KUALA TERENGGANU 10 Feb. – Terengganu mencipta kejutan selepas membelasah teruk pendahulu Liga Super, Selangor 4-1 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini sebentar tadi.

Tuan rumah terlebih dahulu membuka pada minit ke-32 hasil sudahan Lee Andrew Tuck, disusuli Shahrul Aizad Zulkufli, 26 minit kemudian sebelum kapten skuad Penyu, Tchetche Kipre melebarkan jurang gol (m-65).

Terengganu yang juga pendatang baharu Liga Super musim ini bagaimanapun masih belum puas, dengan kali ini penyerang dari England, Tuck melepaskan rembatan dari tengah padang untuk gol keempat Terengganu.

Begitu pun, Red Giants sekurang-kurangnya tidak pulang dengan tangan kosong apabila penyerangnya, Amri Yahyah menjaringkan gol sagu hati seminit sebelum wisel penamat dibunyikan.

Kekalahan tersebut sekali gus menandakan Selangor terpaksa membuang label ‘tiada padang, tiada masalah’ setelah menang dalam dua perlawanan terawal musim ini.

Sementara itu, saingan melibatkan Kuala Lumpur dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa ditunda ekoran hujan lebat yang melanda Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

Perlawanan tersebut akan diteruskan pada minit ke-56 keesokkan hari pukul 4 petang dengan kedudukan Kuala Lumpur mendahului 1-0 hasil ledakan penyerang dari Brazil, Paulo Josue.

Berikut merupakan keputusan pasukan Liga Super yang bersaing pada hari ini.- UTUSAN ONLINE

Pahang 3 Kelantan 0

Perak 0 PKNS 2



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: