Usaha Jabatan Veterinar Sarawak perluas pemberian vaksin cegah rabies dialu-alukan – Nasional


PULAU PINANG 4 Feb. – Kementerian Kesihatan mengalu-alukan usaha Jabatan Veterinar Sarawak memperluaskan pemberian vaksin terhadap anjing di negeri itu bagi mencegah penularan virus rabies atau penyakit anjing gila di negeri tersebut.

Menterinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, dalam masa sama, beliau berharap satu zon bebas rabies diwujudkan khususnya di sempadan Kalimantan, Indonesia bagi memastikan semua anjing di kawasan itu menerima vaksin yang sepatutnya.

“Ini sangat mustahak kerana kita tahu daripada butiran semasa, peratusan anjing yang mempunyai rabies di situ sangat tinggi.

“Dahulu, program vaksinasi ini tidak dibuat secara menyeluruh di kawasan tersebut dan dengan adanya usaha berkenaan (memperluaskan pemberian vaksin kepada anjing), kita berharap pengawalan virus rabies akan bertambah baik,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Dr. Subramaniam turut mengesahkan wabak rabies kini kembali merebak di Sarawak walaupun penularannya masih terkawal setakat ini.

Mengikut laporan, seramai tujuh mangsa menjadi korban virus itu sejak pertengahan tahun lepas hingga awal tahun ini dengan 28 kawasan diisytiharkan mempunyai penularan kes aktif di Sarawak. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

PGSM desak semua kerajaan Negeri pinda Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri – Nasional


KUALA LUMPUR 4 Feb. – Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) hari ini menggesa semua Kerajaan Negeri meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri dengan memasukkan peruntukan tambahan yang memberikan kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk mendengar permohonan bagi semakan kehakiman ke atas apa-apa keputusan yang dibuat oleh Majlis atau jawatankuasa-jawatankuasa yang menjalankan fungsi Majlis, di bawah Enakmen berkenaan.

Presiden PGSM, Musa Awang berkata, keputusan mengejutkan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini sepatutnya dijadikan “wake-up call” kepada pihak Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa agama negeri untuk segera memperkemaskan undang-undang syariah masing-masing.

“Peruntukan baharu tersebut agar dapat melindungi kepentingan orang-orang Islam dan tidak memberi sebarang ruang untuk dibawa ke mahkamah sivil, dalam memutuskan perkara berkaitan orang Islam.

“Pindaan sedemikian telah pun dilakukan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor pada Mei 2015 dengan memasukkan peruntukan baharu Seksyen 66A dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (Pindaan 2015) Seksyen 66A-Bidangkuasa Mahkamah Tinggi syariah bagi semakan kehakiman,”katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian susulan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes M.Indira Ghandi dengan Mohd Ridhuan Abdullah pada 29 Januari lalu apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan penukaran agama tiga anaknya adalah terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang.

Musa berkata, Mahkamah Tinggi Syariah, boleh, demi kepentingan keadilan, atas permohonan mana-mana orang, mempunyai bidang kuasa untuk memberi kebenaran dan mendengar permohonan bagi semakan kehakiman ke atas keputusan yang dibuat oleh Majlis atau jawatankuasa-jawatankuasa yang menjalankan fungsi di bawah Enakmen ini.


Dalam masa sama, kata Musa, PGSM sedar bahawa dalam kes berkenaan, Mahkamah Persekutuan menggunakan kuasa semulajadinya (inherent power) untuk melakukan “judicial review” bagi menentukan keesahan (legality) Perakuan Memeluk Islam yang dikeluarkan oleh Pendaftar Muallaf, Jabatan Agama Islam Perak, di bawah Majlis Agama Islam Perak.

“Terdahulu, Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa Perakuan Pemelukan Islam itu tidak sah atau batal di sisi undang-undang, lantaran “anak-anak tersebut” tidak melafazkan dua kalimah syahadah sebagaimana dikehendaki oleh Seksyen 96 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Perak) 2004. 

“Oleh itu, PGSM berpandangan bahawa apa yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan tersebut adalah disebabkan Mahkamah Syariah tidak diberi kuasa untuk membuat semakan kehakiman terhadap apa-apa keputusan yang dibuat oleh mana-mana Jawatankuasa atau institusi di bawah Majlis Agama Islam,” ujarnya.

Musa berpandangan, disebabkan itu, apabila ada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh mana-mana institusi Islam, kebanyakannya akan dibawa ke mahkamah Sivil.

“Maka, di situlah berlakulah campur tangan mahkamah sivil terhadap perkara-perkara yang sepatutnya didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Syariah,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Mingguan Amanz – WhatsApp Business, DBKL AI, Fitbit Ionic – Amanz


Minggu ini menyaksikan sejumlah peranti baru dilancarkan pada peringkat global, termasuk Nokia 3310 4G, MiBox 4, selain Razer yang telah memperkenalkan Razer Phone edisi terhad. Di Malaysia, harga Nokia 8 kini diubah kepada RM1899, sementara Honor Malaysia mengumumkan mereka akan mula menawarkan Honor V10 berwarna merah di Malaysia. Fitbit juga turut telah melancarkan Fitbit Ionic secara rasmi di Malaysia, selain mengatakan bakal menawarkan Fitbit Pay secara rasmi tidak lama lagi.

Facebook pada minggu ini mengatakan masa penggunaan pada platform berkenaan sedikit berkurangan, selain turut menyasarkan yang mana perkongsian Stories akan melangkaui perkongsian di News Feed.

Dalam arena aplikasi WhatApp Business kini telah ditawarkan di Malaysia, selain Instagram yang menambah ciri perkongsian Instagram Stories dengan mod teks sahaja.

Minggu ini turut menyaksikan iFlix mengumumkan bakal menyiarkan penstriman bola sepak liga tempatan melaluinya. Unifi turut mengumumkan perkara sama, dan mereka turut menjadi penaja besar untuknya.

Dan akhir sekali, DBKL kini telah bekerjasama dengan Alibaba dalam mengumumkan penggunaan kecerdasan buatan untuk mengatasi masalah trafik dan lalulintas.



Source link

read more

Lima PPS dibuka di Sarawak


05bah2.transformedMO, 4/2/2018, KUCHING: Hujan berterusan sejak tiga hari lalu menyebabkan 320 penduduk daripada 68 keluarga ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini, pagi ini.

Daripada jumlah itu, Kuching mencatat jumlah paling ramai dengan 304 mangsa daripada 63 keluarga.

Mereka ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Surau Ar Rahman Kampung Sungai Batu iaitu 35 mangsa daripada tujuh keluarga; Masjid Darul Mustaqin, Kampung Buntal seramai 125 mangsa (20 keluarga) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tabuan Jaya dengan 121 mangsa daripada 31 keluarga.

Di Bahagian Kota Samarahan, satu pusat pemindahan dibuka sehingga jam 7 pagi ini iaitu di Dewan Pembangunan Sebuyau yang menempatkan 23 mangsa daripada lima keluarga.

Di Bahagian Serian, seramai 16 mangsa banjir daripada lima keluarga ditempatkan di Dewan Kampung Betong Kenawit.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, semua PPS dibuka mulai jam 1.40 tengah hari semalam.

“Pemantauan dilaksanakan di semua kawasan berisiko banjir di seluruh negeri dan arahan berpindah akan dikeluarkan apabila keadaan tahap berbahaya.

“Justeru, JPBN mengharapkan orang ramai mematuhi arahan pihak berkuasa jika diarah berpindah atas faktor keselamatan,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca peringkat kuning (waspada) di negeri ini hari ini.

Ia berikutan hujan lebat dijangka melanda Kuching, Kota Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Selangau dan Mukah hingga esok.

Pemantauan di enam stesen telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mendapati hanya satu menunjukkan penurunan iaitu Stesen Long Panai di Miri.

Stesen Samarahan Asajaya Water Intake, Batu Kitang di Kuching dan Mukah Dalat Water Work diramal meningkat manakala Stesen Batu Gong di Serian dan Marudi di Miri mendatar.

Sementara itu, air pasang besar dengan ketinggian mencapai 6.1 meter dijangka berlaku jam 8 malam ini.



Source link

read more

Pegawai cabul atlet gimnastik IOC mahu laporan lengkap



PYEONGCHANG: Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menzahirkan rasa terkejut dan sedih berhubung skandal gangguan seksual yang berlaku dalam Persekutuan Gimnastik Amerika Syarikat (AS).

Thomas Bach menzahirkannya pada sesi taklimat selepas Mesyuarat Lembaga Eksekutif IOC di Pyeongchang, Korea Selatan pada Ahad.

Kes gangguan seksual yang didakwa dilakukan oleh pegawai perubatan gimnastik Amerika Syarikat, Dr Larry Nassar menjadi topik utama perbincangan mesyuarat tersebut.

“Lembaga Eksekutif IOC sangat terkejut dan sedih dengan skandal gangguan seksual dalam Persekutuan Gimnastik Amerika Syarikat.

“Kami menyatakan sokongan moral kami kepada mangsa yang berani tampil membuat pengakuan tersebut.

“Justeru IOC juga mengalu-alukan pengumpulan dana oleh Jawatankuasa Olimpik Amerika Syarikat (USOC) untuk perbelanjaan kaunseling dan rawatan kepada mangsa,” jelasnya.

Tambah Bach, IOC akan memberikan tumpuan kepada siasatan bebas yang sedang berjalan dan berharap ia akan dapat memberi penjelasan berhubung inidividu bertanggungjawab.

Sekurang-kurangnya 40 wanita mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual Nassar selama 14 bulan.

Pada masa Biro Penyiasatan Persekutuan AS (FBI) menerima laporan pencabulan yang dilakukan Nassar sejak 2015.

Nassar, 54, telah dijatuhkan hukuman penjara antara 40 hingga 175 tahun atas dakwaan serangan seksual.

Dia akan mendapat satu lagi hukuman pada Isnin di Eaton County, Michigan.

Kedua-dua kes itu difailkan oleh Peguam Negara Michigan di bawah undang-undang negeri.



Source link

read more

Foto-foto pernikahan SM Faliq Nasimuddin dan Chryseis Tan manis habis



DENGAN sekali lafaz Chryseis Tan, anak jutawan terkenal, Tan Sri Vincent Tan sah bergelar isteri kepada anak Allahyarham Tan Sri Nasimuddin Amin, SM Faliq SM Nasimuddin pada Jumaat.

SM Faliq Nasimuddin dan Chryseis Tan diijabkabulkan di resort The Chateau, Bukit Tinggi di Bentong, Pahang dalam satu majlis yang hanya dihadiri oleh keluarga dan teman rapat.

Sebaik sahaja selesai akad nikah, foto-foto pernikahan pasangan itu mula dikongsi oleh mereka menerusi Instagram semalam.

BACA: Luar biasa hebat, Tan Sri Vincent Tan berpantun di majlis pernikahan anak

BACA: Waris Syarikat Naza dan Berjaya bernikah

BACA: Nama Chryseis Tan paling dicari

Foto-foto itu dikongsi oleh mereka menerusi akaun Instagram masing-masing beserta hashtag #chrysfaliqeverafter.

Rata-rata foto yang dikongsi itu mendapat ucapan tahniah dan pujian oleh pengikut yang menyukai majlis pernikahan tersebut.
 
Di sini Astro Gempak kongsikan foto-foto menarik SM Faliq Nasimuddin dan Chryseis Tan:



Source link

read more

The Issue of the Strategic Airbase


indexMO, 4/2/2018 – Apparently the video of the Retreat Ceremony of the Royal Malaysian Armed Force (ATM) from the Airbase of the Royal Malaysia Air Force (TUDM), Sungai Besi Air, Kuala Lumpur is currently viral on social media, to the extent that certain quarters mentioned that the airbase has been sold to China. This is an entirely baseless allegation. Read on to uncover the truth:

  1. The transfer of the TUDM Kuala Lumpur to the Sendayan Airbase (PU) is based on operational and safety rationalisation factors, as well as the fact that TUDM Kuala Lumpur is now too old and decrepit, having been in use since the 1940s.
  1. Flight operations at TUDM Kuala Lumpur is no longer safe with the rapid development of Kuala Lumpur, in view of the existence of high rise buildings and the population density.
  1. The TUDM Kuala Lumpur area is very exposed to external threats due to its location, near a highway and housing area. These present threats can be launched from any of these areas.
  1. The TUDM Kuala Lumpur area is very exposed to the public, making it difficult for TUDM to maintain its solid defence as an for military operations due to this exposure to espionage.
  1. PU Sendayan and the 31st Artillery Regiment, Tun Ibrahim Camp, Kajang, Selangor are among the relocation areas, in accordance to mission and suitability, as with the Airbase in KL previously.
  1. This is the first time an Airbase (Sendayan) has been built for the comfort of officers and staff of TUDM where they will get a new work area, accommodation and infrastructure to support TUDM training missions. Aside from this, with PU Sendayan, TUDM will be able to relocate the TUDM training centre whereby previously, trainings were held in Subang, Alor Setar and Kinrara.
  1. When it is ready, PU Sendayan will combine TUDM under one roof for the purpose of uniformity and training, ensuring a more effective command and control.

 

The issue of the Lost of the Historical Aspects of PU Kuala Lumpur

  1. The history of TUDM Kuala Lumpur will remain, even after its relocation to PU Sendayan, as it is the first international airport, used during Independence days. TUDM will maintain historical artefacts of TUDM Kuala Lumpur at the TUDM museum. This will be undertaken to ensure that the history of TUDM is not lost.

The issue of Bandar Malaysia being controlled by Companies from China

  1. The allegation that supposedly, a company from China controls the Bandar Malaysia project located at TUDM Kuala Lumpur is no longer an issue.

Instead, the strategic 198-hectare area is 100 per cent controlled by the Ministry of Finance, following the lapse of the Bandar Malaysia Share Sale Agreement (SSA) with the project’s previous shareholders.

  1. TRX City, bearing in mind the value of the Bandar Malaysia land, will maintain full ownership of the area in order to ensure that Malaysians will reap the fruits of its development.
  1. That the TUDM Kuala Lumpur Camp has been handed over to a company from China is a malicious accusation.

 

Conclusion

  1. It is not true that the government has put aside the importance of history by handing over PU Kuala Lumpur to developers.

History and historical artefacts will be protected for the knowledge of generations to come.

  1. PU Kuala Lumpur has lost its strategic value and is no longer suitable for the placement of military units. Its location makes espionage and enemy attacks too easy.
  1. The Malaysian Armed Forces has acquired way better and more suitable facilities with the relocation.
  1. Malaysia is not the only country to have closed military bases. The United Kingdom (UK) has and will close 56 military bases including Woolwich Barracks and Fort George, which is 300 years old and rich in history. Contrary to Malaysia, the closure of UK military bases did not include replacements.

Therefore, we should not politicise the country’s defence, and should appreciate ATM and their right to work and live in bases that are way more modern and comfortable with their heavy responsibility of ensuring peace, harmony and sovereignty of the country.

 

Captain (B) Abdul Rahmat Omar Tun Mohd. Haniff is a security consultant and incident investigator.

 



Source link

read more

Dua kereta api bertembung di South Carolina dua maut 50 cedera



SOUTH CAROLINA: Sekurang-kurangnya dua maut dan 50 lagi cedera apabila sebuah kereta api kargo dalam perjalanan dari New York ke Miami berlanggar dengan sebuah kereta api penumpang Amtrak dan tergelincir di sini awal pagi Ahad waktu tempatan.

Kereta api penumpang itu dipercayai membawa 139 penumpang termasuk lapan anak kapal.

Setakat ini, pihak berkuasa sedang menyiasat insiden yang dilaporkan berlaku di Lebuhraya Charleston dan jalan utama Pine Ridge terbabit.

Ia merupakan kemalangan serius yang kedua melibatkan kereta api Amtrak yang terjadi dalam masa kurang seminggu yang lepas.

Pada Rabu, kereta api yang membawa anggota Kongres dari Parti Republik menuju ke sebuah permukiman bertembung dengan lori sampah di Virginia, mengakibatkan seorang terbunuh.



Source link

read more

Saya ingin fokus pada single dahulu sebelum keluarkan album- Khai Bahar



PENYANYI yang popular melalui lagu Bayang, Khai Bahar mengakui sekarang bukan masa yang sesuai untuk tampil menghasilkan album penuh.

Menurut Khai Bahar, dia ingin memberi fokus kepada beberapa single yang ingin dikeluarkan tidak lama lagi.

“Bagi saya tumpuan sekarang untuk keluarkan single demi single dan fokus kepada promosi dahulu sebelum keluarkan album penuh.

“Ini kerana saya mahu mengumpul material yang berkualiti untuk menghasilkan album nanti.

“Selepas ini saya akan muncul dengan dua single duet bersama dengan seorang penyanyi baharu, Fatin Husna dan penyanyi Indonesia, Tiffany.

BACA: Nyanyi dengan mikrofon terbalik, gelagat Khai Bahar dan Nabil geletek hati penonton

BACA: “Kami Serasi” – Siti Nordiana pilih Khai Bahar

“Saya juga bersyukur kerana diberi peluang untuk menyanyikan lagu OST filem dari Indonesia yang berjudul Doa Di Jabbah,” katanya kepada Astro Gempak.

Khai berkata demikian ketika ditemui pada malam Anugerah Digital Muzik Era 2018 di Galaxy Banquet Hall Sentul, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pada malam tesebut Khai telah memenangi kategori Lagu Cover Terbaik Era menewaskan finalis lain seperti Projektor Band, Ara Johari, Syafiq Farhain dan Aiman Tino.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons