Membaca adalah kunci kepada mengembangkan minda manusia sehingga ia menjadi ayat pertama di dalam kitab suci Al Quran. Tetapi di dalam kesibukan kehidupan seharian, mungkin sedikit sukar mencari masa lolos untuk membaca. Bagi yang tiada masa membaca, buku-audio ialah alternatif dengan mendengar buku dibacakan.

Nusantara Audiobooks ialah platform yang menawarkan buku audio berbahasa melayu. Antara buku-audio menarik yang ditawarkan ialah karya-karya klasik Salina, Hikayat Abdullah, Ranjau Sepanjang Jalan dan Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Antara bakat suara yang digunakan ialah pelakon Wan Hanafi Su dan personaliti televisyen Tengku Elida Bustaman.

Harga jualan buka audio bermula dari RM25 sebuah. Nusantara Audiobooks ialah sebuah inisiatif dari Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor.

Muat turun Nusantara Audiobooks menerusi Google Play

Muat turun Nusantara Audiobooks menerusi App Store



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: