KUALA LUMPUR 12 Feb. – Lagu Jampi persembahan Hael Husaini diangkat menjadi juara Anugerah Juara Lagu Ke-32 (AJL32) dalam pertandingan yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini malam tadi.

Gandingan mantap Hael dan Ezra Kong, ternyata membawa tuah sehingga melayakkan mereka membawa pulang wang tunai RM50,000, trofi dan baucer CJ WOW Shop bernilai RM10,000.

AJL32 dengan tema Fesyen dan Muzik itu menyaksikan tempat kedua dimenangi oleh Azmi Caliph Busker menerusi lagu Sejati.

Lagu dan lirik ciptaan Faizal Tahir dan Mike Chan itu dan memenangi wang tunai RM35,000, trofi dan baucer CJ WOW Shop bernilai RM2,000.

Sementara itu, lagu Tergantung Sepi dendangan Haqiem Rusli berjaya meraih tempat ketiga.

Lagu dan lirik ciptaan Gouffran dan Ibnu tersebut meraih hadiah wang tunai RM20,000, trofi dan baucer CJ WOW Shop bernilai RM2,000.

Persembahan vokal mantap Syamel dan Ernie Zakri sewaktu menyampaikan lagu Aku Cinta pula melayakkan memenangi kategori Vokal Terbaik dan membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai RM12,000, trofi dan baucer CJ WOW Shop bernilai RM2,000.

Persem­bahan Terbaik pula dimenangi oleh Altimet yang mempersembahkan lagu Amboi dan membawa pulang wang tunai RM12,000, trofi, baucer CJ WOW Shop bernilai RM2,000 dan telefon pintar Samsung A8.

AJL32 turut memperkenalkan Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung yang dimenangi oleh penyanyi lagu Bayang, Khai Bahar dengan membawa pulang trofi dan telefon pintar Samsung A8+.

Kesemua 12 buah lagu yang bertanding dinilai oleh barisan juri profesional yang diketuai oleh Azmeer. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: