Geely Dikatakan Membeli Saham Pada Syarikat Disebalik Kenderaan Mercedes-Benz – Amanz


Geely merupakan salah satu pengeluar kenderaan yang berasal dari China. Mereka turut mempunyai pegangan pada beberapa syarikat kenderaan lain, termasuk pengeluar tempatan Proton, Volvo dan juga syarikat kenderaan terbang.

Terkini, ia dikatakan Geely turut membeli sedikit saham pada syarikat disebalik kenderaan Mercedes-Benz, iaitu Daimler. Buat masa ini, pegangan Geely dikatakan masih kurang daripada 3% – memandangkan tiada pengumuman rasmi berkaitan dengannya.

Menurut Reuters, Geely sebelum ini turut pernah ingin mendapatkan pegangan sebanyak 5% pada Daimler pada November lepas, namun tawaran tersebut ditolak oleh Daimler.

Geely kini dilihat mula memfokuskan kepada pasaran global – terutamanya Eropah selepas permintaan kereta di China sedikit menurun berbanding sebelumnya. Disamping itu, dengan pelbagai pengambil-alihan dan pelaburan juga, membolehkan Geely berkongsi teknologi automotif terkini antara satu jenama dan lain – dan pada masa yang sama membolehkan pengeluaran dan pembelian komponen dilakukan di China.



Source link

read more

[VIDEO]IPK Kuala Lumpur komited bersama masyarakat perangi jenayah – Nasional


KUALA LUMPUR 11 Feb. – Dalam usaha mencegah dan menurunkan kadar jenayah di sekitar ibu kota, Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur merancang mengadakan kursus keselamatan, rondaan dan undang-undang bersama pertubuhan penduduk setempat di enam daerah di sini pada masa akan datang.

Usaha itu disampaikan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim susulan program ‘Townhall Discussions’ Kontinjen Kuala Lumpur mendapat sambutan menggalakkan yang dihadiri kira-kira 400 orang dari pelbagai pertubuhan penduduk, bukan kerajaan, mahasiswa dan anggota polis.

Mazlan berkata, program yang bertemakan Pencegahan Jenayah Tanggungjawab Bersama yang julung kali diadakan bersama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dalam usaha memerangi jenayah serta mengeratkan hubungan antara polis dan pertubuhan penduduk sekitar ibu kota.

“Bermula hari ini saya mengarahkan setiap daerah di IPK seperti daerah Sentul, Wangsa Maju, Putrajaya, Cheras, Brickfields dan Dang Wangi dapat mengadakan kursus berkenaan dalam usaha memberi pengetahuan kepada penduduk dan mewujudkan kawasan kediaman yang lebih selamat,” katanya kepada pemberita selepas program tersebut di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Video oleh BASIR ABU BAKAR

 



Source link

read more

Selepas 10 tahun Jong-un akhirnya jemput Presiden Korea Selatan ke Pyongyang



SEOUL: Selepas lebih 10 tahun tanpa pertemuan pemimpin kedua-dua negara, pemimpin Korea Utara Kim Jong-un akhirnya menjemput Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in untuk mengadakan perbincangan di Pyongyang, kata pegawai Korea Selatan pada Sabtu.

Inti kandungan mesyuarat tidak dinyatakan dengan jelas tetapi ia sudah pastinya berkisar tentang hubungan diplomatik kedua-dua negara yang sebelum ini tegang.

Ia akan sedikit sebanyak telah membuka ruang perbincangan dan peluang untuk memperbaiki hubungan diplomatik selain Jong-un seakan mengenepikan pendirian dan dasar Korea Utara sebelum ini yang menutup untuk mengadakan perbincangan terutamanya membabitkan program nuklear dan peluru berpandu Korea Utara.

Jemputan peribadi dari Jong-un disampaikan secara lisan oleh adik perempuannya, Kim Yo-jong, semasa memberikan ucapannya ketika  makan tengah hari bersama Moon di Rumah Presiden di Seoul.

“Jong-un mahu bertemu Moon dalam masa terdekat dan beliau sangat mahukan dia (Moon)  melawat Korea Utara,” katanya.

Beliau juga mengajak presiden itu agar mewujudkan mekanisme baharu yang membolehkan lawatan itu dapat direalisasikan.

Seorang pegawai Rumah Presiden yang ditemui memberitahu media bahawa jemputan tersebut secara asasnya sudah diterima sebagai sesuatu yang ‘praktikal’ oleh presiden Korea Selatan itu.



Source link

read more

Honor View 10 Boleh Didapati Pada Harga RM1879 – Amanz



RM1879 RM2099 -10%

Honor View 10 atau nama lainnya, Honor V10 telah ditawarkan di Malaysia sejak bulan Januari 2018 yang lepas. Ia menawarkan pelbagai spesifikasi terkini, dan ditawarkan secara rasmi oleh Honor Malaysia pada harga RM2099.

Kini, menariknya, salah satu penjual menawarkan Honor View 10 ini pada harga diskaun, membolehkan anda mendapatkannya pada harga RM1879.

Honor V10

Honor View 10 hadir dengan skrin 5.99-inci, dilengkapi cip Kirin 970, memori 6GB RAM, dan ruangan storan 128GB. Melengkapkannya adalah dwi-kamera belakang 20MP dan 16MP, selain kamera hadapan 13MP, dan bateri berkapasiti 3750mAh.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran Honor View 10 ini di Lazada hari ini.

Beli : Honor View 10



Source link

read more

Penduduk mahu pejalan kaki di Jalan Pudu Ulu, Cheras


KUALA LUMPUR – Boleh kata setiap hari pasti ada kemalangan kecil berlaku di Jalan Pudu Ulu dan Jalan Cheras.

Sikap pemandu kenderaan yang membuat pusingan u dan membelok secara tiba-tiba kadangkala menyebabkan berlaku kemalangan jalan raya.

Bagi usaha mengelak berlaku sebarang kejadian tidak diingini itu semakin kronik, Ketua Wanita MCA Bahagian Cheras, Datin Heng Sinn Yee mahu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berbuat sesuatu menanganinya segera.

“Apa yang membimbangkan kita ketika ini ialah segelintir pengguna kenderaan mengambil jalan pintas dengan melakukan pusingan-U, melanggar lampu isyarat dan membelok ke simpang secara sesuka hati.

“Perkara ini sekaligus mengundang bahaya kepada orang ramai khususnya warga emas dan kanak-kanak yang melintas jalan. Lebih teruk lagi apabila pertambahan pengguna jalan raya kerana lebih banyak perumahan, pusat beli belah serta stesen pengangkutan awam,” katanya dalam sidang media hari ini.

Penduduk mahu pejalan kaki di Jalan Pudu Ulu, Cheras

Ketua wanita MCA Bahagian Cheras, Datin Heng Sinn Yee bercakap pada sidang akhbar berkenaan persimpangan jalan yang tidak menunjukkan arah lalu lintas yang jelas sehingga mengakibatkan kemalangan di stesen minyak Petronas Jalan Cheras (berhampiran PGRM), Cheras, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 11 FEBRUARI 2018

Tambah Sinn Yee, pihaknya menerima banyak aduan mengenai kejadian kemalangan di kawasan yang sama dan mahu DBKL menyediakan laluan pejalan kaki untuk orang ramai melintas dengan lebih selamat.

“Pengguna jalan raya semakin ramai, kawasan perumahan juga sudah bertambah. Pusat beli belah juga sudah banyak. Tempat ini sangat sibuk. Tanpa sebarang papan tanda yang jelas, menyukarkan pengguna.

“Apa yang kita risau seandainya kita tutup mata perkara-perkara lain pula yang terjadi sehingga membabitkan nyawa. Kita minta DBKL untuk kaji semua ini demi keselamatan pengguna,” ujarnya.

Seorang penduduk, Chow Chee Wai, 39, yang bekerja sebagai mekanik berkata, kedua-dua jalan berkenaan kerana seringkali menyaksikan kemalangan terutama ketika pemandu melakukan pusingan u-turn secara haram.

“Pemandu sanggup melakukan pusingan U secara haram tanpa mempedulikan keselamatan diri atau orang lain kerana mahu cepat, aliran trafik juga selalu sibuk dan sesak. Papan tanda juga tidak jelas,” katanya.

Penduduk mahu pejalan kaki di Jalan Pudu Ulu, Cheras

Mekanik, Chow Chee Wai, 39, bercakap pada sidang akhbar berkenaan persimpangan jalan yang tidak menunjukkan arah lalu lintas yang jelas sehingga mengakibatkan kemalangan di stesen minyak Petronas Jalan Cheras (berhampiran PGRM), Cheras, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 11 FEBRUARI 2018

Sementara itu, Lai Hin Loon yang merupakan Pengerusi Persatuan Penduduk Pudu Impian 1 mengakui sentiasa mendapat khabar buruk berlakunya kemalangan di kawasan yang sama.

Penduduk mahu pejalan kaki di Jalan Pudu Ulu, Cheras

Pengerusi persatuan penduduk pudu impian, Lai Hin Loong, 41, bercakap pada sidang akhbar berkenaan persimpangan jalan yang tidak menunjukkan arah lalu lintas yang jelas sehingga mengakibatkan kemalangan di stesen minyak Petronas Jalan Cheras (berhampiran PGRM), Cheras, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 11 FEBRUARI 2018

“Ada beberapa jalan yang menghala ke Velocity Mall, jalan menuju ke Taman Shamelin, ke Jalan Cheras dan MRR2. Semua ini tanpa papan yang jelas kerana itu banyak kemalangan berlaku. Mohon pihak berwajib ambil serius,” katanya.-theRakyat



Source link

read more

MeToo Lelaki berwajah babi jadi momokan di Minggu Fesyen New York


NEW YORK: Sempena Minggu Fesyen New York, Amerika Syarikat, kempen anti pencabulan seksual #MeToo turut mencuri perhatian apabila menampilkan model wanita yang memperagakan pakaian ‘berkepak’ sambil menarik lelaki bergari yang berwajahkan babi.

Antara yang tampil di pentas peragaan adalah Cheyenne Jacobs, 22 tahun yang mengumumkan dia juga seorang mangsa serangan seksual sewaktu di bangku sekolah dan kemudiannya pernah dirogol di kolej.

Idea itu diilhamkan Myriam Chalek, pengarah kreatif laman web fesyen American Wardrobe.

“Saya tidak merasakan pertunjukan fesyen ini akan merubah segalanya semalaman namun saya telah lakukan tanggungjawab saya. Wanita yang diperkasa adalah wanita yang tidak boleh dihalang sama sekali,” kata Chalek.

Foto Reuters

Seorang lagi model, Alicia Kozakiewicz, 29 tahun menceritakan dia pernah diculik pada 2002 berhampiran kediamannya di Pittsburgh, Pennsylvania Amerika Syarikat oleh seorang lelaki yang dikenalinya menerusi internet.

Kes itu pernah mendapat liputan meluas oleh media antarabangsa.

Kozakiewicz berkongsi pengalaman bagaimana dia sebagai mangsa dipersalahkan malah dimalukan, termasuk oleh anggota keluarga sendiri dan berkesudahan dengan dia akhirnya memilih untuk menjadi jurucakap motivasi dan seorang aktres.

“Kempen #MeToo bukan untuk membenci kaum lelaki namun tentang memerangi keganasan,” kata Kozakiewicz. “ Ia bagaimanapun memperkasakan wanita untuk bebas dari perasaan takut dan terasa selamat dari serangan serta pencabulan seksual.”

Sejak Oktober, ratusan wanita mendakwa golongan lelaki yang berpengaruh dalam bidang perniagaan, politik, media dan hiburan terbabit dalam pencabulan seksual. Mereka kemudiannya turut serta dalam kempen #MeToo yang mendapat sambutan hebat.

Di dalam dunia fesyen, mangsa pencabulan seksual bukan hanya terhad kepada wanita semata-mata, malah golongan lelaki juga.

The New York Times melaporkan puluhan model dan pembantu lelaki telah menjadi mangsa jurufoto terkenal seperti Bruce Weber dan Mario Testino.

Kedua-duanya bagaimanapun menafikan dakwaan itu.



Source link

read more

Firdaus sudah tampil Taj bila lagi



KUALA LUMPUR: Salah seorang daripada dua artis yang dipanggil polis bagi membantu siasatan dakwaan kes penyalahgunaan dadah oleh Datuk Farid Kamil sudah tampil memberi keterangan awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata penyanyi yang juga pengarah dan penerbit pengiklanan, Ahmad Fairuz Ahmad Rosli, 47 tahun, yang juga dikenali sebagai Os atau Firdaus tampil memberi keterangan di Balai Polis Sentral Johor Bahru pukul 5 pagi tadi, 

“Polis sudah memanggil dan mengambil rakaman percakapan ke atas lelaki berkenaan di Balai Polis Sentral pagi tadi.

“Ujian air kencing ke atas lelaki berkenaan turut dijalankan, namun keputusannya belum diperoleh serta tiada penahanan dibuat,” dia dipetik berkata oleh Utusan Online. 

Pada 31 Januari lalu, Farid, 37 tahun, membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail, dekat sini, dengan dakwaan dianiaya tiga rakan artis yang dikatakan telah memasukkan dadah ke dalam minumannya.

Susulan laporan itu, pelakon Sofi Jikan ditahan di Balai Polis Mutiara Damansara pada pukul 11 malam, 8 Januari lalu selepas tampil memberi keterangan susulan laporan yang dibuat Farid.

Bagaimanapun, seorang lagi rakan artis yang dikenal pasti sebagai Ahmad Tajuddin atau Taj masih belum tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Taj ialah anggota kumpulan Innuendo yang popular dengan lagu “Belaian Jiwa” pada tahun 1990-an.

Cubaan Astro AWANI untuk menghubungi Taj melalui panggilan telefon dan aplikasi WhatsApp gagal.

Sumber rapat memaklumkan Taj masih berada dalam negara dan sedang sibuk menjalani penggambaran sejak awal tahun.



Source link

read more

LG Dikatakan Mungkin Akan Hadir Dengan LG V30s Dilengkapi Kamera Pintar – Amanz


Pada awalnya, LG dijangka hadir dengan LG G7 pada acara MWC 2018 penghujung bulan ini. Namun, pengeluarnya menstruktur kembali pelbagai perkara, dan dikatakan kembali kepada kotak rekaan kembali untuk telefon pintar generasi baru berkenaan.

Sebagai ganti untuknya, LG kini dilaporkan masih akan menghadirkan diri ke acara tahunan berkenaan, dan akan memperkenalkan peranti ganti yang merupakan kemaskini untuk LG V30.

LG V30

“LG V30s” ini dikatakan akan menawarkan ciri dan spesifikasi lebih kurang sama seperti versi asal, tetapi hadir dengan storan sehingga 256GB, selain penambah-baikkan pada kamera melalui apa yang dipanggil sebagai LG Lens.

Melalui LG Lens, ia akan menawarkan ciri pintar berasaskan pembelajaran mesin – dimana anda boleh menala kamera kemana-mana objek, dan ia akan mengenal-pasti apakah yang sedang dilihat dan memaparkan konteks berkaitan dengannya. Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi bagaimanakah tahap keupayaan enjin pembelajaran mesin yang digunakan oleh LG ini.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan info lanjut mengenai hal ini – apatah lagi dengan acara MWC 2018 yang menjelang tiba dalam beberapa minggu sahaja lagi.



Source link

read more

Sabah terus membangun di bawah BN


KUALA LUMPUR – Sabah di bawah pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) terus pesat membangun dalam pelbagai sektor sekali gus membawa kemakmuran dan kesejahteraan rakyat, kata Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.

Menurutnya, ia adalah hasil daripada perpaduan rakyat, kestabilan politik dan ekonomi selain usaha berterusan kerajaan dalam memacu pembangunan negeri.

Sambil memberi contoh dasar Hala Tuju Negeri Sabah, beliau berkata tumpuan diberi kepada pembangunan modal insan selain sektor pelancongan, pertanian dan pembuatan.

“Kini telah banyak manfaat pembangunan yang kita nikmati termasuk pembinaan Lebuhraya Pan Borneo yang sedang rancak dijalankan di samping penubuhan pelbagai institusi pengajian tinggi, pusat kemahiran dan hab pendidikan,” katanya dalam amanat bersempena Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Sabah di sini, hari ini.

Teks amanatnya dibacakan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid.-BERNAMA



Source link

read more

Tak perlu pakai abaya untuk gambarkan keislaman – ulama kanan Arab Saudi


Wanita di Arab Saudi tidak perlu diwajibkan memakai ‘abaya’ atau jubah labuh bagi menunjukkan ketaatannya kepada agama, kata seorang ulama kanan negara itu.

Ahli Majlis Ulama Kanan, Sheikh Abdullah al-Mutlaq, berkata wanita Islam seharusnya  berpakaian sederhana, tetapi ini tidak semestinya memakai abaya.

“Lebih 90 peratus wanita Islam yang taat kepada agama dalam dunia Islam tidak memakai abaya.

“Oleh itu, kita tidak patut memaksa orang ramai memakai abaya,” katanya dalam satu temubual di sebuah program radio.

Arab Saudi antara negara yang mempunyai undang-undang paling ketat dalam mewajibkan wanita memakai jubah.

Wanita Arab Saudi kini tidak lagi perlu berjubah di tempat awam. FOTO: REUTERS

Pada tahun 2016, seorang wanita Saudi telah ditahan kerana membuka abayanya di tengah jalan utama di kota Riyadh.

Menurut laporan media tempatan, wanita itu ditahan selepas aduan difailkan oleh penguatkuasa agama.

Meskipun kenyataan Sheikh Abdullah tidak mengubah sebarang undang-undang, namun ini adalah kali pertama kenyataan sedemikian dikeluarkan seorang tokoh agama kanan.

Wanita Arab juga dikatakan telah mula memakai abaya berwarna-warni sejak kebelakangan ini, berbeza dengan warna hitam yang secara tradisinya biasa dipakai.

Wanita Arab Saudi mula memakai abaya yang berwarna- warni. Gambar hiasan

Abaya terbuka yang digayakan dengan seluar jeans juga sudah menjadi kebiasaan di beberapa negara.

Arab Saudi yang mempunyai sekatan antara paling ketat terhadap ksum wanita mewajibkan wanita berjubah negara itu.

Apa yang wanita Arab Saudi tidak boleh lakukan

September tahun lalu, Raja Arab Saudi telah mengeluarkan perintah membenarkan wanita memandu, satu-satunya amalan yang membezakan Arab Saudi dari negara lain di dunia ini.

BACA: Arab Saudi benar wanita memandu

Kemudian, golongan itu dibenarkan memandu trak dan juga menunggang motosikal, serta boleh mononton perlawanan di stadium.

BACA: Wanita Arab Saudi kini boleh memandu trak, menunggang motosikal

BACA: Selepas dibenar memandu, wanita Arab Saudi dibenarkan hadir ke stadium pula

Disamping itu, masih terdapat banyak perkara dalam kehidupan memerlukan wanita di negara itu memerlukan mereka meminta kebenaran daripada lelaki termasuk:

  • Memohon pasport
  • Perjalanan ke luar negara
  • Membuka akaun bank
  • Memulakan perniagaan tertentu
  • Mendapatkan pembedahan elektif
  • Meninggalkan penjara

Sekatan-sekatan ini diturunkan ke sistem pengawal Arab Saudi. Sejak diasaskan, Arab Saudi telah diselaraskan dengan tafsiran undang-undang Islam yang ada kalanya dinterpretasikan secara ketat..

Selepas pemberontakan ekstremis pada tahun 1979, peraturan tersebut dikuatkuasakan dengan lebih ketat.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons