PLMM-Kopetri buka gudang produk pelincir untuk PIC – Bisnes


PENGERANG 5 Feb. – Petronas Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) dan Koperasi Pemuda Patriot Pengerang Kota Tinggi Berhad (Kopetri) melancarkan pembukaan gudang bagi membekalkan produk bahan pelincir untuk projek Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC).

Majlis itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad di  Pusat Operasi dan Penyimpanan Minyak Pelincir Petronas Kopetri di Kampung Bukit Raja, Sungai Rengit, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Datuk Mohd. Ibrahimnuddin Mohd. Yunus; Ketua Pemegang Kepentingan, Komunikasi dan Bahagian Pengurusan Risiko Petronas Refinery and Petrochemical Corporation (PRPC) Sdn. Bhd., Datin Anita Azrina Abdul Aziz dan Pengerusi Kopetri, Aznan Tamin.

Kopetri yang mempunyai lebih 100 ahli terdiri daripada golongan muda dilantik sebagai pengedar dan pembekal rasmi bagi PLMM, anak syarikat Petronas Dagangan Berhad (PDB) pada Julai 2017.

Mohd. Ibrahimnuddin berkata, pembukaan gudang itu menjadi langkah untuk mengukuhkan jualan bahan pelincir di daerah ini dan pada masa yang sama membuka peluang pekerjaan kepada

penduduk.

“Sejak menjadi pengedar rasmi PLMM, Kopetri telah menyumbang bagi peningkatan jualan bahan pelincir di wilayah ini dengan mencecah lebih 70 peratus daripada sasaran bulanan.

“Kami berharap kerjasama berterusan ini akan merangsang jualan bahan pelincir serta pertumbuhan ekonomi di Pengerang,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

More stakeholders to be consulted on issues surrounding fake news


fake_news_1_.jpg_1517466885

MO,5/2/2018, KOTA TINGGI: More stakeholders will be called upon to discuss the issue of fake social media accounts created to spread false and inappropriate content that could adversely affect the country’s social and economic balance, as well as national security. Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Azalina Othman Said said a special committee set up to study the legal aspect regarding the spread of fake news had held its first meeting and discussed the matter with Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak.

She said the stakeholders would include members of non-governmental organisations, lawyers, lecturers as well as Members of Parliament from Barisan Nasional (BN) and the oppposition. “I do not want to invite those who say something in a meeting, but say something else outside. I do not want to invite those who have begun claiming all sorts of things even before the meeting takes place.

“I want to invite especially the MPs from BN and the oppposition who genuinely see that this is a big problem, a national security problem, whereby these fake news can threaten the country,” he told reporters after launching the Pengerang Tour 2018 programme, here today. Azalina, who is also Pengerang MP, said that as ruling government, BN could have drafted the law without having a committee-level discussion.

“We have full power, there is nothing in the Federal Constitution which requires us to set up a Parliamentary committee. “What we are doing here (by having the committee) only goes to show the Prime Minister’s courtesy to hear the views of all the parties concerned,” she added. — Bernama



Source link

read more

Empat maut dalam nahas babitkan 53 kenderaan di Wilayah Yunnan China



KUNMING: Empat maut dalam satu nahas bertindan-tindih membabitkan 53 kenderaan di sebuah lebuh raya di Wilayah Yunnan, yang terletak di barat daya China, lapor agensi berita Xinhua.

Polis trafik daerah berkata nahas berlaku pada 6.10 pagi Isnin di sebuah lebuh raya yang menghubungkan Kunming, ibu kota wilayah itu, dengan Chuxiong, juga di Yunnan.

Kesemua mangsa maut selepas terjatuh dari jambatan lebuh raya ketika cuba bergerak ke lorong lain.

Tiga orang cedera ringan dalam nahas itu.

Siasatan awal menunjukkan keadaan jalan yang berais merupakan antara penyebab nahas itu.

Lebuh raya itu ditutup kepada lalu lintas buat sementara waktu, menyebabkan lebih 80 orang terkandas.

— BERNAMA



Source link

read more

Bomba bantu pindah 174 murid termasuk 18 pra sekolah di SJKC Tunku Miri akibat banjir – Nahas & Bencana


MIRI 5 Feb. – Seramai 156 murid sekolah rendah dan 18 murid pra sekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tunku Miri di sini, terpaksa menamatkan sesi persekolahan lebih awal apabila sekolah mereka dilanda banjir pagi tadi.



BOMBA

 

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong berkata, pihak sekolah terpaksa menghubungi bomba untuk membantu memindahkan murid-murid di sekolah berkenaan, ekoran ibu bapa bimbang anak-anak mereka terperangkap kerana jalan ke sekolah telah dinaiki air.

Katanya, lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Miri telah dihantar ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi pemindahan setelah menerima panggilan pada pukul 10 pagi.

“Pihak sekolah terpaksa menamatkan sesi persekolahan pada pukul 11 pagi, memandangkan paras air mula naik dan hujan berterusan,” katanya ketika dihubungi di sini petang ini.

Beliau berkata, pasukan bomba berjaya memindahkan semua murid tanpa berlaku insiden tidak diingini telah dan seterusnya membuat pemantauan lanjut di kawasan berkenaan. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Campak makanan Saya pun tak setuju – Datuk Fazley jelas konsep Sweet Table



PENYANYI dan Chef Selebriti, Datuk Fazley Yaakob membidas dakwaan netizen yang melabelkan dirinya kurang sopan kerana mencampak makanan ketika menyediakan hidangan unik ‘Sweet Table’ baru-baru ini.
 
Jelas Fazley, apa yang dilihat oleh mereka itu hanyalah hidangan disediakan untuk keluarga dan bukannya kepada pelanggan.
 
“Saya tidak terkesan dengan kritikan yang diberikan cuma saya ingin jelaskan yang mereka tengok itu adalah hidangan dilakukan ketika sambutan majlis hari jadi adik saya, Raf.
 
“Bukan campak, tapi disebabkan ahli keluarga ramai dan meja panjang jadi saya terpaksa lambung.
 
“Itu sebenarnya hanya untuk memberi adik-beradik dan keluarga saya merasai pengalaman ‘Sweet Table’ dilakukan.
 
“Konsep sebenar yang akan dihidangkan kepada pelanggan adalah dengan cara melukis di atas meja. “Kalau nak suruh campak-campak makanan, itu saya pun tak setuju.
 
“Nenek dan ibu saya dah ajar sejak kecil, makanan tak boleh dicampak. Jangan khuatir, saya faham tentang perkara itu.
 
“Tak mungkin saya nak campak makanan ketika menyediakan hidangan tersebut kepada pelanggan,” jelasnya kepada Astro Gempak.
 

Inilah sebenarnya #SweetTableByDFY yang hangat di perdebatkan hingga video asal mencecah jutaan views! Terima kasih banyak ya! @sukasucrebistro , konsepnya mudah, mejanya saya alas dengan parchment paper, kemudian saya buat ‘plating’ di direct atas meja. Ada pisang goreng, 6 jenis sauce berbeza, 4-5 jenis cake, macarons, meringue tart, sweet soils, ice cream, Crème Patisserie dan lain2 juga. Yang nak cuba jemput datang, paling kurang 6 orang satu meja dan paling ramai 10 pax. Kalau nak cuba silakan, kalau masih tak faham serta tak setuju tak apa, saya tak marah atau kecil hati, malahan saya nak ucap jutaan terima kasih kerana sudi memberi saya peluang untuk mempromosi idea baru. Buat yang masih belum mendapat slot booking meja “Sweet Table”, mohon bersabar, memang kami tak menang tangan untuk aturkan slot2 baru. Insya allah saya cuba sehabis baik! Terima kasih semua sekali lagi!

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

Terdahulu, video pendek merakamkan aksi Juara Masterchef Selebriti Malaysia 2012 itu sedang menyediakan hidangan ‘Seeet Table’ di atas sebuah meja telah menjadi viral.
 
Video yang dimuat naik oleh Fazley menerusi akaun Instagram (IG) pada 10 Januari itu mendapat tontonan lebih 1 juta.
 
Foto: @theshahrulizzat for @sukasucrestudio

Teks oleh: Mya Amri
 



Source link

read more

Putar belit kemesraan Zahid dan pemimpin MCA politik toksik – Politik


KUALA LUMPUR 5 Feb. – Tindakan memutarbelitkan gambar kemesraan antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa pemimpin MCA oleh pihak-pihak tertentu adalah amalan politik toksik untuk merosakkan imej Timbalan Presiden UMNO itu.

Jurucakap Publisiti MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker ketika dihubungi berkata, beliau menyifatkan tindakan jijik dipercayai dilakukan oleh Cyber Trooper (cytro) pembangkang itu juga mendedahkan hipokrasi pemimpin mereka yang sering “berlagak suci”.

Beliau menjelaskan, cytro pembangkang adalah alat untuk mempromosikan “kesucian” mereka dan bagi mengukuhkan lagi imej tersebut, kelompok berkenaan akan memburuk-burukkan pemimpin parti lawan khususnya daripada MCA dan UMNO.

Jelas beliau, ini terbukti melalui tindakan memutar belit keramahan Ahmad Zahid dengan menggambarkannya sama seperti kemesraan tuan seekor anjing terhadap haiwan peliharaannya itu.

Tambah beliau, tindakan berkenaan juga mendedahkan kedangkalan pemikiran dan pemahaman kelompok berkenaan terhadap budaya masyarakat negara ini.

Kata beliau, kedangkalan itu turut membuktikan pemimpin pembangkang gagal untuk mengawal dan mendidik dengan baik alat proganda mereka sehingga bebas melakukan apa sahaja asalkan dapat menjatuhkan maruah pemimpin parti-parti komponen kerajaan.

“Hipokrasi pemimpin pembangkang dapat dilihat melalui cara mereka menggambarkan tindakan kerjasama antara Dap, PKR dan PAN sebagai usaha untuk melindungi kepentingan orang Cina.

“Namun, apabila MCA berbaik dengan UMNO atau Pas, parti itu dituduh mengkhianati orang Cina,” kata beliau.

Lian Ker dalam masa sama mendakwa, kebiadapan cytro pembangkang semakin ketara sejak wujudnya Pakatan Harapan yang dianggotai oleh Dap, PKR, PAN dan PBBM yang dipimpin oleh beberapa bekas pemimpin Umno.

Jelas beliau, taktik politik toksik yang digunakan itu seolah-olah mendapat restu daripada para pemimpin Pakatan Harapan asalkan agenda politik mereka tercapai.

“Cytro pembangkang bagaikan ada “payung” yang melindungi mereka serta memanipulasi pemikiran penyokong sehingga mereka berani biadap terhadap pemimpin kera seperti apa yang dilakukan terhadap Ahmad Zahid.

Beliau yang amat kesal dengan kebiadapan tersebut menasihatkan rakyat agar membuka mata dan melihat wajah sebenar pembangkang agar tidak lagi diperkotak-katikkan. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Purata Kelajuan Muat-Turun Jalur-Lebar Tanpa Wayar Adalah 15.50Mbps, Maxis Terbaik – Amanz


Disamping berkongsi data mengenai jalur-lebar talian tetap, pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut telah berkongsi Laporan Prestasi Rangkaian 2017 untuk jalur-lebar tanpa wayar.

Daripada data yang dikongsikan, SKMM menekankan yang mana penyedia perkhidmatan mampu menawarkan kelajuan muat-turun melebihi 650kbps dipelbagai kawasan seluruh negara secara konsisten. Secara purata, Maxis menawarkan kelajuan muat-turun paling tinggi, iaitu mencapai 25.6Mbps, dan kelajuan melebihi 650kbit/s paling konsisten berbanding menyedia perkhidmatan lain. Maxis juga turut mempunyai kadar kehilangan paket yang paling rendah, iaitu 0.13% berbanding beberapa penyedia perkhidmatan lain.

SKMM 2017

Untuk makluman, sebelum ini, Maxis turut menduduki tangga teratas untuk tahun 2016, dan kini mereka mengungguli carta sekali lagi untuk tahun 2017.

Dari segi kadar kependaman rangkaian, Digi menduduki tangga teratas dengan kadar 37.79ms, dan Maxis pada tangga kedua dengan kadar 47.57ms.

SKMM 2017

SKMM mengatakan yang mana secara ringkasnya semua penyedia perkhidmatan mematuhi keperluan piawaian mandatori yang ditetapkan untuk tahun 2017 yang lepas.

Pemberi perkhidmatan yang menyediakan jalur lebar tanpa wayar mampu menampung kelajuan muat-turun melebihi 650 kbps secara konsisten di kawasan yang diukur di seluruh negara. Bagi kawasan yang mempunyai masalah, pemberi perkhidmatan yang berkaitan dijangka menjalankan penambahbaikan rangkaian di kawasan berkenaan. Maxis mengungguli carta kelajuan muat turun untuk semua wilayah. Memaparkan prestasi yang baik dari segi menyediakan kelajuan internet yang pantas di semua kawasan yang diukur. Hasil keputusan kependaman rangkaian telah menunjukkan bahawa DiGi mempunyai respons terpantas dalam empat (Tengah, Selatan, Utara & Sabah) daripada enam wilayah yang diukur. Manakala Celcom dan Maxis mempunyai peratusan kehilangan paket terendah masing-masing dalam dua wilayah. Purata kelajuan muat-turun di seluruh negara untuk jalur lebar mudah-alih di semua wilayah ialah 15.50 Mbps.



Source link

read more

MCA edar 1,000 naskhah Utusan Malaysia – Nasional


KOTA BHARU 5 Feb. – MCA menaja 1,000 naskhah Utusan Malaysia untuk diedarkan secara percuma kepada orang ramai serta peniaga yang berada di sekitar Pasar Siti Khadijah di sini, hari ini.

Akhbar tersebut diedarkan oleh Ahli Jawatankuasa Pemuda MCA Pusat, Chua Hock Kuan bermula pukul 10.30 pagi.

Sementara itu, Hock Kuan berkata, pihaknya mengedarkan akhbar tersebut bagi menggalakkan orang ramai agar mendapatkan maklumat daripada sumber yang sahih dan benar.

“Kita sedar, banyak sumber yang tidak sahih terutama dalam sosial media yang sangat mudah tersebar sejak akhir akhir ini.

“Akhbar menyediakan maklumat yang tepat dan sahih daripada sumber yang sah.

“Oleh itu, dengan penajaan akhbar ini, kami ingin menggalakkan orang ramai untuk turut membaca dan mengikuti perkembangan semasa dari sumber yang sahih, “ katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Yang turut sama mengedar akhbar Utusan Malaysia tersebut ialah ahli MCA dan kakitangan Jabatan Pemasaran Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Salah laluan punca dua gerabak kereta api bertembung


SOUTH CAROLINA: Kereta api penumpang Amtrak berada pada laluan yang salah menyebabkan ia berlanggar dengan kereta api kargo.

Pengerusi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara, Robert Sumwalt dalam kenyataan berkata gerabak Amtrak itu sepatutnya berjalan terus selepas melewati sebuah rel kereta api, namun telah dilencongkan ke laluan kereta api kargo menyebabkan ia bertembung dan mencederakan lebih 110 penumpang.

Nahas turut menyaksikan konduktor kereta api dan juruteranya terkorban.

BACA: Kereta api bertembung di South Carolina, dua maut, 50 cedera

Nahas keretapi itu turut menyebabkan konduktor keretapi serta juruteranya terkorban. Foto: AP

Kata Sumwalt, suis pada Amtrak telah dikunci untuk laluan yang sama iaitu prosedur biasa apabila jurutera kereta api secara manual mengalihkan laluan.

“Atas sebab apa pun, suis itu, seperti yang mereka katakan dalam industri kereta api, ‘berbaris dan terkunci’ yang pada asasnya bermaksud ia diselaraskan untuk laluan sama dan turun ke bawah untuk menukar laluan,” jelasnya dalam satu sidang media yang diadakan.

Bagaimanapun, siasatan akan teruskan bagi mencari punca perubahan kedudukan suis berkenaan.

Mengulas lanjut, Sumwalt berkata, kawalan kereta api yang baik akan dapat menghalang kemalangan seumpama ini daripada berulang.

Beliau merujuk kepada sistem brek keselamatan elektronik yang dipasang pada kereta api di negara itu menjelang akhir tahun ini.

“Sistem kawalan operasi yang mantap akan dapat mengelakkan kemalangan seperti ini dan itu tujuan sistem ini dibuat,” tambahnya lagi.

Sidang media oleh Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara memaklumkan,gerabak Amtrak tersalah laluan menyebabkannnya bertembung dengan keretapi kargo. Foto: AP

Beliau turut memberitahu pasukannya ke Washington bagi meneliti semula rakaman video daripada kereta api Amtrak untuk mencari bukti kukuh punca nahas berkenaan berlaku.

Pihaknya dijangka memberitahu perkembangan terbaharu pada Selasa berhubung kemalangan tersebut.

Pasukan kecemasan berada di lokasi nahas bagi menjalankan operasi menyelamat mangs aterlibat. Foto: Reuters



Source link

read more

Spotify Mula Memaparkan Kredit Kepada Penulis Lagu – Amanz


Rock Kapak ialah genre yang masih lagi popular walaupun sudah berusia lebih tiga dekad. Lagu-lagu di dalam genre ini malar hijau kerana menjadi pilihan ketika sesi karaoke. Ramai yang tahun setiap bait lagu tetapi tidak banyak mengenali insan yang bertanggungjawab menulisnya mungkin kecuali M Nasir dan Loloq. Realitinya penyanyi tidak boleh popular tanpa  penulis seperti JS Kevin, Ooi Eow Jin dan Habsah Hassan.

Spotify telah mengumumkan akhirnya menyokong fungsi memaparkan nama penulis lagu. Ini boleh diakses dengan melakukan klik kanan pada lagu yang didengari. Buat masa ini hanya sebilangan kecil lagu menyokong fungsi ini pada Spotify desktop. Kredit kepada penulis bergantung kepada datameta yang diberikan oleh syarikat rakaman.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons