JAKARTA 10 Feb. – Sekurang-kurangnya 27 penumpang maut dan 16 lagi cedera selepas bas yang membawa pelancong tempatan terbalik di wilayah Subang, barat Jawa, hari ini.

Menurut polis, bas yang membawa 40 penumpang itu telah melanggar sebuah motosikal semasa menuruni sebuah bukit menyebabkan ia terbalik beberapa kali.

Kebanyakan penumpang yang dalam perjalanan ke kolam air panas adalah dari selatan Tangerang di wilayah Banten.

Polis masih menyiasat punca kemalangan namun dipercayai brek bas terbabit gagal berfungsi.

Kesemua mangsa telah dikeluarkan dari bas berkenaan dan dibawa ke hospital berhampiran.

Menurut jurucakap hospital Subang, Mamat Dudirakhmat, bilik mayat hospital berkenaan kini penuh dan tidak mampu menampung mangsa kemalangan tersebut. – AFP

habis.



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: