KUALA LUMPUR – Visi dan misi Transformasi Nasional 2050 (TN50) berbeza dengan Wawasan 2020, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata, TN50 adalah suatu wawasan yang dicetuskan oleh suara dan kehendak rakyat, manakala Wawasan 2020 dirancang oleh kerajaan tanpa bertanyakan atau meminta pandangan daripada rakyat.

Menurut beliau, kepemimpinan hari ini meminta semua menteri dan pemimpin Barisan Nasional (BN) turun merasai nadi rakyat serta bertanyakan apa yang mereka hendak.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak suruh kami pergi rasai denyut nadi rakyat. Tanya apa mereka nak, bukan apa yang kita nak, (juga) bukan apa yang kita buat. Kita nak apa yang rakyat nak. Itulah yang kita diminta untuk laksanakan.

“Sebab itu, apabila TN50 (hendak) diketengahkan oleh Najib tahun 2050 ini, dia tanya apa yang Malaysia dan rakyat nak. Kerana program ini kita dengar suara rakyat dari peringkat akar umbi hinggalah ke atas.

“Wawasan 2020 yang akan habis dua tahun lagi adalah program yang dirancang oleh kerajaan. Mereka (kepimpinan dahulu) tidak tanya rakyat. (Dah tentu) ada kesilapan yang dilakukan untuk program ini (Wawasan 2020). Tapi kita buat penambahbaikan. Kita buat pembetulan dan segalanya.

“Untuk tahun 2050, kita tanya rakyat, kita nak rakyat suarakan apa yang rakyat nak dan negara yang bagaimana mereka hendak,” katanya berucap pada majlis Kenduri 1Wilayah Persekutuan Parlimen Bandar Tun Razak di Kem Tentera Sungai Besi, di sini, hari ini.

Sementara itu, dalam ucapannya juga, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata, walaupun Parlimen Bandar Tun Razak tidak diwakili wakil rakyat Barisan Nasional (BN), itu bukan alasan untuk rakyatnya disisih.

Katanya, dalam kawasan itu mempunyai pelbagai lapisan masyarakat termasuk anggota dan ahli keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Mereka juga perlu diberi pembelaan sama adil dengan orang awam. Mereka juga mempunyai kekangan hidup, berdepan dengan kesesakan jalan raya dan sebagainya.

“Kita sentiasa mendampingi mereka dan saya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, tentulah mahu rakyat saya sentiasa ceria kerana kalau kita tidak ceria, kita akan nampak berbagai masalah,” katanya.

Secara berseloroh, beliau yakin Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar bergelar Ahli Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini. – theRakyat



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: