Hina ibu di Facebook lelaki belasah dan kerat telinga bekas rakan sekolah



SINGAPURA: Seorang lelaki yang berang ibunya dihina di Facebook nekad menyerang bekas rakan sekolahnya dengan pedang samurai.

Kejadian tercetus di sebuah majlis sambutan hari jadi seorang rakan mereka di chalet Orchid Country Club, Singapura.

Dalam kejadian itu, suspek Sivabala Murugan Vinda, 25 tahun, naik berang apabila Ramesh Valaiyapathi, 22 tahun, menarik kerusinya ketika dia mahu duduk.

Suasana tegang berjaya diredakan rakan mereka dan Ramesh kemudian beredar dari chalet tersebut.

Namun, akibat rasa tidak puas hati, Ramesh kemudian memuat naik status di Facebook yang menghina ibu Sivabala.

Sejurus mengetahui hal itu, Sivabala nekad menyerang bekas rakan sekolahnya itu dengan pedang samurai.

Sivabala menumbuk Ramesh berkali-kali sebelum memotong cuping telinga kiri Ramesh menggunakan pedangnya itu.

Ramesh kemudian dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

Dalam prosiding kes pada Selasa di mahkamah Singapura, Sivabala dijatuhi hukuman penjara setahun di atas kesalahan mencederakan Ramesh.



Source link

read more

Peratusan Penggunaan Android Oreo Akhirnya Mencecah 1.1% – Amanz


Salam Februari dan kini Januari berakhir seperti lagu Glenn Fredly. Seperti biasa pada awal bulan baru, peratusan penggunaan versi Android terkini telah pun dikongsi oleh Google. Akhirnya peratusan penggunaan Android Oreo mencecah 1.1%. Ini adalah peningkatan dari 0.7% berbanding Januari lalu.

Versi Android dengan peratusan paling tinggi ialah Nougat (28.5%) diikuti oleh Marshmallow (281.%) dan Lollipop (24.6%). Kadar peningkatan peratusan penggunaan Android Oreo masih lagi amat perlahan tetapi mungkin kerana beberapa pengeluar menjanjikan kemaskini bulan ini. Peranti kami sendiri masih menggunakan Android Nougat. Bagaimana pula dengan Anda?



Source link

read more

PPA1M Bukit Jalil Siap 17 Bulan Awal


ppa1mMO, 6/2/2018, KUALA LUMPUR  – Seramai 1,536 penjawat awam yang membeli rumah di bawah Projek Perumahan Awam 1Malaysia (PPA1M) Bukit Jalil hari ini menerima kunci kediaman masing-masing setelah projek itu berjaya disiapkan 17 bulan lebih awal.

Penyerahan kunci rumah itu disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Projek itu dilancarkan pada 8 April 2015 dan sepatutnya siap pada Mei 2019 namun pemaju projek Tetuan Aset Kayamas Sdn Bhd telah menyiapkannya lebih awal.

Harga jualan yang ditetapkan PPA1M adalah antara RM150,000 hingga RM300,000 mengikut keluasan daripada 1,000 hingga 1,434 kaki persegi berbanding nilai pasaran mencecah RM500,000 seunit.

Terdapat dua blok kediaman di PPA1M Bukit Jalil yang turut dilengkapi kemudahan seperti klinik, kiosk, surau, tadika, taska, taman permainan kanak-kanak dan dewan serba guna yang boleh menempatkan 600 orang pada satu-satu masa.

PPA1M Bukit Jalil adalah projek pertama PPA1M dan Kementerian Wilayah Persekutuan sebagai usaha dan inisiatif kerajaan menyediakan perumahan dengan harga lebih rendah untuk kebajikan dan kesejahteraan penjawat awam khasnya kumpulan sokongan dalam golongan B40 (kumpulan berpendapatan isi rumah 40 peratus terendah).

Sehingga kini, kerajaan meluluskan sejumlah 135,456 unit PPA1M yang terdiri daripada 433 projek seluruh negara, dan 17,191 unit (22 projek) adalah di Kuala Lumpur.

Pelaksanaan PPA1M dikawal selia Unit PPA1M di bawah Jabatan Perdana Menteri.

— BERNAMA



Source link

read more

Huawei will not unveil its flagship phone at MWC 2018


Huawei will not unveil its flagship phone at MWC 2018

The Huawei P10 and P10 Plus.

While Samsung is returning to Mobile World Congress (MWC) 2018 to launch its flagship phones, Huawei is taking the opposite route. 

The Chinese phone maker has sent out press invites for an event in Paris on 27 March. While the press invite makes no mention about the brand name for the phone, it indicates “new flagship devices” which is likely to be the P20 series. 

Huawei took the wraps off the P10 and P10 Plus at MWC 2017. A possible reason for the delay this year could be to avoid sharing the limelight with Samsung and its Galaxy S9 phones.

The P20 phones are rumored to come with bigger displays and Leica-branded cameras which could include a triple lens 40MP rear camera module that is capable of 5x hybrid zoom. 

Source: Android Authority 



Source link

read more

Kanak-kanak ganti gadis litar di F1



JIKA sebelum ini wanita secara tradisinya menjadi ‘penyeri’ dalam litar sukan permotoran terunggul Formula 1, tetapi kini kanak-kanak dilihat mengambil peranan mereka sebagai ‘pencetus inspirasi’ untuk menghiasi acara F1.

Pembaharuan yang dilihat itu menyaksikan kanak-kanak litar akan mengambil alih peranan gadis litar dalam F1 mulai musim baharu akan datang.

Malah pemilihan kanak-kanak ini terdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman bertanding dalam perlumbaan go-kart untuk berdiri bersama-sama dengan pemandu sebelum acara bermula.

“Kanak-kanak litar berpeluang untuk berdiri bersama-sama dengan wira F1 dan bakal mengikut jejak langkah idola mereka dalam sukan permotoran akan datang,” ujar Presiden Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), Jean Todt.

Pengumuman yang diadakan pada Isnin lepas secara langsung menghentikan amalan penggunaan wanita dalam grid sebelum perlumbaan dan di podium yang sekian lama diamalkan.

Penghentian amalan penggunaan wanita tidak lagi bersesuaian dengan nilai-nilai F1 serta norma masyarakat pada masa kini.

Inisiatif terbaru itu dilaksanakan atas usaha bersama oleh badan pentadbiran FIA dan Liberty Media, penganjur sukan F1.

Musim baru F1 akan bermula pada 25 Mac di Grand Prix Australia bertempat di Melbourne.



Source link

read more

Pengeluar Turing Phone Memfailkan Notis Muflis – Amanz


Turing Robotics Industries ialah syarikat yang menghasilkan peranti bagi mereka yang mementingkan privasi data peribadi. Turing Phone Appassionato yang dilancarkan tahun lalu menjanjikan sistem penyulitan pada perkakasan bagi memastikan ia lebih sukar digodam berbanding yang berasaskan perisian.

Menurut laporan media Finland, syarikat ini telah memfailkan notis muflis. Kesemua aset syarikat telahpun dirampas oleh penghutang sejak Januari 2017. Syarikat juga melaporkan kerugian €557,000 (~RM 2.7 bilion) untuk tahun 2016. Turing Robotics Industries mempunyai kemudahan pengilangan di bandar Salo yang diambil alih oleh Nokia. Malahan ramai jurutera dan pekerja TRI adalah bekas pekerja Nokia.

Walaupun notis telah difailkan di Finland. CEO TRI, Syl Chao telah mengeluarkan kenyataan rasmi menerusi Facebook bahaya syarikat masih belum muflis. Notis difailkan sekadar untuk menggantung pengeluaran di Salo. Tidak diketahui apakah akan terjadi kepada peranti yang telah ditempah oleh pelanggan sejak setahun yang lalu.



Source link

read more

Mahkamah khas siber ditubuh di setiap negeri


imagesMO, 6/2/2018, KUALA LUMPUR  – Kerajaan akan menubuhkan mahkamah khas siber di semua negeri secara berperingkat bagi menangani jenayah siber di peringkat penguatkuasaan, perundangan dan kehakiman.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, cadangan itu dibuat setelah mahkamah khas siber yang pertama di negara ini mula beroperasi di Kuala Lumpur pada 1 September 2016.

“Keutamaan penubuhan mahkamah khas siber ini akan diberikan kepada negeri-negeri yang mencatatkan kadar jenayah komputer atau siber yang tinggi.

“Diharapkan dengan adanya mahkamah khas ini, jenayah siber dapat dikekang di samping kita akan sentiasa memperketatkan undang-undang supaya sesuai dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang sangat dinamik serta semakin mencabar itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Rundingan Meja Bulat Peringkat Tertinggi Konvensyen Budapest Mengenai Jenayah Siber  anjuran Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di UKM Bangi dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali; Timbalan Ketua Misi Kedutaan AS di Kuala Lumpur, Dean Thompson; Ketua Divisyen Jenayah Siber Majlis Eropah, Alexander Seger dan Dekan Fakulti Undang-Undang UKM, Prof. Dr. Zinatul Ashiqin Zainol.

Seminar selama dua hari itu dihadiri hampir 100 peserta dari pelbagai agensi tempatan dan antarabangsa bagi membincangkan isu-isu perundangan mengenai jenayah siber di negara ini mengikut Konvensyen Budapest mengenai jenayah siber yang diperkenalkan oleh Majlis Eropah pada 2004.
Malaysia merupakan salah satu daripada  55 buah negara yang menerima pakai konvensyen itu bagi menangani jenayah siber di peringkat negara dan global.

Rumusan perbincangan ini akan dikemukakan kepada Jabatan Perdana Menteri bagi membolehkan kerajaan meminda dan menggubal undang-undang berkaitan termasuk Akta Jenayah Komputer Malaysia 1997 serta Akta Multimedia dan Komunikasi 1998.

 

– UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Microsoft introduces cheaper, base models of Surface Book 2 and Surface Laptop


Microsoft introduces cheaper, base models of Surface Book 2 and Surface Laptop

The Microsoft Surface Laptop.

If you’ve been eyeing the Microsoft Surface Laptop or Surface Book 2, here’s a piece of good news – both devices are available in new entry models which are more affordable! 

The Surface Laptop, which went on sale in Singapore from 24 January, now comes in a new base model priced at US$799 (~S$1,055). Although it is more affordable, the new base model has a slower Intel Core m3 processor. Prior to this new model, the most affordable model costs S$1,488, and has a Core i5 processor with same amount of storage space (128GB) and RAM (4GB). 

The Surface Book 2.

The Surface Book 2, which will be coming to Singapore soon, also has a new 13.5-inch base model. Priced at US$1,199 (~S$1,583), it is powered by the Intel Core i5 processor, 8GB RAM and 128GB storage space. Previously, the most affordable Surface Book 2 model will cost you US$1,499 (~S$1,979) and comes with double the storage space.

Source: The Verge (1) (2



Source link

read more

Pakaian dalam anda hilang Kucing saya punya kerjalah tu



KITA pernah mendengar kisah manusia yang mempunyai perangai pelik gemar mencuri pakaian dalam wanita.

Namun kejadian di Auckland, New Zealand ini sedikit berbeza dan agak mencuit hati kerana si pelaku adalah seekor kucing.

Kucing yang diberi nama Mo itu dipelihara seorang lelaki bernama Ed Williams, yang pada mulanya ‘pening’ memikirkan dari mana datangnya pakaian dalam berkenaan.

Williams memberitahu portal New Zealand Herald, pernah satu ketika dia dan teman wanitanya hampir ‘perang besar’ apabila beberapa helai pakaian dalam wanita ditemui di atas katil dalam bilik tidurnya.

“Teman wanita saya menyangkakan saya curang dan ada hubungan sulit dengan perempuan lain.

“Ketika itu saya sendiri tidak tahu apa yang berlaku. Sehinggalah satu hari, saya ternampak Mo pulang ke rumah membawa sehelai baju T,” cerita Williams.

Mo, kata Williams, bukan seekor kucing yang banyak kerenah dan sangat mendengar kata. Tetapi perangai Mo berubah apabila dilepaskan ke luar rumah pada waktu malam.

“Memang sudah menjadi kebiasaan saya akan melepaskannya bermain di sekitar kawasan kejiranan pada waktu malam, tetapi saya tidak sangka pula dia akan berbuat begitu,” kata Williams sambil memberitahu, tabiat pelik Mo itu bermula sejak dua tahun lalu.

Setiap minggu, Mo akan membawa balik kira-kira 40 helai pakaian, majoritinya pakaian dalam milik jiran-jiran Williams.

Sehingga kini, biarpun hubungan Williams dan teman wanitanya masih baik dan jiran-jirannya juga sudah semakin memahami perangai pelik Mo, tetapi si comel itu masih meneruskan ‘aktiviti’ itu.

“Ia akan keluar rumah dan bawa pulang macam-macam jenis pakaian dalam.

“Jadi jika pakaian dalam anda hilang, datanglah ke rumah saya. Kemungkinan besar ia ada di sini, tapi jangan tuduh saya yang ambil pula!” kata Williams sambil ketawa.



Source link

read more

Suka atau tidak Jumanji kini setaraf Titanic



BUKAN mudah sesebuah filem pembikinan semula mengatasi atau paling tidak pun setanding filem asal.
Ada saja perbandingan sama ada dari segi jalan cerita, pemilihan pelakon atau mutu pengarahan.

Ada yang gagal pancing penonton ada juga yang dipendekkan waktu tayangan kerana tak dapat sambutan. Paling mengecewakan ada yang langsung tak balik modal.

Namun tidak bagi Jumanji: Welcome to the Jungle (Jumanji 2). Ketika belum ditayangkan, tidak sedikit yang menjangkakan filem ini akan gagal menandingi versi asal Jumanji (1995) lakonan mendiang Robin Williams, baik dari segi kualiti apatah lagi populariti.

Namun tanggapan itu kini ternyata meleset. Ditayangkan serentak dengan filem blockbuster Star Wars:The Last Jedi, Jumanji masih gah menguasai carta pecah panggung di beberapa negara termasuk Malaysia.

Di Amerika Syarikat, filem baharu seperti Maze Runner: The Death Cure sekalipun tidak mampu mengoncang kedudukan Jumanji di takhta pecah panggung.

Ditayangkan sejak Disember 2017 dan kini di minggu pertama Februari, Jumanji 2 masih nombor satu di carta pecah panggung di Amerika Utara. Menyamai pencapaian filem Titanic 20 tahun lampau.

Antara yang paling gembira tidak lain tidak bukan pelakon utamanya, Dwayne ‘The Rock’ Johnson.

The Rock turut menerima ucapan tahniah daripada rakan pelakon Josh Gad atas pencapaian luar biasa filem komedi aksi ini.

Setakat ini Jumanji 2 telah meraih kutipan AS$352 juta di Amerika Utara dan AS$505 juta di pasaran antarabangsa menjadikan jumlah keseluruhan kutipan AS$857 juta.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons