda.

Pun begitu, katanya, mereka tidak boleh lupakan sejarah terutama gagasan yang dibawa pengasasnya, Tun Abdul Razak.

“Sejarah pembukaan Felda Lurah Bilut pada 60 tahun lepas tidak hanya kekal dalam buku sebaliknya, sejarah boleh mengajar kita untuk mengulangi pencapaian kita,” katanya.

Kita akan rawat air Sungai Bilut dan Sungai Kertau sampai boleh diminum! – Shahrir

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berjalan di atas Titian Tun Razak ketika hadir di Felda Lurah Bilut, Bentong, Pahang. foto IMRAN FAKHRI, 04 FEBRUARI 2018



Source link

read more

DAPigs BAGI AMARAN, AZMIN JANGAN DIORANG BODOH!!! ~ SEMUT HITAM


Seorang pemimpin DAPigs menempelak Pengerusi Pakatan Selangor, Azmin Ali selepas dia secara terbuka mendakwa PAN negeri berbohong dalam isu pengagihan kerusi DUN di negeri itu.

Ronnie Liew merujuk kepada laporan media di mana Azmin menuduh PAN tidak amanah apabila mendakwa jawatankuasa rundingan pengagihan kerusi DUN di Selangor belum dibentuk.

Azmin dalam kenyataannya sebelum ini menuduh parti gabungan Pakatan sudah bermesyuarat 4 kali untuk membincangkan pengagihan kerusi dan 80% kerusi sudah diputuskan.

“Jangan fikir kami semua (termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad) bodoh dan hanya kamu seorang yang bijak dan baik dalam politik. Sekarang semua orang dalam PH tahu siapa kamu,” kata Ronnie di Facebook semalam.

Selain PAN negeri, DAPigs Selangor juga dalam kenyataan berasingan mendakwa bahawa mereka juga tidak tahu 80% kerusi sudah diputuskan malah ianya tidak dibawa dalam mesyuarat.

“Bagi saya, kamu sudah gagal teruk. Kamu tidak layak jadi pengerusi negeri kami,” kata Ronnie.

Perkelahian antara parti gabungan Pakatan itu tercetus selepas PAN dan DAPigs mendakwa mereka tidak tahu tentang mesyuarat pengagihan kerusi DUN seperti yang dinyatakan oleh Azmin.

Pengerusi PAN Selangor dan Pengerusi DAPigs, Tony Pua mendakwa mereka hanya menghadiri 4 mesyuarat yang membincangkan strategi untuk Pilihan Raya Uumum ke 14 sahaja.

Reaksi PAN dan DAPigs itu turut menyaksikan serangan bertalu – talu daripada beberapa pemimpin PKR negeri yang tampil mempertahankan kenyataan Azmin secara terbuka melalui media.

Apa yang jelas, kedudukan Azmin pada ketika ini semakin bertambah goyah apabila tindakan yang dilakukannya tidak membawa keuntungan kepada PAN dan DAPigs secara menyeluruh.

Namun, rasa tidak puas hati PAN dan DAPigs terhadap kepimpinan Si Azmin itu bukan perkara yang baru. Malah kedua – dua parti bersekutu itu juga turut tidak menyenangi tindakan Azmin yang masih mahu mengekalkan PAS dalam pentadbiran Rejim Pakatan Selangor!!!




Source link

read more

Kereta api bertembung di South Carolina dua maut 50 cedera



SOUTH CAROLINA: Sebuah kereta api Amtrak di sini bertembung dengan kereta api barang CSX pada Ahad, mengakibatkan dua orang maut dan sekurang-kurangnya 50 orang cedera.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar 2.30 pagi waktu tempatan itu, kereta api yang membawa 139 penumpang dan lapan anak kapal itu sedang dalam perjalanan dari New York ke Miami.

Perlanggaran itu membuatkan kedua-dua kereta api tergelincir berhampiran Columbia, South Carolina, menurut pegawai Amtrak.

Ia merupakan kemalangan serius yang kedua melibatkan kereta api Amtrak yang terjadi dalam masa tidak sampai seminggu.

Pada Rabu, kereta api yang membawa anggota Kongres dari Parti Republik menuju ke sebuah permukiman bertembung dengan lori sampah di Virginia, mengakibatkan seorang terbunuh.



Source link

read more

Adakah Windows 10 Versi Seterusnya Akan Dikenali Dengan Nama Kod “Spring Creators Update”? – Amanz


Setiap kali Microsoft memperkenalkan kemaskini baru untuk sistem operasi, mereka akan turut mengumumkan sebuah nama kod khusus untuknya bagi memudahkan pengenalan. Seperti ramai sedia maklum, sebelum ini kita telah melihat penggunaan nama kod seperti “Anniversary Update“, “Creators Update” dan juga “Fall Creators Update“.

Kini, hadir desas-desus baru yang mana Windows 10 “Redstone 4” kelak pula akan dikenal dengan nama kod “Spring Creators Update“.

Nama baru ini ditemui melalui “Bug Bash” bulanan yang dilakukan oleh Microsoft dikalangan Windows 10. Selain daripada penemuan nama baru ini, petanda berkaitan dengan penawaran S-Mode juga telah dilihat melaluinya.

Seperti biasa, pihak Microsoft tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan dengannya buat masa ini. Kita mungkin akan mengetahui lanjut mengenainya dalam masa sebulan dua lagi.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons