2017 dilihat sebagai tahun dimana pelbagai kedai-kedai atas-talian, termasuklah Lazada, Shopee, 11street dan sebagainya melihat jumlah jualan yang cukup tinggi di seluruh rantau Asia Tenggara, melalui laman-laman seperti Lazada, Shopee, 11street dan juga Amazon yang baru memasuki Singapura pada tahun lepas.

iPrice, laman perbandingan harga dalam talian baru-baru ini hadir dengan laporan The State of eCommerce 2017 yang menunjukkan butiran-butiran yang cukup menarik sekali mengenai trend penjualan dan pembelian dalam-talian sepanjang tahun 2017 di rantau Asia Tenggara.

Diantaranya termasuklah perbandingan pembelian dalam-talian melalui peranti mudah alih dan komputer, dimana komputer mengalahkan peranti mudah alih dengan nilai conversion (lawatan laman web yang menjadi jualan) yang lebih tinggi, negara yang mempunyai nilai conversion yang tertinggi (Vietnam), dan juga negara-negara yang mempunyai basket (jumlah pembelian pada satu masa) yang tertinggi (Singapura).

Laporan tersebut juga menyatakan bahawa trafik daripada peranti mudah-alih dilihat meningkat sebanyak 19 peratus sepanjang 2017, dan kini bertanggungjawab untuk 78 peratus semua trafik laman web penjual dalam-talian.

2017 juga merupakan tahun dimana banyak kedai dalam talian dilihat hadir dengan jumlah jualan yang cukup tinggi sekali. Terutama sekali Lazada yang mendapat jumlah jualan sebanyak $250 juta (RM1 bilion) sewaktu jualan Lazada Online Revolution Campaign.

Menariknya, laporan iPrice juga menyatakan bahawa hari Rabu merupakan hari dimana laman-laman web ini melihat jumlah pembelian dari para pengguna yang paling tinggi, Di hujung minggu, para pembeli dilihat tidak melayari laman kedai dalam talian ini, dan sekaligus jualan tidak banyak dilakukan pada hujung minggi tersebut.

Penggunaan kad kredit dan debit dilihat semakin meningkat saban tahun, dan ini dapat dilihat untuk pasaran Asia Tenggara, akan tetapi pilihan untuk membayar secara Cash On Delivery masih lagi diberikan bagi mereka yang masih lebih biasa membayar selepas menerima barang yang dipesan.

Laporan perdagangan dalam talian iPrice ini cukup menarik sekali, dan ia menunjukkan pelbagai butiran yang cukup menarik sekali mengenai tabiat perbelanjaan dalam talian rakyat Asia Tenggara.

Baca laporan The State of eCommerce 2017 oleh iPrice.



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: