Awal pagi tadi ura-ura mengenai kewujudan OnePlus X2 mula tersebar ke arena web. Peranti kelas pertengahan ini dikatakan waris kepada OnePlus X yang dilancarkan pada tahun 2015 dan diperkasakan oleh pemproses Snapdragon 835. Kewujudannya diharap dapat memenuhi keperluan peminat OnePlus yang tidak memerlukan peranti berkuasa seperti OnePlus 5T.

Carl Pei yang merupakan pengasas OnePlus segera menyangkal ura-ura ini menerusi laman media sosial beliau. Malahan beliau menyuarakan perasaan keliru dengan berita palsu penuh sensasi mengenai produk keluaran syarikat beliau.OnePlus kini menumpukan perhatian untuk menghasilkan peranti utama dengan spesifikasi tinggi pada harga mampu milik. Pasaran peranti kelas pertengahan dan permulaan pula diberikan kepada Oppo serta Vivo yang merupakan saudara di bawah payung BBK Electronics.



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: