Seoul tersepit mahu jaga hati AS atau berdamai dengan Pyongyang



KUALA LUMPUR: Korea Selatan kini tersepit antara mahu menjaga hubungan baik dengan Amerika Syarikat atau meneruskan usaha perdamaian dengan Korea Utara.

Menurut Geostrategis Azmi Hassan, Seoul kini dalam keadaan serba salah sama ada mahu berdamai dengan Pyongyang atau mahu menjaga hati Washington.

Jelasnya, tekanan yang diberi Amerika Syarikat selaku negara sekutu Korea Selatan perlu ditangani dengan cara terbaik jika Seoul mahukan perdamaian.

“Kalau kita lihat sekarang ini, Korea Selatan mahu mengadakan perdamaian dengan Korea Utara. Dan seboleh-bolehnya, Seoul dikatakan memberikan kepercayaan kepada Pyongyang, walaupun wujud kesangsian.

“Tetapi, pada masa sama, Washington bersama-sama dengan Tokyo menekan Seoul agar tidak terpedaya dengan diplomasi yang dibawa Korea Utara.

“Ini yang menimbulkan rasa serba salah Korea Selatan itu sendiri,” jelasnya ketika dihubungi Astro AWANI.

Tambah Azmi, terdapat satu faktor penyumbang lain yang mungkin menjejaskan isu semasa di semenanjung Korea ketika ini, iaitu faktor campur tangan China.

Katanya, sehingga kini belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan Beijing berhubung pendiriannya terhadap isu terbabit.

“Kalau kita ambil faktor Korea Utara, Korea Selatan dan Amerika Syarikat, mudah kita caturkan.

“Tetapi kalau kita letak China dalam percaturan itu, maka ia akan menjadi amat sukar kerana Beijing dilihat berdolak dalik ketika ini dan kita tidak tahu apa pendirian Beijing dalam hal itu,” jelasnya.

Mengulas kemungkinan Pyongyang akan akur untuk menandatangani perjanjian nuklear yang diusul Washington, Azmi berkata ia tidak akan dilakukan Pyongyang.

“Saya tidak nampak kenapa Korea Utara perlu menandatangani perjanjian tersebut, kerana Iran telah menerima tekanan begitu hebat walaupun selepas menandatangani perjanjian nuklear.

“Jadi, kalau kita ambil iktibar apa yang berlaku terhadap Iran, saya rasa Korea Utara akan tetap meneruskan program nuklearnya, kerana ia boleh bertahan dengan begitu baik sehingga hari ini,” terangnya.

Pada Sabtu, pemimpin Korea Utara Kim Jong Un melalui adiknya Kim Yo Jong menyampaikan jemputan kepada Presiden Korea Selatan Moon Jae-In untuk mengadakan perbincangan dan ia dijangka diadakan di Pyongyang.

Namun usaha damai yang tercetus pada temasya Sukan Olimpik Pyeongchang itu disambut hambar Amerika Syarikat.

Ini kerana, menurut Naib Presiden Amerika Syarikat, Mike Pence, tekanan ekonomi dan diplomasi ke atas Pyongyang perlu diteruskan.



Source link

read more

Tuduh Tiong Lai, Guan Eng putar belit lagi


KUALA LUMPUR –  Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dilihat masih tidak jemu memutar belit dalam kontroversi projek pembinaan terowong dasar laut.

Selepas gagal menerangkan berhubung kewujudan agenda peribadi dalam projek mega itu, Guan Eng kini seolah cuba mengalih perhatian ramai dengan mendakwa Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengenakan tekanan ke atas konglomerat China Railway Construction Corporation Ltd (CRCC) pula.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, tuduhan ke atas Tiong Lai yang juga Presiden MCA jelas tidak masuk akal.

Malah lebih dari itu ia memperlihatkan dengan jelas kegagalan DAP menangani isu secara matang, dakwanya yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Menurut beliau, MCA dimaklumkan oleh sumber dari sektor kejuruteraan baru-baru ini bahawa China Railway Construction Corporation Ltd (CRCC) diberi pemilikan kontrak berjumlah AS$22 juta (anggaran RM69 juta ketika itu) bagi mengambil alih kerja-kerja mereka bentuk tiga laluan dan terowong.

Ka Siong berkata,  maklumat berkenaan diakui benar oleh Exco kerajaan negeri, Chow Kon Yeow baru-baru ini.

Menurut beliau, pendedahan terbabit dianggap mengejutkan kerana skop kerja itu adalah aspek terbesar dari keseluruhan nilai projek berjumlah RM305 juta yang dibauar kerajaan negeri kepada syarikat Tunnel SPV.

“Berdasarkan perangkaan yang diedarkan exco kerajaan negeri, Lim Hock Seng, rekaan komponen projek terbabit mencakupi 3 laluan dan sebuah terowong mencatatkan jumlah RM253.8 juta, masing-masing RM17.5 untuk kesemua laluan serta RM76.3 juta untuk terowong dari keseluruhan RM305 juta itu.

“Memandangkan CRCC hanya dibayar RM69 juta untuk kesemua rekaan itu, apakah sebenarnya skop tugasan 34 perunding lagi untuk diberi bayaran seuingga RM236 juta?” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ka Siong berkata, adalah lebih membimbangkan apabila diberitahu bahawa CRCC tidak berupaya meneruskan projek mega itu kerana hanya menerima lima peratus (sekitar RM3 juta) bayaran, berbanding RM69 juta mengikut nilai kontrak sejak menerima projek terbabit lika tahun lalu.

“Bagaimana mereka mahu meneruskan kerja jika tidak menerima bayaran seperi dijanjikan?

“Ini satu perkara serius yang mendatangkan kerisauan besar buat kita kerana kontraktor utama diberikan bayaran begitu kecil sepanjang lima tahun ini. Jika semua dakwaan ini adalah benar, tidakah ia akan memberi impak negatif ke atas kedudukan kewangan SPV Terowong,” tegasnya.

Kesemua maklumat itu jelas beliau menimbulkan persoalan ke atas keengganan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam menyahut cabaran diberikan sebelum ini untuk membentangan segala bukti hayaran diterima CRCC sejak lima tahun lalu.

“Apakah tindakan Guan Eng berdiam diri selama ini didorong oleh ketakutan beliau kerana segalanya sudah terbongkar? Apakah ini juga faktor pengunduran BUCG secara senyap dari projek berkenaan? “ katanya.

Ka Siong turut mempersoalkan pengunduran syarikat Kumpulan Mudajaya Bhd. dari projek terbabit walaupun menerima kontrak bernilai RM810 juta bagi pembinaan salah satu daripada tiga laluan.

“Dalam notis pengunduran rasmi kepada Bursa Malaysia, Mudajaya Bhd memetik kewujudan beberapa aspek tidak jelas sebagai punca mereka menarik diri. Apakah ini sebenarnya yang merekamaksudkan,” katanya.-theRakyat



Source link

read more

PEMIMPIN TAK RETI JAGA AHLI ATAU, AHLI YANG TAK SETIA??? ~ SEMUT HITAM


Nampak gayanya, semakin hari semakin bertambah ketara krisis kepimpinan yang melanda PPBM apabila ramai dikalangan ahlinya mengambil tindakan untuk meninggalkan parti tersebut.

Hilang kepercayaan terhadap perjuangan dan kepimpinan tertinggi PPBM mendorong 50 ahli PPBM Bahagian Larut meninggalkan parti berkenaan dan menyertai UMNO hari ini.



Bilangan ahli yang keluar parti itu menambahkan lagi bilangan ahli yang telah mengambil tindakan yang sama sebelum ini. Mereka juga turut menjadikan isu kepimpinan sebagai alasan.

Kesemua ahli PPBM itu menyerahkan borang keahlian mereka kepada Ketua Umno Bahagian Larut, Datuk Faizul Arby Mohd. Shohor dengan disaksikan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Bekas Penaja dan Setiausaha PPBM Larut, Shafie Mohd. Khairy berkata, tindakan itu diambil kerana tidak lagi menyakini perjuangan parti tersebut dalam memperjuangkan hak-hak rakyat khususnya kaum Melayu.

“Kami juga tidak lagi mempercayai kepimpinan Pengerusi PPBM Perak, Ahmad Faizal Azumu yang mana pelantikannya dibuat kerana pengaruh DAP.

“Kami tidak mahu bersama parti yang menyokong DAP dimana jika pakatan memerintah negeri ini maka boneka Menteri Besar adalah daripada parti DAP,” katanya dalam sidang akhbar khas di Selama di sini hari ini.

Diantara alasan yang mereka berikan, tindakan keluar parti itu adalah disebabkan kerana parti tersebut hanya sekadar memperjuangkan kepentingan individu tertentu sahaja di dalam parti.



Soalnya, adakah benar pucuk pimpinan parti itu tidak menghiraukan ahli diperingkat akar umbi atau ahli itu sendiri yang tidak mempunyai kesetiaan terhadap pemimpin tertinggi mereka?

Secara tidak lansung, pengakuan yang dibuat itu membuktikan bahawa kepimpinan PPBM yang diterajui oleh Tun Mahathir hanya sekadar pandai ber-RETORIK dalam Politik dengan dakwaan kononnya mereka mahu menjaga kepentingan rakyat!!!




Source link

read more

Asia Pasifik punyai golongan miskin bandar terbanyak – Bank Dunia



KUALA LUMPUR: Menjelang tahun ini, rantau Asia Timur dan Pasifik akan mempunyai populasi bandar yang terbesar di dunia.

Namun, pada masa sama, rantau ini juga bakal mempunyai populasi terbesar golongan miskin bandar.

Ini dapatan yang diperoleh melalui kajian yang dibuat Bank Dunia dalam laporannya ‘Bandar Asia Timur dan Pasifik: Meningkatkan Peluang Bagi Golongan Miskin Bandar’.

Menurut Pengurus Bahagian Pembangunan Bandar dan Pengurusan Risiko Bencana di rantau ini, Abhas Jha, jika kewujudan golongan miskin bandar tidak diurus dengan betul, ia bakal membawa impak negatif kepada negara.

“Proses urbanisasi itu sendiri tidak bermakna ia akan bawa pertumbuhan.

“Namun, jika ia diurus dengan betul, sudah pasti ia bakal membawa manfaat kepada penduduk. Jika tidak, ia akan memberi impak buruk kepada ekonomi bandar dan seterusnya negara,” kata beliau.

Bagaimanapun, Abhas berkata, bukan semuanya adalah berita buruk buat bandar di rantau ini kerana terdapat beberapa negara yang berjaya menguruskan proses urbanisasi mereka dengan baik.

“Berdasarkan laporan tersebut, kami melihat Jepun, Korea dan Singapura sebagai contoh terbaik,” katanya.

Dengan kata lain, Abhas menambah, bandar-bandar di rantau ini mempunyai potensi yang tinggi untuk pertumbuhan pesat tetapi mereka harus bersedia untuk menghadapi cabaran tersebut.

Beliau berkata demikian ketika pengumuman laporan tersebut pada satu sidang media di Forum Bandar Sedunia (WUF) ke-9 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

Beliau ditemani Pakar Perbandaran Bank Dunia Judy Baker, yang turut menjadi Ketua Penulis laporan tersebut, ketika sidang media itu.

WUF yang bermula pada Rabu lepas dijadualkan berlangsung sehingga Selasa depan.



Source link

read more

Indonesia juara, China masih pilihan utama – Badminton


ALOR SETAR 11 Feb. – Indonesia berjaya mengekalkan kejuaraan lelaki Kejohanan Badminton Berpasukan Asia selepas menumpaskan China 3-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Sultan Abdul Halim, di sini hari ini.

Walaupun berjaya mencatat kemenangan, namun gelaran yang diraih tidak bermakna pasukan itu menjadi pilihan utama untuk merampas kembali Piala Thomas di Bangkok, Mei ini kerana China turun tanpa pasukan terbaik apabila merehatkan juara Olimpik, Chen Long dan juara dunia lima kali, Lin Dan.

Kejohanan Berpasukan Asia yang menjadi pentas kelayakan Piala Thomas juga sudah tentu berlangsung tanpa juara bertahan Piala Thomas, Denmark yang hanya beraksi di pentas Eropah, sekali gus membuktikan persaingan sangat terbuka.

Jonatan Christie memastikan langkah Indonesia bermula baik apabila mengutip mata pertama dengan menumpaskan Shi Yuqi 16-21, 21-17, 21-18, sebelum pasangan Mohammad Ahsan-Angga Pratama menggandakan kedudukan 2-0 selepas menang 21-19, 21-18 ke atas He Jiting-Tan Qiang 21-19, 21-18.

China, juara Piala Thomas sembilan kali tetapi tidak pernah menang sejak 2012 berjaya merapatkan kedudukan menerusi perseorangan kedua, Qiao Bin yang menang mudah 21-12, 21-11 ke atas Anthony Ginting.

Bagaimanapun, Rian Agung Saputro-Hendra Setiawan yang turun selaku beregu kedua Indonesia memastikan permainan tidak diheret ke aksi kelima apabila mengesahkan kemenangan selepas mengalahkan Chengkai-Zhou Haodong 21-14, 21-19.

“Pada set pertama, jauh daripada apa yang saya fikirkan kerana corak permainan yang agak mencabar daripada segi hantarannya dan pada set seterusnya, saya mula berfikir yang kita sama-sama pemain muda.

“Kami seperti berlawan fizikal dan mental, jadi saya perlu lebih bijak mengawal permainan dan saya juga gembira kerana berjaya menjalankan tanggungjawang saya selaku perseorangan pertama,” kata Jonatan.

Indonesia masih memegang rekod sebagai juara Piala Thomas paling banyak dengan 13 gelaran, namun mereka tidak pernah menang sejak 16 tahun lalu iaitu selepas mengalahkan Malaysia 3-2 dalam final di Guangzhou, China pada 2002. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pakar arkeologi dakwa berjaya rungkai misteri Mumia Menjerit



MISTERI yang menyelubungi ‘Mumia Menjerit’ akhirnya berjaya dirungkaikan.

Portal The Sun melaporkan, pakar mungkin telah menemui punca mengapa mumia berkenaan didapati mati dalam keadaan kejam.

Sewaktu ditemui pada akhir abad ke-18, ahli arkeologi terkejut melihat keadaan mumia itu yang herot-benyot dan seolah-olah sedang menjerit kesakitan.

“Dua kuasa berbeza cuba berbuat sesuatu ke atas mumia ini. Satu mahu menghapuskannya dan satu lagi cuba memeliharanya,” kata Dr Bob Brier, seorang ahli arkeologi di Universiti Long Island, New York yang menghabiskan masa bertahun-tahun membuat penyelidikan ke atas mumia itu.

Dr Zahi Hawass, dari Majlis Antikuiti Tertinggi Mesir percaya bahawa mumia itu adalah seorang putera raja yang telah memalukan keluarga.

“Ia dikebumikan bersama dengan kerabat lain tetapi diselimutkan dengan kulit biri-biri. Ia menandakan semasa hidup, dia telah melakukan sesuatu yang buruk,” katanya.

“Atas sebab-sebab tertentu, ada cubaan untuk memastikan bahawa dia (mumia) tidak dibangunkan di akhirat (afterlife), tapi dalam masa yang sama ada seseorang yang mengambil berat tentangnya,” kata Dr Brier.

Penemuan Mumia Menjerit itu sebelum ini membingungkan pakar arkeologi, dengan beberapa teori digunakan, antaranya ia milik Putera Pentewere, anak lelaki Firaun Ramses III dengan salah seorang isterinya, Tiye.

Putera itu dikatakan pernah merancang untuk membunuh bapanya, namun tidak berjaya.



Source link

read more

Hael Husaini juara AJL32 – Nasional


KUALA LUMPUR 12 Feb. – Lagu Jampi persembahan Hael Husaini diangkat menjadi juara Anugerah Juara Lagu Ke-32 (AJL32) dalam pertandingan yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini malam tadi.

Gandingan mantap Hael dan Ezra Kong, ternyata membawa tuah sehingga melayakkan mereka membawa pulang wang tunai RM50,000, trofi dan baucer CJ WOW Shop bernilai RM10,000.

AJL32 dengan tema Fesyen dan Muzik itu menyaksikan tempat kedua dimenangi oleh Azmi Caliph Busker menerusi lagu Sejati.

Lagu dan lirik ciptaan Faizal Tahir dan Mike Chan itu dan memenangi wang tunai RM35,000, trofi dan baucer CJ WOW Shop bernilai RM2,000.

Sementara itu, lagu Tergantung Sepi dendangan Haqiem Rusli berjaya meraih tempat ketiga.

Lagu dan lirik ciptaan Gouffran dan Ibnu tersebut meraih hadiah wang tunai RM20,000, trofi dan baucer CJ WOW Shop bernilai RM2,000.

Persembahan vokal mantap Syamel dan Ernie Zakri sewaktu menyampaikan lagu Aku Cinta pula melayakkan memenangi kategori Vokal Terbaik dan membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai RM12,000, trofi dan baucer CJ WOW Shop bernilai RM2,000.

Persem­bahan Terbaik pula dimenangi oleh Altimet yang mempersembahkan lagu Amboi dan membawa pulang wang tunai RM12,000, trofi, baucer CJ WOW Shop bernilai RM2,000 dan telefon pintar Samsung A8.

AJL32 turut memperkenalkan Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung yang dimenangi oleh penyanyi lagu Bayang, Khai Bahar dengan membawa pulang trofi dan telefon pintar Samsung A8+.

Kesemua 12 buah lagu yang bertanding dinilai oleh barisan juri profesional yang diketuai oleh Azmeer. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Aktivis Pakistan meninggal dunia pada usia 66 tahun



LAHORE: Salah seorang aktivis dan peguam hak asasi Pakistan paling dihormati, Asma Jahangir, meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada Ahad.

Jahangir menghembuskan nafas terakhir pada usia 66 tahun.

Menurut anak perempuan Jahangir, Muneeze, ibunya mengalami serangan jantung lewat malam Sabtu dan dikejarkan ke sebuah hospital bandar timur Lahore.

Semasa hidupnya, Jahangir adalah sosok yang tegas memperjuangkan hak-hak wanita sekaligus lantang bersuara selain mengkritik tindakan kejam yang dilakukan kumpulan Daish.

Tindakan berani yang ditonjolkan Jahangir itu sering jadi bualan dan perhatian semasa memegang jawatan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pakistan.

Anugerah tertinggi yang pernah diterima, Majalah Time, menyenaraikan beliau sebagai antara 100 tokoh paling berpengaruh di dunia.



Source link

read more

Jampi Hael Husaini menjadi bolot trofi juarai AJL32



KUALA LUMPUR: Lagu Jampi ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong yang dinyanyikan sendiri Hael Husaini berjaya membolot trofi berprestij, Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini malam ini.

Lagu yang berjaya memukau juri dan penonton tersebut membawa pulang trofi bertatahkan permata Swarovski sentuhan pereka fesyen Rizman Ruzaini, baucar CJ WOW Shop bernilai RM10,000 dan wang tunai RM50,000.

AJL32 turut menyaksikan lagu Sejati ciptaan Faizal Tahir dan Mike Chan yang didendangkan Azmi Caliph Buskers meraih tempat  kedua dan sekali gus menerima wang tunai RM35,000 beserta trofi dan baucar CJ WOW Shop bernilai RM2,000.

Manakala tempat ketiga diraih lagu Tergantung Sepi ciptaan Gouffran dan Ibnu yang dinyanyikan Haqiem Rosli membawa pulang RM20,000 beserta trofi dan juga baucar CJ WOW Shop bernilai RM2,000.

Kesungguhan Altimet mempamerkan persembahan berbeza dengan persembahan ‘ala-pahlawan Melayu’ membawa tuah apabila lagu Amboi menepati ramalan muncul sebagai pemenang kategori Persembahan Terbaik sekali gus memenangi trofi, baucar CJ WOW Shop bernilai RM2,000, telefon pintar Samsung S8 dan wang tunai RM12,000.

Gandingan mantap juara program Duo Star, Syamel dan Ernie Zakri pula diumumkan sebagai pemenang kategori Vokal Terbaik menerusi duet Aku Cinta ciptaan sepenuhnya Syamel yang membawa pulang RM12,000 beserta trofi, baucar CJ WOW Shop RM2,000.

Sementara itu, Khai Bahar yang mempersembahkan lagu Bayang turut diumumkan sebagai penerima Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung dan membawa pulang trofi dan telefon pintar Samsung A8+.

Pentas anugerah yang bertemakan ‘Fesyen dan Muzik’ turut diserikan dengan kehadiran Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang menyaksikan acara anugerah itu.

Antara lagu yang turut dipertandingkan di pentas AJL32 ialah Separuh Mati Ku Bercinta nyanyian Dayang Nurfaizah (ciptaan sepenuhnya Ajai); Akhirnya Cinta, nyanyian Salma dan ciptaan Ajai dan Slen; Aku Yang Sebenar – Hazama The Penglipur Lara (Datuk M Nasir/Ad Samad); Lebih Sempurna – Syamel (Syamel/Edry Abd Halim/Boy Anaz); Menahan Rindu – Wany Hasrita (Ibnu/Gouffran) dan Warkah Untuk Mu – Ara Johari (Hang Nadim/Laq).

Persembahan pada malam ini diadili 10 juri profesional yang diketuai komposer Azmeer.

Sementara itu, persembahan pembukaan pada acara itu turut diserikan dengan penampilan Stacy dan Waris yang menyampaikan tiga lagu iaitu Aku Stacy, Bosan dan Pakai Buang.

AJL32 yang menyaksikan Sherry Alhadad dan Alif Satar sebagai pengacara, manakala Aubrey Suwito selaku pengarah muzik turut menampilkan Datuk Awie, Siti Sarah, Datuk Jeffrydin dan Datuk A Rahman Hassan yang turut membuat persembahan.

— BERNAMA



Source link

read more

Badi Newcastle hantui United – Bola Sepak


NEWCASTLE, England 11 FEB. – Manchester United masih gagal menamatkan ‘badi’ Newcastle apabila dikejutkan dengan kekalahan 1-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium St. James’s Park, sebentar tadi.

Jaringan tunggal Matt Ritchie pada minit ke-65 yang berpunca daripada sepakan bebas selepas pertahanan United, Chris Smalling dipersalahkan akibat sengaja merebahkan badan, sudah cukup untuk membantu kemenangan Newcastle, sekali gus mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.

United kini mengharungi tujuh perlawanan tanpa kemenangan di Newcastle, malah pengendali mereka, Jose Mourinho tewas tiga dan seri tiga kali berdepan skuad The Magpies sepanjang menjadi pengurus Chelsea.

Kekalahan kelima musim ini tidak menjejaskan kedudukan United yang kekal di tangga kedua liga, namun menyebabkan Red Devils semakin jauh ditinggalkan oleh pendahulu, Manchester City dengan 16 mata, malah dihambat oleh Liverpool, Tottenham serta Chelsea.

Penjaga gol Newcastle, Martin Dubravka turut menampilkan aksi cemerlang dalam penampilan sulung Liga Perdana apabila menyelamatkan percubaan bahaya Anthony Martial pada hujung babak pertama, selain menafikan rembatan Michael Carrick.

Penyerang baharu United, Alexis Sanchez juga antara penyumbang utama kegagalan pasukannya untuk pulang sekurang-kurangnya dengan satu mata apabila melengah-lengahkan peluang terbaik untuk menghasilkan gol di depan gawang lawan yang terbuka sebelum percubaan berjaya dihadang pertahanan tuan rumah, Florian Lejeune. – AGENSI



Source link

read more