Sasar lebih 1,600 jualan menerusi pembukaan Honda BigWing – Korporat


KUALA LUMPUR 4 Feb. – Boon Siew Honda (BSH) menyasarkan peningkatan jualan sebanyak 30 peratus atau lebih 1,600 unit dalam jualan Motosikal Honda Berkuasa Tinggi pada tahun hadapan.

Sasaran itu dibuat menerusi pembukaan pusat jualan dan servis bagi Motosikal Berkuasa Tinggi jenama Honda, Honda BigWing dengan penawaran model-model yang merangkumi 250cc dan ke atas oleh Ee Tiong Motorsports Sdn Bhd.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BSH, Nobuhide Nagata berkata, pembukaan Honda BigWing bertujuan untuk memenuhi permintaan pasaran yang pelbagai di Malaysia.

“Pusat jualan dan servis Honda BigWing merupakan yang pertama di Malaysia. Tahun ini, sebanyak tiga lagi cawangan Honda BigWing yang akan dibuka di Pulau Pinang, Selangor dan Johor.

“Kami akan memberi fokus dalam menyediakan pengalaman yang terbaru di luar jangkaan pelanggan. Kami juga bersedia untuk memberi keterujaan kepada pasaran,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran pembukaan Honda BigWing di sini hari ini.

Turut hadir, Presiden Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia, Tan Sri Wee Hong dan Timbalan Pengerusi dan Pengarah Urusan Ee Tiong Motorsports Sdn Bhd, Jeffrey Gan Ee Tiong. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Kemudahan infrastuktur pengangkutan bukti kemajuan dibawa BN – Nasional


KUALA LUMPUR 4 Feb. – Kemudahan infrastrukrur pengangkutan yang sedia ada berjaya disediakan untuk rakyat ekoran ekonomi negara yang kukuh di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kerajaan BN sentiasa meletakkan keutamaan ke atas kepentingan rakyat dan pembangunan negara berbanding parti pembangkang yang hanya tahu memainkan perasaan rakyat.

“Saya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Tanjung Malim semalam menaiki perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) mendapati landasan berkembar dan perkhidmatannya berjalan dengan baik.

“Perkhidmatan kereta api di negara kita juga semakin pesat dengan operasi ETS ke utara negara meningkat dari empat ke 20 sehari selain operasi transit aliran ringan (LRT), transit aliran massa (MRT) dan monorel di Lembah Klang bertambah baik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pembukaan klinik pakar mata Optimax di Sri Petaling di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

KR1M 2.0 tawar 50 barangan berjenama dengan harga lebih murah


TEMERLOH – Sebanyak 50 jenis barangan keperluan harian berjenama dijual lebih murah berbanding harga pasaran merupakan antara ciri pembaharuan yang dibawa menerusi Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) 2.0.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata ia antara penambahbaikan yang dilakukan terhadap Program KR1M yang diperkenalkan sejak 2011 selepas mengkaji kelemahan-kelemahannya berdasarkan maklum balas rakyat.

Ada beberapa perubahan dari segi ciri KR1M terdahulu yang mana sebelum ini kita melaksanakannya di kedai yang khusus sahaja. Namun kali ini kita melaksanakannya di kedai yang menjadi rakan kongsi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan iaitu Tunas Manja Group (TMG).

“Kita juga telah menentukan untuk tidak lagi menjual barangan yang tidak berjenama kerana hasil maklum balas kita dapati rakyat lebih berminat dengan yang mempunyai jenama? sebab itu kita kekalkan barangan berjenama tetapi dengan harga yang lebih murah berbanding pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan KR1M 2.0 di pasar raya TMG, di sini hari ini.

— BERNAMA



Source link

read more

Kazuo Hirai undur diri Kenichiro Yoshida bakal terajui Sony Corp. berkuatkuasa 1 April 2018



TOKYO: Kazuo Hirai, 57 tahun mengumumkan pengunduran dirinya dari jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Sony berkuatkuasa Mac 2018.

Peralihan tugas  kelak menyaksikan Kenichiro Yoshida jmenadi individu baharu menerajui syarikat elektronik gergasi Jepun, Sony Corp secara rasmi pada 1 April 2018.

Istimewanya, bukan sahaja berperanan sebagai Ketua Pegawai Ekskutif, Yoshida juga memikul tugas sebagai Presiden.

Bagaimanapun, Hirai tetap berada dalam carta organisasi, sebagai pengerusi manakala jawatan lama yang pernah disandang Yoshida pula dilepaskan kepada Hiroki Totoki.

Tiga teras utama jadi penentu kepada pemilihan Yoshida, 54 tahun.

Kepercayaan, keyakinan dan kreadibiliti yang dipamerkan Yoshida membuatkan Hirai tidak teragak-agak menyerahkan tanggungjawab besar kepada orang kanannya itu.

Hirai akui  pengalaman mengemudi Sony Corp sejak 2012 sudah cukup besar dan bermakna sepanjang kariernya.

Jelasnya, peluang perlu diberikan kepada semua pihak supaya individu baharu ini boleh merasakan pengalaman baharu untuk memikul tanggungjawab dengan penuh rasa dedikasi.

Kejayaan manis yang pernah direkodkan dua sosok paling berpengaruh ini tidak lain tidak bukan, revolusi komputeri peribadi Vaio dan PlayStation 4 yang jelas raih keuntungan luar biasa buat Sony Corp.

Mana tidaknya, 60 juta lebih unit PlayStation 4 terjual pada hari pertama pelancarannya.

Mahu mengekalkan teknik pengurusan yang pernah dipraktikkan Hirai, Yoshida berjanji akan terus membawa nama Sony Corp terus gah di mata dunia.



Source link

read more

Sedondon ungu majlis akikah anak Hafidz Roshdi meriah



PELAKON Hafidz Roshdi dan isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri telah mengadakan majlis akikah buat anak sulung mereka, Humairah Muhammad Hafidz semalam.

Kemeriahan sekitar majlis itu dikongsi pelakon berkenaan di laman sosial Instagram (IG).

Hafidz dan isterinya kelihatan manis sedondon memakai baju kurung dan baju Melayu berona ungu.

Humairah juga kelihatan sangat comel apabila turut memakai gaun berona ungu.

Majlis tersebut turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran ahli keluarga terdekatnya.

Menerusi foto yang dikongsi, rata-rata memuji kecomelan Humairah dan mereka berdoa agar dia dapat membesar dengan sihat serta menjadi anak yang solehah.

Humairah dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Klang, Selangor, kira-kira pukul 1.30 pagi pada 9 September tahun lalu.

Berikut merupakan foto-foto sekitar majlis akikah Humairah:
 

 



Source link

read more

LG Menarik Diri Dari Pasaran Telefon Pintar Di China – Amanz


Tahun 2017 bukan tahun yang baik bagi LG. LG G6 dan V30 yang menjadi dua peranti premium mereka tidak mendapat sambutan yang baik berbanding peranti pengeluar walaupun mempunyai spesifikasi yang menarik. Dari laporan kewangan yang diterbitkan, mereka hanya mampu menjual 13.7 juta telefon pintar tahun lalu.

LG V30Mereka kini secara rasmi menarik dari menjual telefon pintar di pasaran China. Saingan yang sengit dari pengeluar tempatan adalah faktor tiada lagi peranti LG akan dijual di negara dengan pasaran peranti terbesar di dunia. Penarikan diri ini sudah lama dijangka kerana tahun lalu tiada telefon pintar baru dilancarkan di China. Tahun lalu Huawei, Apple, Oppo, Vivo dan Xiaomi adalah pengeluar dengan jualan tertinggi di China.



Source link

read more

Penantian peneroka 60 tahun bakal tercapai


LURAH BILUT – Penantian masyarakat peneroka hampir 60 tahun kepada pembaharuan bakal tercapai menerusi Lembah Digital yang diperkenalkan Felda.

Menurut Ketua Peneroka Felda Lurah Bilut, Pahang, Md Zulkifle Md Yunus, 59, idea Felda 2.0 yang diilhamkan pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad bakal membuka lembaran baharu dalam sejarah penubuhan tanah rancangan itu bagi menjadi kehidupan generasi akan datang.

“Selama ini peneroka Lurah Bilut mengharapkan satu pembaharuan hampir 60 tahun dari segi perladangan dan pertanian. Generasi seterusnya tak mahu lagi industri komoditi semata-mata.

“Kalau ada pun mesti pertanian moden, bila kita menggunakan teknologi baharu ini, kita mesti pandang jauh di mana kita tak mahu eksport getah semata-mata.

“Kita mahu getah itu jadi satu produk untuk digunakan oleh masyarakat antarabangsa.

“Saya berharap Perdana Menteri dapat meneruskan cita-cita transformasi ini, kalau boleh dibuat di semua tanah rancangan Felda ke arah dunia digital,” katanya.

Zulkifle juga berkata, pengwujudan Lembah Digital di kawasan luar bandar tidak pernah diimpikan selama ini, bahkan transformasi itu banyak memberi kelebihan kepada anak-anak peneroka yang berhijrah ke kota.

“Ramai (anak peneroka) berjaya di luar sana (bandar), Felda 2.0 cuba tarik kembali agar mereka buat di tempat sendiri sekali gus boleh membantu generasi ketiga, empat dan seterusnya untuk menjana pendapatan tinggi.

“Kalau kita tengok sekarang sudah ada internet berkelajuan tinggi, kemudahan riadah dan ia bakal menjadi destinasi menarik untuk menarik kehadiran pelancong,” jelasnya.

Katanya, sebagai pemimpin komuniti itu, dia berharap Perdana Menteri dapat mempertimbangkan agar tanaman selain kelapa sawit dapat diusahakan secara komersil untuk menjana pendapatan sampingan kepada mereka.

“Walaupun ada Lembah Digital, kita mahu peluang mencari pendapatan sampingan pertanian secara kecil-kecilan diberikan, kalau ada lot-lot tanah kosong, diberi kelonggaran untuk buat tanaman lain bagi menjana industri hiliran,” katanya.

Sementara itu, Zulkifle tidak menafikan kehidupan zaman kanak-kanaknya semasa Lurah Bilut baru dibangunkan sangat sukar memandangkan 616 peneroka yang ditempatkan di situ perlu membuka kawasan untuk penanaman kelapa sawit.

Tambahnya, memandangkan hasil tanaman kelapa sawit dan getah hanya membuahkan hasil antara enam ke tujuh tahun, peneroka Lurah Bilut mengusahakan sawah padi bukit untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Umur saya sekarang 59 tahun, pada awal pembukaan, kawasan ini kehidupan peneroka terlalu susah di mana Lurah Bilut ini perlu diteroka, tiada apa-apa ketika itu, tiada sawit, tiada getah.

“Orang-orang lama dulu mereka menanam padi untuk hidup sementara tanaman kelapa sawit dan getah boleh dituai hampir 10 tahun,” ulasnya.

Katanya lagi, Lurah Bilut jauh berbeza berbanding di awal pembukaan kawasan itu di mana hampir semua infrastuktur asas sudah tersedia di sini.

“Kemudahan sekolah cukup untuk tiga kaum di sini, begitu juga tempat ibadah pun lengkap, sama ada untuk penganut Islam, Hindu dan Buddha.

“Bilut ini boleh dikatakan masa tahun 80-an boleh dikatakan sudah lengkap kemudahanya.

“Kita nampak terlalu cepat perubahan berlaku sebab saya kembali ke Lurah Bilut pada 2005 selepas bersara sebagai anggota polis,” katanya lagi. – theRakyat



Source link

read more

Demi cinta agung warga emas sanggup redah ribut salji untuk beli hadiah isteri



SHANGHAI: Demi cinta, lautan api sanggup ku redah.

Perumpamaan itu juga menggambarkan kesanggupan seorang pekerja migran di China yang sanggup menempuh ‘onak duri’ demi cintanya terhadap si isteri.

Lelaki berusia 60 tahun dari wilayah Henan di tengah China sanggup berjalan sejauh 40 kilometer selepas terminal bas ditutup susulan ribut salji yang melanda Shanghai minggu lalu, lapor media tempatan.

Zhao Fangzi, pekerja di sebuah tapak pembinaan di Shanghai, perlu memilih sama ada mengambil teksi atau berjalan kaki untuk pulang ke kampungnya Jumaat lepas sempena musim perayaan tidak lama lagi.

Zhao anehnya memilih untuk berjalan kaki.

Alasan Zhao berbuat demikian ialah dia dapat berjimat sebanyak 200 yuan (kira-kira RM123) untuk hadiah isterinya sempena Tahun Baru Cina.

Malah lebih hebat lagi, dia melakukannya dengan menggendong semua barang miliknya termasuk kipas elektrik dan gebar selesa.

“Tak adalah sejuk sangat. Lagi lama saya berjalan, semakin hangat saya rasa.”

Bagi Zhao, dengan gaji hanya 2,000 yuan (kira-kira RM1,230) sebulan, dia tidak mampu untuk membelanjakan wang sewenang-wenangnya.

Memandangkan usianya yang lanjut serta kesukaran mencari kerja, Zhao berhasrat untuk menetap terus di kampungnya di Henan dan tidak kembali lagi ke Shanghai walaupun majikan masih berhutang gaji dengannya.



Source link

read more

Kuat cemburu punca Amira Othman elak bercinta dengan rakan artis



PENYANYI Amira Othman mengakui mahu mengelakkan diri daripada bercinta sesama rakan artis.

Menurut Amira, 25, sikap cemburu yang ada pada dirinya membuatkan dia lebih selesa untuk bercinta dengan individu yang tidak terlibat dalam bidang seni.

“Sebolehnya saya tidak mahu dan akan cuba mengelak daripada mempunyai teman lelaki dalam kalangan artis.

“Saya seorang yang cepat cemburu dan pasti sukar bagi saya untuk menghadapi perkara itu sekiranya teman lelaki orang industri.

“Kalau boleh saya mahukan yang tiada kena mengena dengan bidang seni  dan buat masa sekarang saya masih berjumpa dengan insan yang sesuai lagi.

“Saya tidak mahu bercakap lebih-lebih mengenai perkara ini kerana mak saya selalu pesan, yang kita tak nak itulah nanti yang akan dapat,” katanya kepada Astro Gempak.

Amira berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharu bertajuk Mimpi Indah di Flora Terrace, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Mimpi Indah merupakan lagu ciptaan Hael Husaini dan diterbitkan oleh Edry Abdul Halim.



Source link

read more

Prototaip Teksi Terbang Airbus Berjaya Melakukan Penerbangan Pertama – Amanz


Airbus mengumumkan projek pembangunan teksi terbang mereka pada Ogos 2016. Projek Vahana ini mampu terbang secara menegak dan membawa seorang penumpang. Setelah lebih setahun diumumkan, teksi swaterbang ini telah berjaya melakukan penerbangan pertamanya minggu lalu.

Penerbangan ujian dilakukan tanpa pemandu di dalam kokpit dan bertahan selama 53 saat. Pada waktu tersebut, pesawat dengan gelaran Alpha One ini berjaya terbang setinggi 5 meter. Lapan motor elektrik digunakan bagi menerbangkan prototaip ini. Selain Vahana terdapat juga projek teksi terbang Volocopter dan Ehang yang turut telah berjaya melakukan ujian penerbangan.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons