DVUVEU3VAAIDXecMO, 6/2/2018, KUALA LUMPUR – Malaysia dan Singapura bersetuju untuk mewujudkan koridor pasaran bagi menghubungkan kedua-dua negara, di samping pautan dagangan antara bursa saham masing-masing untuk meningkatkan lagi faedah yang diraih bersama dan memanfaatkan potensi ekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata ‘Hubungan Malaysia-Singapura’ ini akan menyediakan akses yang mudah dan lancar kepada kedua-dua pelabur dari kedua-dua negara ke pasaran antara satu sama lain dengan gabungan permodalan lebih daripada AS$1.2 trilion (AS$1=RM3.88) dan 1,600 syarikat senaraian awam.

Penubuhan koridor pasaran itu adalah susulan daripada perbincangan beliau dengan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loon, kata Najib dalam ucap tamanya pada Simposium Pasaran Modal Dunia 2018, di sini, hari ini.

Beliau berkata Malaysia dan Singapura bersetuju yang kedua-dua pasaran telah mencapai paras kecanggihan dan tahap kematangan yang mencukupi bagi menubuhkan koridor pasaran itu.

Susulan keputusan itu, satu pelan kawal selia akan dirangka oleh pihak berkuasa relevan kedua-dua negara, untuk membuka jalan bagi mewujudkan pautan dagangan.

— BERNAMA



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: