PARIT 10 Feb. – Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut manakala rakan sejawatannya parah setelah kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 28, Jalan Teluk Intan-Sitiawan di sini hari ini.

Nahas pada pukul 6.10 petang itu mengorbankan Laskar Muda Mohd. Naqib Mohd. Nasir, 24, yang menghembuskan nafas terakhir di lokasi kejadian.

Rakannya, Laskar Muda Mohd. Firdaus Zackariah, 24, parah manakala pemandu kereta jenis Nissan Almera berusia 65 tahun tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, kejadian berlaku ketika kenderaan dinaiki anggota tentera itu dalam perjalanan dari Teluk Intan menghala ke Sitiawan manakala pemandu Nissan Almera pula dalam perjalanan dari Sitiawan untuk pulang ke rumahnya di Hutan Melintang.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta mangsa masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh kereta Almera.

“Akibat kemalangan itu, pemandu Myvi cedera parah dan maut di tempat kejadian manakala rakannya pula parah. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: