1273157_737539679593027_213389716_o__fullMO, 5/2/2018 – Kadar tarif elektrik bagi kegunaan domestik di Malaysia berada di kedudukan keempat terendah di dunia selepas Sweden, China dan Taiwan.

Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Dr Zaini Ujang berkata perkembangan positif itu didorong oleh penarafan kredit negara yang berada pada taraf yang amat baik.

“Biasanya, syarikat penyedia perkhidmatan berkaitan kewangan meletakkan Malaysia di kedudukan ‘AA’. Maknanya, iklim pelaburan Malaysia amat baik termasuklah dalam sektor tenaga,” katanya kepada pemberita selepas Sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan Pelan Induk Teknologi Hijau (GTMP) hari ini.

Turut hadir Pengurus Besar Kanan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin dan Pengurus Besar TNB Kelantan Datuk Md Yuslan Mad Yusoff.

Program tersebut antara lain bertujuan memberi penjelasan tentang GTMP, peranan kerajaan dan masyarakat dalam mempromosikan gaya hidup hijau.

Zaini berkata dasar kerajaan juga membolehkan perjanjian dengan 40 syarikat pembekal tenaga elektrik dilaksanakan sehingga 21 tahun berbanding negara lain yang tempohnya hanya lima tahun, malah terdapat negara yang langsung tiada perjanjian.

Beliau berkata ia memberi peluang pembayaran balik dalam tempoh yang lebih panjang dengan kadar faedah yang lebih rendah.

“Kita juga mempunyai rekod yang baik dalam pengurusan dengan menggunakan kepakaran tempatan.

“Prestasi baik itu membolehkan kerajaan masih mampu mengekalkan tarif elektrik pada 38.53 sen setiap satu kilowatt sejam (kWj) bagi tempoh tiga tahun lagi, menyamai kadar yang dilaksanakan sejak Januari 2014,” katanya. – Bernama, 4 Februari, 2018.



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: