Hospital baharu Kuala Krai dijangka siap 30 Mac


KUALA KRAI – Pembinaan Hospital Kuala Krai yang baharu bernilai RM300 juta di Pahi di sini, dijangka siap sepenuhnya pada 30 Mac ini.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata hospital bertaraf antarabangsa yang mula dibina pada 2014 itu kini sudah 99.05 peratus siap.

“Kita berharap kerja pembinaan yang berbaki 0.5 peratus dapat disiapkan lebih awal (dari 30 Mac) dan kita akan bawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk merasmikan hospital ini,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pembinaan hospital itu hari ini.

Hospital baharu Kuala Krai dijangka siap 30 Mac

Berkonsepkan hospital dalam taman di tapak seluas 100 hektar, selain menempatkan 268 katil, ia juga mempunyai lapan dewan bedah, beberapa klinik pakar, laluan berjoging, padang bola dan gelanggang serbaguna.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata hospital enam tingkat itu turut memberi perkhidmatan pakar kepada penduduk jajahan lain termasuk Gua Musang, Tanah Merah, Jeli dan Tanah Merah.

 

Mustapa berkata perjawatan di hospital baharu ini bertambah kepada 2,700 kakitangan berbanding 900 di Hospital Kuala Krai sekarang.

Dengan kewujudan hospital itu, katanya ia akan menjadi pemangkin kepada pembangunan jajahan Kuala Krai bagi memakmurkan rakyat.

“Ia akan membawa limpahan ekonomi seperti peluang perniagaan, kawasan perumahan dan riadah baharu serta pelbagai lagi yang akan meningkatkan pendapatan rakyat,” katanya.

Beliau berkata Hospital Kuala Krai adalah antara projek besar berimpak tinggi Kerajaan Persekutuan bagi membuktikan bahawa janji ditepati.- BERNAMA



Source link

read more

Pencuri hubungi pemilik kereta selepas gagal hidupkan enjin



SEORANG pencuri kenderaan di Amerika Syarikat ditahan polis hanya selepas sejam melakukan jenayah itu akibat gagal menghidupkan enjin sebuah kereta yang dicurinya.

Edward Leroy Wilson pada mulanya mencuri kereta Jeep Grand Cherokee milik seorang wanita yang diparkir di kawasan letak kereta pasar raya Walmart di bandar Minneapolis, Minnesota, dalam kejadian yang berlaku awal minggu ini.

Menurut portal USA Today, pemilik kereta itu pada mulanya menghidupkan enjin ketika dia masih berada di dalam pasar raya menggunakan alat kawalan jauh.

Namun sebaik keluar dari pasar raya itu, dia mendapati kereta itu sudah tiada.

Kira-kira sejam kemudian, dia menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mendakwa pekerja sebuah bengkel kereta yang memaklumkan dia gagal menghidupkan enjin kereta tersebut.

Polis yang dimaklumkan tentang insiden itu berjaya mengesan Wilson dan menjumpai kereta itu di sebuah kawasan di pinggir bandar.

Wilson, dalam pengakuannya kepada polis memberitahu, “Dari awal lagi saya tahu mencuri kereta itu adalah tindakan bodoh”.



Source link

read more

Fiesta NBOS peluang masyarakat fahami strategi kerajaan


KLUANG – Fiesta Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Mesra Rakyat diyakini membuka lebih ruang kepada masyarakat untuk memahami kaedah dan strategi kerajaan dalam membangunkan negara.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata inisiatif oleh Kementerian Kewangan itu menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat sekali gus mendedahkan mereka khususnya di luar bandar berhubung idea-idea NBOS dilaksana kerajaan.

“Secara peribadi, saya terlibat dengan pelaksanaan NBOS pada 2009. Pada masa itu, tidak terlintas bahawa apa yang kita (kerajaan) lakukan sebesar ini. Ia (Fiesta NBOS Mesra Rakyat) dibawa ke Sembrong khususnya di Paloh, hari ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan fiesta berkenaan di Padang Awam Paloh, di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Hishammuddin yang juga anggota Parlimen Sembrong berkata usaha mewujudkan NBOS bukan mudah, namun, ia kini menjadi kenyataan sehingga dicontohi negara lain.- BERNAMA



Source link

read more

BEKU PERUNTUKAN, BUKTI DENDAM AZMIN PADA PAS!!! ~ SEMUT HITAM


Keengganan PAS untuk akur dan patuh kepada desakan Azmin agar parti itu kembali memberikan sokongan membuatkan Si Menteri Besar Selangor tu terdesak mengambil tindakan membalas dendam dengan membekukan peruntukan ADUN PAS.

PAS, walaupun dipujuk bekali-kali untuk bersama dengan Pakatan pada PRU ke 14 tetap nekad mahu menentang gagasan itu berikutan enggan bekerjasama dengan DAPigs dan PAN.

Justeru, penganalisis Politik, Edwin Muniandy berkata tidak mustahil Azmin menggunakan peluang ini untuk mengenakan PAS, yang masih menjadi sebahagian daripada Rejim Pakatan Selangor.

“Ini yang kita panggil membalas dendam politik. Kita tahu bahawa PAS dengan PH khususnya tidak pernah sebulu, senada dan tidak pernah menyokong ideologi politik PH. 

“Jadi ini adalah masa yang sesuai untuk PH membalas dendam terhadap PAS. Apa yang kita kesalkan disini ialah bagaimana kesetiaan PAS terhadap kerajaan negeri Selangor dibalas dengan cara politik yang cukup kotor,” katanya ketika dihubungi Antarapos.

Exco Selangor yang juga Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad mengesahkan hanya 13 ADUN PAS yang belum boleh menggunakan peruntukan wakil rakyat, berikutan disekat di Pejabat Daerah masing-masing.

Azmin sebelum itu menafikan peruntukan ADUN PAS di Selangor disekat namun dia memberikan alasan dengan mengatakan kononnya terdapat ‘masalah teknikal’ dalam agihan tersebut.

Selasa lalu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi memberikan kata dua kepada Azmin untuk menyelesaikan isu peruntukan berkenaan sehingga perayaan Tahun Baru Cina, sebelum pihaknya mengambil langkah susulan. 

Kata dua itu yang diajukan kepada Timbalan Presiden PKR itu dibalas secara sinis dengan berkata ‘tulis lah surat, tak ada masalah’, jika mahu berjumpa dengannya bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Malah Azmin turut menyindir PAS dengan menyatakan bahawa adalah mustahil jika dia menafikan hak ADUN PAS sedangkan Rejim pimpinannya memberikan keistimewaan kepada wakil rakyat Umno-Barisan Nasional (BN) di negeri itu.




Source link

read more

Wanita dakwa didera datuk sendiri hingga berat tinggal 16.8kg


KYOTO: Seorang wanita Jepun mendakwa telah didera oleh datuknya 10 tahun lalu sehingga berat badannya turun mencecah 16.8kg.

Dalam beberapa siri tweetnya, wanita yang menggunakan nama “Wild Cabbage” itu mendedahkan bagaimana penderaan itu berlaku.

Menurut wanita itu, dia pernah ditendang di bahagian perut oleh datuknya setelah ditangkap kerana makan dan dipaksa memuntahkan semula makanan itu.

Seorang wanita Jepun mendakwa telah didera oleh datuknya 10 tahun lalu sehingga berat badannya turun mencecah 16.8kg. -Foto Dailymail.com
Dakwanya lagi, ketika diselamatkan, dia diberitahu oleh pakar perubatan yang keadaannya amat kritikal dan hampir menemui ajal.

Dia turut mendedahkan gambar yang didakwanya ketika berada di hospital dan menunjukkan tanda-tanda lebam di dada dan leher.

Dia turut mendedahkan gambar yang didakwanya ketika berada di hospital dan menunjukkan tanda-tanda lebam di dada dan leher. -Foto Dailymail.com
Wanita itu berkata dia kini berusia lewat 20an dengan berat badan yang ideal dan sudah pulih sepenuhnya daripada trauma kejadian.

Setakat ini, wanita itu juga tidak menyatakan sama ada sebarang tindakan telah diambil terhadap datuknya atau mana-mana ahli keluarga yang lain berhubung kejadian tersebut.

Para netizen, walau bagaimanapun, mempersoalkan dakwaan wanita itu dan menuduhnya menggunakan gambar palsu.

Ketiadaan bukti daripada pihak berkuasa serta dokumen sahih berhubung kejadian membuatkan pengguna media sosial kurang yakin akan kebenaran dakwaan wanita tersebut.



Source link

read more

Siapa kata Spice Girls akan adakan konsert jelajah dunia – Victoria Beckham



BARU sahaja minggu lalu kumpulan pop terkemuka Spice Girls mengirimkan khabar gembira buat peminat apabila mengumumkan reunion mereka.

Namun, semalam, salah seorang anggota kumpulan itu Victoria Beckham menafikan khabar yang mereka akan mengadakan konsert jelajah berkenaan.

Dalam temu ramah bersama majalah Vogue, Victoria berkata projek reunion itu mungkin akan membabitkan satu single dan satu persembahan sahaja, dan mereka tidak akan menjelajah dunia untuk mengadakan konsert serta bertemu peminat.

“Siapa kata kami akan mengadakan konsert jelajah? Itu tiada langsung dalam perancangan.

“Seronok dapat berjumpa mereka (anggota Spice Girls) kembali. Kami bercakap tentang banyak idea tentang masa depan Spice Girls, tapi buat masa ini semua itu hanya idea.

“Antara idea yang kami fikirkan menarik adalah menubuhkan satu syarikat rakaman dan kumpulan wanita yang boleh meneruskan legasi Spice Girls.

“Dunia saya kini adalah (rekaan) fesyen. Itu tugas saya,” kata Victoria.

Kenyataan Victoria itu bercanggah dengan laporan banyak media antarabangsa yang kononnya kumpulan itu bakal mengadakan konsert jelajah ke seluruh dunia tidak lama lagi.

Minggu lalu, Victoria memuat naik sekeping gambar dia bersama empat lagi anggota Spice Girls – Emma Bunton, Geri Horner, Mel C dan Mel B di akaun Instagramnya.

Media United Kingdom kemudian melaporkan pengasas Pop Idol, Simon Fuller, mengesahkan kesemua anggota asal kumpulan muzik wanita paling berjaya itu akan kembali bersatu untuk satu projek reunion.



Source link

read more

Laman Ini Membantu Anda Menganalisa Akaun Instagram Untuk Pengikut Palsu Dan Sebagainya – Amanz


Pada hari ini, dengan laman sosial seperti Instagram, ramai pengguna yang mula mengejar populariti dan membeli pengikut palsu dalam menampakkan angka pengikut mereka tinggi dan sebagainya. Perkara ini adalah suatu yang tidak digalakkan kerana ada yang membuat perkongsian berbayar – dan membuatkan klien dan penaja berkaitan tidak dapat hasil yang dijangka kerana pengikut palsu pada sesuatu akaun berkenaan tidak menghasilkan apa-apa kesan positif.

Kini, dalam mengatasi hal berkenaan, dan memudahkan anda menyemak terlebih dahulu sesuatu akaun sebelum melakukan perkongsian berbayar atau melantik mereka sebagai Influencer untuk jenama anda, salah satu laman yang boleh membantu adalah HypeAuditor.

HypeAuditor memfokuskan kepada Instagram sahaja buat masa ini. Menggunakan laman ini, anda boleh membuat analisa untuk sesuatu akaun, dan mendapatkan hasilnya dalam masa sekitar kurang 30 minit.

Auditor Instagram

Anda hanya perlu memasukkan nama pengguna sesuatu akaun Instagram, dan ia akan menganalisa dan memaparkan hasil laporan menyeluruh dengan sejumlah data menarik.

Antaranya adalah termasuk peratusan pengguna palsu pada sesuatu akaun, darimanakah pengikut mereka, kadar perbincangan yang berlaku pada perkongsian, dan sebagainya.

Auditor Instagram

Dengan era pemasaran media sosial yang semakin popular akhir-akhir ini, bagi kami, laman ini sangat membantu anda dalam menganalisa sesuatu akaun Instagram terlebih dahulu sebelum memilih untuk mengiklan melaluinya.

Perkhidmatan HypeAuditor ditawarkan secara percuma untuk semakan sebanyak tiga akaun, dan seterusnya akan dikenakan sedikit bayaran. Ia mungkin sangat berbaloi bagi anda yang sering melakukan pemasaran menggunakan media sosial – dan menentukan siapakah yang harus anda pilih dalam mendapatkan hasil pemasaran yang positif.

Layari : HypeAuditor



Source link

read more

Derma Darah Demi Terengganu – Nasional


KUALA TERENGGANU 11 Feb. – Telah lebih 100 kali dia menderma darah tetapi rutin aktiviti itu tidak pernah jemu dilakukan setiap tahun sejak 36 tahun lalu, dan akan diteruskannya lagi.

Ibrahim Abdul Ghani, 56, seorang pesara tentera yang memiliki darah jenis `O’ tampil berbuat demkian apabila mengetahui program menderma darah diadakan di mana-mana tanpa mengejar apa-apa.

“Sekurang-kurangnya dua kali setiap tahun saya akan menderma darah di mana-mana program kempen yang diadakan. Saya mula berbuat demkian ketika berusia 20 tahun. Hasrat saya cuma untuk membantu mereka yang sangat memerlukan,” katanya.

Anggota Rela itu ditemui semasa turut serta dalam Majlis Kempen Derma Darah Demi Terengganu anjuran bersama Hotel Primula, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APPM) Terengganu, Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) dan Mc Donald’s di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah APPM negeri, Left. Kol. (PA) Che Adam A.Rahman; Presiden Kawat Wan Abdul Rahman Hayat dan Pegawai Perhubungan Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Shamsul Yusuf.

Sementara itu Che Adam berkata, melalui program ini, seramai 70 anggota dan pegawai terlibat selain turutt disertai penderma dari Angkatan Tentera, Rela, wakil media dan rakan hotel di negeri ini.

Katanya, APPM menetapkan KPI bagi program ini adalah untuk menderma darah tiga kali setahun.

“Selain dengan pelbagai agensi kita turut berkloborasi bersama Tabung Darah HSNZ bagi membantu tabung darah hospital negeri mendapat bekalan darah yang mencukupi terutama bagi menampung keperluan mendesak terutama pada musim perayaan,’’ katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Amerika Syarikat panas punggung Seoul-Pyongyang berdamai



SEOUL: “Amerika Syraikat, Korea Selatan dan Jepun akan terus dengan misi untuk mengasingkan Korea Utara secara ekonomi dan diplomatik sehingga mereka meninggalkan program peluru berpandu nuklear dan balistik mereka.”

Demikian ketegasan yang dibuat Naib Presiden Amerika Syarikat Mike Pence ketika mengulas bibit-bibit keakraban yang baru bermula antara Seoul dan Pyongyang.

Jelasnya, tiada peluang cerah bagi kedua-dua negara terbabit, khususnya yang melibatkan isu peluru berpandu nuklear dan balistik.

“Tidak akan ada hari yang cerah antara Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Jepun selagi misi memberi sepenuhnya tekanan terhadap Korea Utara tidak tercapai,” jelasnya sebelum berlepas pulang ke Washington selepas menghadiri acara pembukaan Sukan Olimpik Pyeongchang di Seoul pada Jumaat.

Pada majlis perasmian temasya musim sejuk itu Pence, Kim Yo Jong dan Kim Yong Nam duduk berdekatan antara satu sama lain.

BACA: Selepas 10 tahun, Jong-un akhirnya jemput Presiden Korea Selatan ke Pyongyang 

BACA: Olimpik Pyeongchang ‘kunci’ diplomasi Korea Utara-Selatan 

Ketika atlet dari Korea Selatan dan Korea Utara berarak bersama di bawah satu bendera semasa majlis pembukaan itu, Pence dilihat terus duduk tanpa sebarang reaksi.

Malah, Pence turut dilapor tidak menyertai makan malam pemimpin negara dunia yang dianjurkan selepas acara terbabit.

Dalam satu tweet yang ditulisnya, beliau menegaskan kembali pandangan skeptikal Amerika Syarikat terhadap langkah perdamaian yang cuba dihulur Korea Utara.

Selepas menyampaikan surat rasmi jemputan perbincangan meja bulat Korea Utara – Korea Selatan kepada Presiden Park Geun Hye, Kim Yo Jong meneruskan pertemuan rasminya bersama Perdana Menteri Lee Nak Yon pada Ahad.

Pertemuan tambah meriah dengan kehadiran beberapa menteri-menteri kabinet Korea Selatan.



Source link

read more

7000 banjiri konsert Sheila On 7 ini detik tidak boleh dilupakan malam tadi



SELEPAS dua tahun, band popular Indonesia Sheila On 7 kembali menggamatkan pentas Starxpo Centre, Kenanga Fashion Mall, Kuala Lumpur malam tadi.

Konsert Sheila On 7 – Live In Kuala Lumpur itu dibanjiri oleh lebih 7,000 penonton.

BACA: Sheila On 7 kembali gegar Kuala Lumpur malam ini

Mengotakan janji mereka, Sheila On 7 membuai peminat dengan untaian lagu malar segar seperti Itu Aku, Dan, Sephia, Melompat Lebih Tinggi dan Berhenti Berharap.

BACA: Sheila On 7 pukau penonton dengan persembahan magis di konsert

Harapan peminat untuk melihat keletah bersahaja vokalis Sheila On 7, Duta terubat. Duta menghiburkan peminat Malaysia dengan pelbagai aksi hipster viral masa kini antaranya ‘dab’.
 

Yang pasti, Sheila On 7 mengubat kerinduan peminatnya yang sudah 22 tahun setia bersama band kelahiran Jogjakarta itu.

Kami kongsikan beberapa momen menarik yang berlaku sepanjang konsert tersebut.

1. Peminat sudah membanjiri perkarangan Starxpo Centre Kenanga Fashion Mall untuk menyaksikan Konsert Sheila On 7 – Live In Kuala Lumpur seawal pukul 6 petang lagi.

2. Hujan lebat memaksa keadaan trafik di luar premis tersebut sesak teruk.

3. Penonton beratur beberapa ratus meter di sekeliling ruang parkir tingkat 13A untuk menuju ke pagar masuk konsert.
 

4. Oleh kerana masalah terbabit, konsert dimulakan agak lewat sekitar 9.15 malam.

5. Penyanyi baru Natasha membuka pentas konsert menerusi tiga buah lagu Never Enough, Menghitung Hari dan Repeat.

6. Penonton menjerit sekuat hati apabila Sheila On 7 mula mengambil tempat di pentas.

7. Sheila On 7 mempersembahkan lebih 15 buah lagu termasuk lagu terbaharu mereka, Film Favorit.

8. Usai konsert, penonton terpaksa berjalan menuruni tangga ke bahagian parkir memandangkan lif hanya dikhaskan untuk penonton VIP.

9. Jalan kembali sesak apabila penonton berpusu-pusu pulang ke kediaman seleppas konsert.
 



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons