Kisah kejayaan anak peneroka beroleh berpuluh ribu ringgit sebulan!


LURAH BILUT – Kesungguhan mengusahakan penternakan ikan air tawar hingga membawa pulangan lebih RM60,000 sebulan membolehkan seorang anak peneroka dari Felda Tenggaroh, Johor merangkul Anugerah Usahawan Agropreneur Felda di sini hari ini.

Muhamad Nazri Yusof, 37, yang telah lapan tahun mengusahakan kolam air tawar itu bersyukur kerana keputusannya untuk terjun ke bidang usahawan ternyata membuahkan hasil yang membanggakan.

Kisah kejayaan anak peneroka beroleh berpuluh ribu ringgit sebulan!

Pemenang Anugerah Belia Felda Malaysia (ABFM) kategori individu, Muhammad Nazri Yusof menunjukkan piala yang dirangkulnya pada Majlis Pelancaran Felda 2.0 di Felda Lurah Bilut, Bentong, Pahang. foto HAZROL ZAINAL, 04 FEBRUARI 2018.

Beliau yang kini dibantu oleh tujuh orang pekerja berkata, ini adalah anugerah kelapan yang diterimanya setakat ini.

“Saya berharap anak-anak generasi baru Felda memberanikan diri untuk menambah pendapatan mereka melalui bidang perniagaan tetapi kenalah bersedia untuk berhadapan dengan risiko.

“Namun kalau kita berusaha dengan tekun, tiada alasan untuk tidak mencapai kejayaan,” katanya selepas menerima anugerah tersebut daripada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Razali Ibrahim.

Bagi Mohd Norodzaime Affandy Mohd Rodzj, 31, dari Felda Lepar Utara 3, Jerantut, kejayaannya merangkul Anugerah Usahawan Jaya Felda membuktikan yang anak generasi baru peneroka tidak semestinya berhijrah ke bandar untuk mencapai kejayaan.

Kisah kejayaan anak peneroka beroleh berpuluh ribu ringgit sebulan!

Pemenang Anugerah Belia Felda Malaysia (ABFM) kategori individu, Mohd Norodzaime Affandy Mohd Rodzi menunjukkan piala yang dirangkulnya pada Majlis Pelancaran Felda 2.0 di Felda Lurah Bilut, Bentong, Pahang. foto HAZROL ZAINAL, 04 FEBRUARI 2018.

Beliau yang memulakan perniagaan pengangkutan dengan dua buah lori sejak 2006, kini mampu tersenyum bangga kerana mampu memiliki 30 buah lori dan 150 ekor lembu.

“Keuntungan perniagaan lori saya laburkan pula dalam bidang penternakan dan Alhamdulillah saya mampu memperoleh sekurang-kurangnya RM30,000 sebulan.

“Siapa kata kita perlu ke bandar saja kalau nak berjaya, di kawasan kita pula kita boleh mencapai kejayaan kalau kita serius dan fokus dengan apa yang kita usahakan,” katanya yang memulakan perniagaan dengan modal cuma RM5,000 sahaja.

Beberapa individu dan persatuan Felda juga menerima anugerah berbentuk hadiah dan wang tunai daripada Razali atas inisiatif dan kejayaan mereka.

Turut hadir Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad dan barisan tertinggi pengurusan Felda. – theRakyat.com



Source link

read more

Rihanna pembawa tuah Arsenal | Astro Awani



BINTANG pop, Rihanna, hadir di Stadium Emirates awal pagi tadi menyaksikan Arsenal menundukkan Everton 5-1 dalam Liga Perdana Inggeris.

Rihanna, seorang peminat tegar bola sepak, menjadi tajuk utama sepanjang Piala Dunia 2014 untuk komennya di Twitter, dan Mesut Ozil menganggap penyanyi itu mungkin pembawa tuah kepada Arsenal.

Selepas Henrikh Mkhitaryan dan Pierre-Emerick Aubameyang membuat kemunculan pertama penuh dan Aaron Ramsey menjaringkan hatrik ke atas skuad The Toffees, Ozil kemudiannya berkongsi swafoto bersama Rihanna dengan pengikut Twitternya.

“Masih belum terkalah bersama Riri,” tulis Ozil di Twitter, mengingatkan kehadiran Rihanna dalam kemenangan Jerman dalam final Piala Dunia 2014.

Mungkin Arsenal perlu memberikannya tiket bermusim.



Source link

read more

MBFM Felda Lurah Bilut naib Johan Anugerah Persatuan Belia MBFM Cemerlang – Pahang


BENTONG 4 Feb. – Kejayaan julung kali Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Felda Lurah Bilut di peringkat nasional apabila memenangi tempat kedua Anugerah Persatuan Belia BFM Cemerlang menjadi hadiah bermakna kepada Felda Lurah Bilut yang dinobatkan sebagai Felda Digital 2.0.

Kejayaan itu membolehkan MBFM Felda Lurah Bilut menerima wang tunai sebanyak RM7,000, geran bantuan aktiviti RM4,000 dan piala iringan.

Ketua MBFM Felda Lurah Bilut, Mohd. Izzudin Hamzah berkata, anugerah itu membakar semangat golongan muda di kawasan tanah rancangan berkenaan untuk terus menggerakkan pelbagai aktiviti pada masa akan datang.

“Kami terkejut dan tidak menyangka dapat memenangi tempat kedua memandangkan peserta lain dari seluruh negara juga hebat.

“Kami berazam untuk terus berusaha keras bagi mengekalkan kemenangan dan kalau boleh mendapat tempat pertama pada masa akan datang,”katanya pada majlis penyampaian Anugerah Belia Felda Malaysia (ABFM) di Felda Lurah Bilut di sini hari ini.

Penyampaian hadiah disempurnakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Razali Ibrahim dan disaksikan oleh Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Tak tahan diejek, lelaki OKU bunuh rakan – Jenayah


KLANG 3 Feb. – Gara-gara dipercayai sering mengusik rakannya, seorang lelaki menemui ajal apabila ditikam menggunakan senjata tajam di kediamannya di Jalan Pandamaran Klang, di sini petang tadi.

Mangsa yang berusia 55 tahun itu dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang doktor yang memaklumkan ada lelaki tidak sedarkan diri akibat ditikam dengan senjata tajam di bahagian dada.

“Namun, mangsa didapati telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan dari Pandamaran ke hospital.

“Hasil siasatan, kita menahan rakan baik suspek yang merupakan lelaki kurang upaya (OKU) kudung kaki kanan berusia 51 tahun kira- kira pukul 8 malam tadi bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini malam ini.

Tambahnya, pihaknya turut merampas sebilah pisau yang mempunyai kesan darah di kediaman suspek.

“Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku selepas suspek tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang sering mengejeknya kerana dia kudung kaki sebelah kanan.

“Kedua-dua lelaki terbabit merupakan kawan rapat dan hampir setiap petang suspek akan ke rumah mangsa,” ujarnya.

Jelas Shamsul Amar, mayat mangsa kini berada di Unit Forensik dan proses bedah siasat akan dijalankan kira-kira pukul 10 pagi esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

12 maut makan daging lembu yang mati dipatuk ular



JOHANNESBURG: Sejumlah 12 orang dilaporkan mati setelah memakan daging seekor lembu yang mati dipatuk ular tedung selar.

Mangsa terdiri daripada lima kanak-kanak dan tujuh warga emas, lapor portal All Africa.

Mangsa adalah antara 60 penduduk kampung Mpoza di Afrika Selatan yang dikejarkan ke hospital pada Jumaat akibat keracunan berpunca daripada daging tercemar itu.

Dalam kejadian itu, kesemua mangsa termasuk 16 kanak-kanak dari kampung tersebut mengalami cirit-birit dan muntah-muntah dan kini dirawat di Hospital Wilayah Mthatha dan Hospital Akademik Nelson Mandela.

Menurut kenyataan pihak hospital, daging lembu yang dimakan mangsa masih mengandungi racun ular berbisa itu walaupun ia telah dimasak.

Pihak berkuasa tempatan dalam pada itu dikatakan telah mengeluarkan arahan agar penduduk tidak memakan haiwan yang ditemukan mati tanpa mengetahui puncanya.



Source link

read more

82 anggota Daesh ditahan di Turki – Luar Negara


ISTANBUL 3 Feb. – Polis Turki menahan 82 orang disyaki menjadi anggota kumpulan pengganas Daesh, 77 daripadanya adalah warga asing dalam operasi serbuan besar-besaran di sekitar ibu kota negara ini.

Menurut agensi berita tempatan, Anadolu, skuad polis antikeganasan menyasarkan suspek yang bertindak bagi pihak Daesh, pergi ke zon konflik di Syria dan Iraq serta merancang serangan di Turki.

Tambah Anadolu, serbuan polis tersebut dijalankan serentak di 16 alamat di 10 daerah ibu kota.

Bahan bukti berbentuk digital dan dokumen turut dirampas dalam serbuan berkenaan. – REUTERS



Source link

read more

DopeWeddingCongratz Taeyang dan Min Hyo Rin sah bergelar suami isteri



ANGGOTA kumpulan Big Bang, Taeyang dan aktres Min Hyo Rin selamat disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis tertutup pada Sabtu.

Majlis berlangsung di sebuah gereja di wilayah Gyeonggi, Seoul dan dihadiri keluarga, rakan rapat serta rakan sekerja pasangan tersebut.

Antara yang hadir termasuk anggota kumpulan Big Bang, CL, Dara, Ki Tae Young, Zion. T, Ra Mi-Ran, Cha Tae Hyun, Se7en dan BLACKPINK.

BACA: Belum kahwin, T.O.P sudah pilihkan nama ‘Coin’ untuk anak Taeyang

Pelakon “Make Your Wish” Ki Tae Young dipilih mengendalikan majlis perkahwinan manakala Zion T tampil mempersembahkan lagu bagi meraikan pasangan kekasih ini.

Suatu majlis ‘after party’ turut diadakan dan dikendalikan oleh Big Bang Daesung di mana CL serta Big Bang Seungri tampil untuk membuat persembahan.

Youngsong Martin, yang terkenal dalam menghasilkan hiasan adegan perkahwinan Edward dan Bella dalam filem Twilight, turut menjadi perancang perkahwinan pasangan K-Pop ini.

Youngsong yang merupakan kenalan rapat pasangan tersebut merancang agar majlis ini dapat menonjolkan kecantikan Hyo selain menggambarkan rasa cinta pasangan itu.

Hashtag #DopeWeddingCongratz menjadi trending selepas beberapa jam berita tersebut dihebahkan. 

Menerusi hashtag tersebut, rata-rata peminat menyampaikan ucapan tahniah dan meluahkan rasa gembira melihat pasangan serasi itu disatukan.

BACA: Kahwin 3 Februari depan, Taeyang dan Min Hyo Rin belum rancang bulan madu

Hubungan cinta pasangan ini mula diketahui umum sejak 2015.

Taeyang dan Min Hyo Rin mula bercinta selepas bertemu pada 2014 ketika menjalani rakaman video muzik Taeyang berjudul “1AM”.

Tahniah diucapkan kepada pasangan merpati dua sejoli ini!



Source link

read more

Tanpa BN tak mungkin Tun M boleh bangunkan Langkawi


LANGKAWI – “Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mungkin dapat membangunkan Langkawi berseorangan tanpa sokongan jentera UMNO dan BN,” kata Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, meskipun Tun Mahathir dianggap banyak berjasa kepada pembangunan di pulau ini, kemajuan itu tidak mungkin berlaku tanpa sokongan parti yang telah mengangkatnya menjadi perdana menteri.

“Bayangkan kalau BN tidak ada kuasa, tidak ada peruntukan, Langkawi tidak akan membangun,” katanya pada program Dialog Santai Bersama Anak Muda Langkawi di sini, malam tadi.

Mengakui rakyat di Langkawi masih merasai nostalgia semasa Tun Mahathir masih memegang tampuk pemerintahan negara, Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, mereka seharusnya memikirkan tentang masa depan golongan muda.

“Kita kenang dan berterima kasih kepada Tun Mahathir tetapi untuk 10 hingga 30 tahun akan datang, kita perlu memberikan sokongan kepada pemimpin parti yang mampu untuk terus membawa kemajuan kepada rakyat kita,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan itu berkata, perancangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk mengangkat reputasi Langkawi sehebat Monaco di Eropah bukannya bermaksud meniru bulat-bulat tarikan pelancongan yang ada di pusat peranginan terkenal itu.

Menurutnya, idea perdana menteri menjadikan Langkawi sebagai ‘The Monaco of the East’ bertujuan untuk menjadikan pulau ini lebih menarik kepada pelancong-pelancong mewah yang seterusnya dapat meningkatkan ekonomi rakyat di pulau ini.

“Bukannya kita bercadang hendak mewujudkan kasino seperti mana di Monaco tetapi kita ada acuan tersendiri untuk membangunkan Langkawi supaya dapat menjadi lebih terkenal (sebagai pusat pelancongan mewah),” katanya.

Dialog yang bertujuan untuk menjelaskan isu-isu semasa kepada golongan belia di sini turut dihadiri ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad, Adun Air Hangat, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid, Adun Kuah Nor Saidi Nanyan, Ketua Penerangan Umno Kedah, Datuk Othman Abdul dan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy.-BERNAMA



Source link

read more

6 fakta menarik perkahwinan Taeyang dan Min Hyo Rin


ANGGOTA kumpulan Big Bang, Taeyang dan aktres Min Hyo Rin selamat disatukan sebagai suami isteri dalam sebuah majlis tertutup pada Sabtu.

BACA: #DopeWeddingCongratz – Taeyang dan Min Hyo Rin sah bergelar suami isteri!

Majlis tersebut berlangsung di sebuah gereja di wilayah Gyeonggi, Seoul dan dihadiri keluarga, rakan rapat serta rakan sekerja pasangan tersebut.

Populariti pasangan K-Pop ini tidak perlu dipertikaikan lagi apabila hashtag #DopeWeddingCongratz menjadi trending di Twitter selepas beberapa jam berita tersebut dihebahkan.

Di sini Astro AWANI kongsikan beberapa perkara menarik tentang perkahwinan pasangan ini.

1.  Kad jemputan perkahwinan

Kad undangan perkahwinan telah didedahkan kepada umum oleh rakan baik Taeyang, 1YTM, Song Baekyoung menerusi akaun Instagram.
 
Foto eksklusif ini menunjukkan sebuah kad berwarna putih dan dihiasi dengan sejambak bunga merah mini di bahagian hadapan kad berkenaan.

Manakala pada bahagian belakang kad tersebut pula menampilkan tulisan berwarna emas dengan ayat yang dipetik daripada kitab Bible:

“Two are better than one, because they have a good reward for their labour.”

Selain itu, nama sebenar Taeyang (Dong Young Bae) dan Min Hyo Rin (Jung Eun Ran) juga turut tertera di bahagian belakang kad tersebut.

Kad undangan pasangan ini mendapat pujian daripada para peminat kerana rekaannya yang ringkas namun kreatif dan penuh makna.

2. Gambar pra-perkahwinan

Majalah “Dazed” mendapat hak eksklusif merakamkan foto dan video pra-perkahwinan Taeyang dan Min Hyo Rin.

Koleksi gambar berjudul “Love” yang diambil di Hawaii ini dilaporkan merupakan hadiah daripada Dazed Korea kepada pasangan ini.

via allkpop
via allkpop
 
via allkpop
via allkpop
 
via allkpop

Foto majalah Dazed Korea daripada allkpop

 

YouTube Dazed Korea

3. Cincin pertunangan buatan Chanel

Cincin pertunangan pasangan ini didedahkan semasa foto perkahwinan mereka dan gambar menunjukkan cincin khas ini daripada jenama mewah Chanel!

Pasangan suami isteri ini memakai Chanel Coco Crush Ring Quilted Motif yang diperbuat daripada emas putih 18K.

Taeyang memakai versi sederhana bernilai AS$3,250 (RM12,634) manakala Min Hyo Rin pula memakai versi kecil bernilai AS$2,700 (RM10,496).

via Koreaboo

4. Seungri lebih bergaya daripada pengantin

Big Bang Seungri memuat naik swafoto pada Instastory-nya dengan kapsyen yang tertera “Saya lebih bergaya daripada pengantin lelaki. Saya rasa sungguh pelik.”

5. Big Bang, versi Ibu

Ibu kepada kelima-lima anggota menghadiri majlis perkahwinan ini.

Dalam Instastory yang turut dimuat naik Seungri, dia memberikan kapsyen “Big Bang, versi ibu. Sentiasa kekal sihat, ibu-ibu”

Anda kenal siapa ibu Taeyang, Seungri, T.O.P, G-Dragon dan Daesung?

6.  Taeyang beli rumah pengantin baharu di kawasan elit

Penyanyi “Wedding Dress” ini dilaporkan membeli rumah  AS$4 juta (RM15.55 juta) sebagai rumah pengantin baharu mereka di Hannam, Seoul.

via Koreaboo

Terletak di salah satu kawasan paling mewah di Seoul, pasangan ini bakal berjiran dengan pelakon terkenal seperti Lee Jong Suk, Shin Min Ah dan ramai lagi.



Source link

read more

Onset of high tide phenomenon has Sarawak Rescue Dept on alert


HUJAN BERTERUSAN/KUCHING

MO,3/2/2018, KUCHING: The state Fire and Rescue Department is primed to deploy it personnel and assets to areas which may experience flooding during the high tide phenomenon, which is expected to occur between 6pm today and 5am tomorrow. The department’s flood operation room will be closely monitoring low-lying areas every two hours from today until Sunday, and updating residents of high-risk locations.

“According to the telemetry system (of the state Drainage and Irrigation Department), there has been an increase in water levels in Batu Kitang here and in Dalat, Mukah. “And based on previous incidents, Batu Kitang will continue to see a rise in water levels – which is why the department is closely monitoring the area. “The department is also keeping tabs of the situation in Ulu Baram, where the water flow of rivers in the area has slowed down,” said the department’s director Nor Hisham Mohammad.

Although the situation is under control, authorities fear that the current rainy spell the state is experiencing will exacerbate the effects of the high tide phenomenon. “Our concern is that the heavy rain will slow the flow of water from hilly areas to the sea (which could result in flooding). “Regardless of whatever happens, the department will be prepared,” he added.

Meanwhile, the state Natural Disaster Management Committee secretariat said that 11 people from four families were evacuated after their houses in Kampung Sungai Batu here were inundated by floodwaters. The secretariat said the evacuees are temporarily taking shelter at a surau in the village. “Although the surau is not gazetted as a flood evacuation centre, the families have been relocated there, as the situation is under control.

“If there is no improvement in the flood situation at the village, the evacuees will be relocated to the nearby Sinaran Lumut hall,” the secretariat said in a statement.

–NSTP



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons