NEWCASTLE, England 11 FEB. – Manchester United masih gagal menamatkan ‘badi’ Newcastle apabila dikejutkan dengan kekalahan 1-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium St. James’s Park, sebentar tadi.

Jaringan tunggal Matt Ritchie pada minit ke-65 yang berpunca daripada sepakan bebas selepas pertahanan United, Chris Smalling dipersalahkan akibat sengaja merebahkan badan, sudah cukup untuk membantu kemenangan Newcastle, sekali gus mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.

United kini mengharungi tujuh perlawanan tanpa kemenangan di Newcastle, malah pengendali mereka, Jose Mourinho tewas tiga dan seri tiga kali berdepan skuad The Magpies sepanjang menjadi pengurus Chelsea.

Kekalahan kelima musim ini tidak menjejaskan kedudukan United yang kekal di tangga kedua liga, namun menyebabkan Red Devils semakin jauh ditinggalkan oleh pendahulu, Manchester City dengan 16 mata, malah dihambat oleh Liverpool, Tottenham serta Chelsea.

Penjaga gol Newcastle, Martin Dubravka turut menampilkan aksi cemerlang dalam penampilan sulung Liga Perdana apabila menyelamatkan percubaan bahaya Anthony Martial pada hujung babak pertama, selain menafikan rembatan Michael Carrick.

Penyerang baharu United, Alexis Sanchez juga antara penyumbang utama kegagalan pasukannya untuk pulang sekurang-kurangnya dengan satu mata apabila melengah-lengahkan peluang terbaik untuk menghasilkan gol di depan gawang lawan yang terbuka sebelum percubaan berjaya dihadang pertahanan tuan rumah, Florian Lejeune. – AGENSI



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: