Satu mata untuk Palace, New Castle kekal di zon bahaya – Bola Sepak


LONDON 5 Feb. – Newcastle United kekal berada dalam zon bqhaya untuk kekal dalam Liga Perdana Inggeris apabila hanya mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Crystal Palace di Selhurst Park.

Anak buah Rafael Benitez bermula dengan yakin apabila mendahului 1-0 melalui Mohamed Diame, tetapi penalti oleh Luka Milivojevic dalam separuh masa kedua memaksa New Castle hanya pulang dengan satu mata.

Pasukan Magpies itu kini hanya satu mata di atas zon penyingkiran dengan hanya 16 mata dan gagal mencatat sebarang kemenangan dalam empat perlawanan berturut-turut.

Palace yang tanpa kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir mereka hanya dua mata mendahului Newcastle. – AFP



Source link

read more

6 terbunuh termasuk juruterbang SU-25 milik Rusia



IDLIB: Kumpulan pemberontak Syria dilaporkan menembak jatuh pesawat pejuang Sukhoi SU-25 milik Rusia di wilayah Idlib pada Sabtu.

Juruterbang pesawat terbabit disahkan maut walaupun berjaya keluar sebelum pesawat terhempas.

Pesawat terbabit dilaporkan ditembak menggunakan peluru berpandu dan terhempas berhampiran pekan Khan Al Subli di Saraqeb.

Selain juruterbang, kumpulan pemberontak mendakwa sekurang-kurangnya lima orang awam terbunuh akibat nahas tersebut.

Namun Kementerian Pertahanan Rusia dalam kenyataannya berkata pesawat ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu dari darat dan juruterbang terbabit ditembak ketika mendarat menggunakan payung terjun.

“Juruterbang itu mati dalam pertempuran dengan pengganas,” jelas kementerian itu.

Sementara itu Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Heather Nauert mengesahkan menerima laporan kejadian dan membidas kenyataan yang mengatakan Washington menyalurkan bantuan senjata yang digunakan pemberontak.

“Amerika Syarikat tidak pernah menyediakan peluru berpandu jenis MANPAD kepada mana-mana kumpulan di Syria, dan kami amat bimbang apabila senjata terbabit digunakan,

“Penyelesaian kepada keganasan di Syria adalah dengan kembali kepada proses damai Geneva secepat mungkin dan kami menyeru Rusia untuk memenuhi komitmennya dalam hal itu,” jelasnya.

Tharir al-Sham, kumpulan jihad yang diterajui oleh cawangan al-Qaeda di Syria melalui muat naik di media sosial mendakwa bertanggungjawab menembak jatuh pesawat terbabit.

Konflik di Syria menyaksikan pentadbiran Bashar Al Assad disokong penuh Rusia dan Iran manakala kumpulan pembangkang dan pemberontak disokong Arab Saudi dan Amerika Syarikat.

Sehingga kini dianggarkan beratus-ratus ribu terbunuh dengan hampir 11 juta yang lain hilang tempat tinggal.



Source link

read more

Gegar cari penyampai radio baharu untuk pikat pendengar



KOTA BHARU : THR  Gegar atau kini dikenali Gegar Alaf 2018 membuka peluang penyampai yang berbakat dari pantai timur untuk menjadi  penyampai di stesen radio berkenaan.

Menurut Pengurus Kandungan Gegar, Raja Nadia Salwana Raja Hisham, pihaknya membuka peluang mereka yang berbakat  khususnya dari  Kelantan menampilkan bakat sebagai penyampai yang  kreatif.

Katanya ramai bakat dari pantai timur yang sering kali membuat parodi atau ”LIVE FB”  berjaya menarik perhatian dengan identiti mereka tersendiri.

“Bermula minggu depan kita dah buka permohonan  geng baru,  Gegar nak cari penyampai baru sepenuh masa. Cumanya kita akan bagi masa,  kita akan pilih 30 terbaik datang ke KL  buat temuduga dan kita akan ambil lima terbaik dan mereka akan teruskan buat apa yang penyampai buat. Kita nak muka baru dan pembaharuan dalam Gegar”, kata Raja Nadia.

Melalui hashtag  #GENGTHRGEGAR# , jelajah mencari bakat baru ini akan bermula dari 11 hingga 28 Februari depan dengan Kelantan menjadi lokasi  pertama untuk program ini.

Majlis pelancaran Gegar 2018 mencari bakat baru berlangsung di  di G Orange Kota Bharu, Kelantan pada Sabtu dihadiri  beberapa artis dari pantai timur, antaranya Eddie Hamid, Roy Kapila, Z.Zamri, serta artis parodi Along atau Mok Yan.



Source link

read more

HTC Bakal Hadir Dengan Telefon Spesifikasi Asas Dengan Skrin 18:9 – Amanz


Telefon pintar dengan rekaan skrin pada nisbah 18:9 telah menjadi salah satu trend ramai sejak daripada tahun 2017 lepas. Selain hanya khusus untuk peranti berspesifikasi tinggi, ia juga telah mula diguna-pakai pada peranti berspesifikasi pertengahan – dan tahun ini menyaksikan ia ditawarkan meluas, termasuk pada telefon berspesifikasi rendah.

Selepas Xiaomi dan Asus menawarkan pilihan telefon pintar dengan skrin nisbah 18:9 pada harga kurang RM1000, kini HTC turut dijangka mengikut jejak.

Mengikut desas-desus awal, HTC dikatakan dalam persiapan untuk memperkenalkan telefon pintar dengan skrin 5.5-inci pada nisbah 18:9.

Dari segi spesifikasi, ia dijangka menawarkan cip MediaTek, memori 2GB RAM, dan ruangan storan 16GB. Peranti ini turut dijangka dilengkapi kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel, selain bateri berkapasiti 2730mAh.

Penawaran HTC ini dijangka lebih untuk menawarkan peranti berjenama HTC pada harga rendah dan menggunakan panel skrin pada nisbah 18:9.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah HTC akan memperkenalkannya secara rasmi.



Source link

read more

Lebih 450 serbu Jom Makan Buah-Buahan Tempatan di Benteng Medan Niaga Satok – Sarawak


KUCHING 4 Feb. – Tidak sampai sejam, 150 biji durian habis pada program Jom Makan Buah-Buahan Tempatan dan Pertandingan Makan Buah anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Benteng Medan Niaga Satok sebentar tadi.



ANGELINA BIDOL

ANGELINA BIDOL

Dengan bayaran sebanyak RM5 seorang, orang ramai boleh menikmati keenakan pelbagai buah-buahan tempatan yang diperolehi daripada petani FAMA.

Menurut Ketua Unit Operasi FAMA Medan Niaga Satok, Angelina Bidol, sambutan diterima begitu menggalakkan dengan lebih 450 orang menyertai program yang diadakan bermula pukul 9 pagi hingga 11 pagi tadi.

“Program ini diadakan bagi mempromosikan buah-buah tempatan disamping membantu petani-petani FAMA dengan memborong hasil mereka.

“Kita bukan hanya menyediakan raja buah iaitu durian malah buahan lain seperto rambutan jenis anak sekolah sebanyak setengah tan, cempedak (100 biji), belimbing hutan (300 kilogram) dan asam embang,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Parlimen ditutup dua wakil rakyat pembangkang Maldives ditahan



MALE: Pasukan keselamatan Maldives telah menutup dan mengepung Parlimen serta menahan dua wakil rakyat pembangkang negara itu susulan krisis politik melibatkan Presiden Abdulla Yameen.

Penutupan Parlimen terbabit dibuat selepas anggota pembangkang menghantar petisyen bagi mendesak pemecatan Peguam Negara dan Pendakwaraya Negara yang disifatkan bersekongkol dengan Abdulla Yameen.

Selain itu, Abdulla Yameen dikatakan telah menyalahgunakan kuasanya sebagai presiden dengan menyekat kebebasan bersuara ahli Parlimen pembangkang yang mendesak pembebasan sembilan ahli politik pembangkang yang dipenjarakan.

Dua ahli Parlimen terbabit yang ditahan pada Ahad ketika tiba di lapangan terbang Maldives adalah Abdulla Sinan dan Ilham Ahmed.

Kedua-duanya didakwa atas pertuduhan rasuah.

Sementara itu, ketua pembangkang Ibrahim Mohamed Solih, menyeru pihak polis agar segera melepaskan ahli-ahli Parlimen terbabit dan berhenti mengikuti perintah yang menyalahi undang-undang yang dibuat Abdulla Yameen.



Source link

read more

Adakah anak tiri dia buat macam tu juga kepada dia – Nazri Aziz tidak tahu tujuan Nedim



KUALA LUMPUR: “Isteri saya ini pangkat ibu kepada dia, kenapa dia buat begitu? Dia sendiri ada anak tiri, adakah anak tiri dia buat macam tu kepada dia?”

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bertanyakan kewajaran anak lelakinya, Nedim Nazri yang dilihat seakan membuli isterinya, Datin Seri Haflin Saiful Azhar sejak beberapa hari lalu.

Keyataan itu secara tidak langsung menjawab kepada tindakan Haflin yang membuat beberapa kenyataan terbuka di laman sosial sejak akhir-akhir ini.

“Isteri saya (Haflin) telah menjadi mangsa buli siber. Saya tidak tahu tujuan dia (Nedim) melakukan perkara itu. Kena tanya dia sendiri,’ ujarnya seperti yang dipetik mStar Online.

Nazri bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai bentuk gangguan yang didakwa dilakukan Nedim terhadap isterinya.

Haflin, 36 tahun sebelum itu ada memuat naik kenyataan di Instagramnya, ditujukan kepada anak tirinya dengan mencabar Nedim untuk  tampil bertemu bapanya di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Isnin ini dipercayai bagi menyelesaikan isu antara mereka bertiga.

“@Boss_ned (Nedim), bapa kamu nak kamu tahu bahawa dia tidak kisah dengan siapa kamu berkahwin, ia adalah kehidupan kamu dan dia hanya ingin kamu gembira.

“Bapa kamu nak kamu tahu bahawa dia tidak kisah apa yang kamu fikirkan tentang perkahwinannya dengan saya,” tulisnya.

“Kamu mahu pengesahan, hubungi bapa kamu sekarang, saya akan jawab panggilan dan serahkan kepada dia,” tulis Haflin lagi.

Selain itu, Haflin, yang juga ibu kepada seorang anak lelaki turut memuat naik surat deklarasi perkahwinannya dengan Nazri dan mendakwa telah mendapat keizinan daripada suaminya untuk berbuat begitu.

Nazri ketika ditanya, mengesahkan bahawa beliau membenarkan Haflin untuk memuat naik posting berkenaan dan tidak mempunyai masalah dengan tindakan isterinya.



Source link

read more

Jangan termakan hasutan pembangkang – PM – Nasional


TEMERLOH 4 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat supaya tidak termakan hasutan pembangkang yang hanya menimbulkan sesuatu isu mengikut musim terutama menjelang pilihan raya.

Perdana Menteri berkata, beliau masih ingat pada pilihan raya umum (PRU) lalu yang mana mereka memainkan mengenai isu kilang memproses nadir bumi, Lynas di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan.

“Sedangkan agensi atom sedunia telah mengatakan bahawa kilang Lynas selamat dan tidak mengganggu keselamatan orang ramai, tapi hari ini selepas lima tahun, lepas pada PRU lalu sebenarnya, mereka senyap.

“Kerana apa mereka senyap? Kerana isu dibangkitkan itu digunakan untuk tipu kita (rakyat) waktu pilihan raya sahaja,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra dan Jamuan Rakyat Bersama Perdana Menteri di Estet Ikan Kampung Chempaka,

Lanchang di sini hari ini.

Yang hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin.

Berikutan itu, kata Najib, jika rakyat mendengar cerita pembangkang yang kebanyakkannya karut, jangan mudah percaya dan menelannya begitu sahaja.

“Kita mesti periksa kerana dalam Islam ada konsep tabayyun atau menyelidik kesahihan maklumat bagi mengikis sebarang fitnah. Allah SWT meminta kita memeriksa berita diterima, kalau tidak kita boleh berlaku tidak adil.

“Jadi, kita jangan mudah percaya sangat pada pembangkang kerana mereka kalau buat sesuatu bertujuan menghasut kita,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

90 peratus mangsa kempen sulit dron AS adalah orang awam



KEMPEN sulit dron perang Amerika Syarikat didapati membunuh lebih ramai orang awam dari suspek pengganas yang disasarkan.

Pendedahan yang dibuat pengasas Wikileaks, Julian Assange, menunjukkan bahawa 90 peratus individu yang terbunuh dalam serangan dron AS adalah orang awam yang tiada kaitan dengan gerakan pengganas dan tiada di dalam senarai pengganas atau penjenayah yang dikehendaki negara Uncle Sam itu.

Kempen yang dimulakan di bawah pemerintahan bekas Presiden George W. Bush sebagai salah satu komponen ‘War on Terror’ itu juga didapati semakin meningkat selepas pemerintahan Presiden Donald Trump.

Sebanyak 57 serangan dron di Pakistan, Somalia dan Yaman sewaktu pemerintahan Bush menyebabkan kematian orang awam sekitar 384 hingga 807 orang, sementara Barack Obama telah mengembangkan kempen tersebut dan melancarkan 563 serangan udara di tiga negara berkenaan.

Di bawah pengawasan Trump, kadar serangan dron terhadap tiga negara tersebut meningkat dengan drastik.

Pada 2017, sebanyak 127 serangan dron telah dilancarkan ke atas Yaman berbanding 32 pada tahun sebelumnya. Di Pakistan dan Somalia, bilangan serangan turut meningkat di mana 34 serangan dron telah dilancarkan di Somalia pada 2017 berbanding jumlah yang sama sepanjang tahun 2001 hingga 2016.

Bilangan mangsa di kalangan orang awam yang terbunuh dilaporkan meningkat lapan kali ganda sejak pemerintahan Trump berbanding Obama, manakala bilangan kematian di bawah Obama merupakan 10 kali ganda jumlah korban di zaman Bush.

Ini menjadikan jumlah kematian di bawah pemerintahan Trump 80 kali ganda lebih daripada Bush.

Jumlah kematian orang awam di Iraq, Libya dan Syria dilaporkan berada di antara 3,923 dan 6,102 orang sejak Trump menjadi presiden.

Tindakan Trump mengejutkan ramai pihak kerana dia membawa slogan anti-peperangan sewaktu kempen presidennya.

Malah, dia dilaporkan menolak sekeras-kerasnya tindakan Amerika Syarikat melancarkan serangan di Libya dan Iraq yang menyebabkan lebih sejuta kematian.

Memetik laporan Russia Today, lebih 14,000 orang awam terbunuh sejak gabungan yang diketuai Arab Saudi, dan disertai Amerika Syarikat, melancarkan serangan terhadap Yaman.

Menurut laporan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), jumlah kematian orang awam akibat serangan kuasa asing adalah jauh lebih tinggi dari jumlah rasmi yang dicatatkan.

Selain itu lebih 17 juta lagi penduduk negara itu berdepan krisis makanan dan lebih 600,000 dilaporkan menghidap kolera, di mana lebih 2,000 daripadanya meninggal dunia.

Serangan Amerika Syarikat terhadap Yaman menyebabkan lebih 14,000 orang awam terbunuh



Source link

read more

Berkelakuan ganas Farid Kamil dakwa 3 rakan artis masukkan dadah dalam minuman



PELAKON dan pengarah Datuk Farid Kamil membuat laporan polis selepas mendakwa dirinya dianiaya tiga rakan artis yang mencemarkan minumannya dengan dadah sehingga berkelakuan ganas di Balai Polis bulan lalu.

Dalam satu laporan polis yang dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail pada 31 Januari 2018, Farid juga menuduh kekerasan ke atasnya oleh pihak polis semasa ditahan reman kerana menyerang polis dan orang awam.

Berdasarkan laporan yang diterima akhbar Malay Mail, Farid menuduh tiga rakan artis lain yang bertanggungjawab memberinya dadah dan menyebabkan perlakuannya di Balai Polis Kota Damansara.

Selain itu, Farid juga melaporkan yang dia tidak begitu waras ketika itu disebabkan minumannya dicemari dengan dadah oleh ketiga-tiga rakan artisnya, sehari sebelum insiden berkenaan berlaku.

Ketiga-tiga rakan artis termasuk seorang pelakon dan pengarah, seorang penyanyi yang pernah terkenal dengan genre R&B semasa 1990an serta seorang lagi pelakon.

Selain itu, Farid juga mendakwa dia diberikan rokok yang bersalut dengan sejenis cecair yang tidak dikenalpasti oleh tiga rakan tahanan sehingga membuatkan dirinya berasa khayal.

Farid juga menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap layanan daripada pihak polis ketika ditahan reman dan turut menamakan pegawai polis yang terlibat sehingga menyebabkan kecederaan ke atas dirinya. 

Farid juga mempersoalkan tentang tularnya gambar penahanannya kepada pihak media sewaktu ditahan.

Ketua Pegawai Penyiasat, SAC Fadzil Ahmat mengesahkan yang Farid telah membuat laporan rasmi berkenaan keadaannya sehingga menyebabkan perlakuannya bertukar ganas.

“Farid membuat laporan tentang banyak perkara dan pihak kami akan memastikan siasatan penuh akan dilakukan,” katanya.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons