Koperasi perlu berani ceburi bidang perniagaan berimpak tinggi – Nasional


TAPAH 11 Feb. – Semua pemimpin koperasi perlu memikirkan strategi baharu untuk meningkatkan lagi peranan dan sumbangan koperasi kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, antara strategi yang perlu diperhalusi ialah koperasi mesti berani untuk menceburi bidang perniagaan berimpak tinggi.

“Langkah ini merupakan satu-satunya jalan yang membolehkan kita membuktikan bahawa gerakan koperasi mampu memainkan peranan, bukan sahaja dengan memberikan faedah kepada ahli-ahlinya tetapi juga membantu kerajaan dan negara dalam pembangunan ekonomi.

“Hal ini sejajar dengan pengiktirafan yang telah diberikan oleh kerajaan kepada gerakan koperasi sebagai sektor ketiga dalam membangunkan ekonomi negara selepas sektor kerajaan dan swasta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan lawatan kerja ke tapak penternakan udang putih baka Amerika Selatan seluas 0.4 hektar yang mengguna pakai teknologi litar lumba, milik Koperasi Pelaburan Pembangunan Hartanah (KPPH) Perak Berhad dekat Temoh hari ini.

Hadir sama Naib Presiden Angkasa, Datuk Kamarudin Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif KPPH Perak Berhad, Saifol Bahri Samsudin.

Projek penternakan udang secara organik itu yang bermula sejak tahun 2016, kini memasuki penuaian hasil kelima selepas hidupan itu dibiakkan dalam tempoh 80 hari dengan 18 tan udang boleh dihasilkan dalam masa setahun di sini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Mengundang maut, duduk di tengah jalan raya – Nahas & Bencana


BETONG 11 Feb.- Perbuatan seorang lelaki dipercayai telah mabuk dengan duduk di tengah jalan raya mengundang maut setelah dilanggar sebuah kereta di Kilometer 3 Jalan Ulu Layar semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, mangsa berusia 48 tahun dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Kancil dan maut di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, kemalangan tersebut berlaku ketika keadaan jalan yang rata namun gelap berikutan tiada lampu.

“Setibanya di tempat kejadian, pemandu wanita berusia 25 tahun itu difahamkan tidak sempat mengelak lalu merempuh mangsa.

“Mangsa terperosok ke bawah kereta dan meninggal dunia ekoran kecederaan parah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Betong untuk bedah siasat.

“Keadaan cuaca ketika kejadian juga baik dan kering.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Najib ucap tahniah pengisytiharan dividen KWSP


kwspnajib.JPG.transformedMO, 11/2/2018, KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selepas pengisytiharan kadar dividen kadar tertinggi pernah diumumkan sejak tahun 1997.

Perdana Menteri berkata, agihan dividen dan pendapatan pelaburan kasar tahun ini lebih tinggi daripada tahun lalu.

“Alhamdulillah hasil pengurusan dan pelaburan baik, hari ini KWSP isytihar kadar dividen 6.90 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 6.40 peratus bagi Simpanan Syariah.

“Agihan dividen dan pendapatan pelaburan kasar tahun ini lebih tinggi daripada tahun lalu. Syabas pasukan KWSP!

“Insya-Allah, semoga dengan ini dapat sedikit sebanyak menambah simpanan pencarum serta menjadi bekalan di masa hadapan,” katanya dalam entri menerusi laman Facebooknya,  semalam.

Petang semalam, KWSP mengisytiharkan 6.9 peratus kadar dividen untuk Simpanan Konvensional 2017, membabitkan jumlah agihan sebanyak RM44.15 bilion.

Pemilik akaun Simpanan Syariah yang mula diperkenalkan pada 8 Ogos 2016 pula menerima dividen berkadar 6.4 peratus dengan agihan berjumlah RM3.98 bilion.

Pengkreditan Dividen 2017 akan dilaksanakan hari ini dan ahli boleh mendapat maklumat terkini melalui laman web KWSP di www.kwsp.gov.myatau aplikasi mudah alih i-Akaun.



Source link

read more

JPJ denies forcing lorry drivers to strip down to their underwear – Nation


KUALA LUMPUR: The Road Transport Department (JPJ) has rubbished claims that its personnel had directed several lorry drivers to strip down to their underwear for failing to offer them bribes as suggested in a viral photo.  

In a statement here Saturday (Feb10), it said the incident in the photo had actually taken place in May 2015 and involved four personnel of the JPJ enforcement station at Mentara in Gua Musang, Kelantan, who were patrolling in Jalan Aring en route to Tasik Kenyir.  

“About 2.30pm, the personnel inspected three semi-trailer lorries parked by the road shoulder, which had obstructed the traffic and there were no drivers in the vehicles,” it said.  

Upon seeing the JPJ personnel, the drivers who were taking a bath at a nearby hill rushed down, wearing just their underwear.  

“The drivers sat behind the JPJ vehicle as they were ashamed for not wearing clothes and apologised to JPJ personnel.  

“The JPJ personnel then instructed them to move the vehicles to a more appropriate area and advised them not to repeat the offence.  

“Yesterday, one of the drivers lodged a police report, denying the allegation (that they were made to parade in their underwear),” said the statement.  

As such, the JPJ reminded the public to verify any news and information received with the relevant authorities before disseminating them. – Bernama 



Source link

read more

18 maut bas dua tingkat terbalik di Hong Kong



HONG KONG : Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh  apabila sebuah bas dua tingkat terlibat dalam kemalangan di pinggir bandar Hong Kong ke selatan China pada hari Sabtu.

Video dari sebuah media tempatan menunjukkan kakitangan pasukan kecemasan bertungkus lumus untuk mengeluarkan mangsa dari bas yang remuk.

Polis mengesahkan bahawa 15 lelaki dan tiga wanita terbunuh dalam kemalangan itu.

Bagaimanapun belum ada laporan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa mengenai identiti mangsa dan punca sebenar kejadian sedang dalam siasatan.



Source link

read more

Peningkatan dividen KWSP durian runtuh kepada pencarum


kwsp-logo.jpg.transformed_7MO, 11/2/2018, KUALA LUMPUR: Peningkatan ketara dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 1.2 peratus bagi 2017, membuktikan keberkesanan strategi kerajaan dan KWSP dalam mengukuhkan pelaburannya.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor, berkata peningkatan kadar dividen itu adalah durian runtuh kepada lebih 14 juta pencarum di negara ini.

Katanya, MTUC turut berterima kasih atas keterbukaan kerajaan dan KWSP dalam melaksanakan inisiatif tertentu bagi memastikan pencarum mendapat pulangan dividen yang positif berbanding tahun sebelumnya.

“MTUC mengetahui 2016 adalah tahun kewangan yang tidak baik disebabkan beberapa keadaan, antaranya penurunan nilai Ringgit serta suasana politik yang menimbulkan kegusaran bagi pelabur.

“Namun, keyakinan kami bertambah baik bagi tahun 2017 selepas pertemuan dengan Perdana Menteri yang bersedia melakukan anjakan dalam memastikan peningkatan peratusan dividen ini menjadi kenyataan,” katanya.

KWSP mengisytiharkan dividen 6.9 peratus bagi simpanan konvensional dan 6.4 peratus bagi simpanan syariah bagi 2017.

Untuk rekod, dividen bagi simpanan konvensional 2016 adalah 5.7 peratus.

Abdul Halim turut mencadangkan kerajaan meminda Akta KWSP untuk menaikkan kadar dividen wajib yang ketika ini ditetapkan pada 2.5 peratus.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB), Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pengumuman dividen itu adalah kejutan manis kepada pencarum kerana ia adalah kadar tertinggi sejak tahun 1997 dan 1998.

Katanya, kadar dividen itu juga lebih tinggi daripada paras inflasi negara, menandakan simpanan pencarum terpelihara daripada ‘hakisan’ inflasi.

“Lebih penting adalah strategi pelaburan luar negara dilihat membuahkan hasil yang baik.

“Perkara ini juga berdasarkan Strategi Alokasi Aset (SAA) mereka yang akan mengambil kira faktor pulangan dan risiko pelaburan bagi setiap kelas aset,” katanya.

Mohd Afzanizam melahirkan keyakinan pada prestasi masa depan KWSP, berdasarkan suasana kenaikan kadar faedah di negara maju yang memberi isyarat bahawa eknomi global sedang bertumbuh lebih stabil tanpa sokongan dasar monetari berlebihan.

“Faktor ini akan membantu menaikkan prospek pulangan pelaburan sama ada dalam pasaran ekuiti atau bon, sejajar dengan risiko pelaburan diambil,” katanya.

Mengulas mengenai kadar dividen bagi simpanan syariah lebih rendah berbanding konvensional, Mohd Afzanizam berkata ia bergantung pada prestasi aset, selain ia tidak termasuk dalam saham perbankan.

Bagaimanapun, katanya, kadar 6.4 peratus adalah satu pengumuman positif kerana ia kali pertama diumumkan sejak simpanan syariah dibuka pada Ogos 2016.



Source link

read more

Bas terbalik di lereng bukit 27 pelancong maut di Jawa Barat



JAKARTA: 27 penumpang maut sementara 18 yang lain cedera selepas bas yang membawa pelancong tempatan terbalik selepas terjunam di lereng bukit di wilayah Subang, Jawa Barat, Indonesia.

Kemalangan pada Sabtu itu berlaku pada jam 6:10 petang waktu tempatan.

Bas malang yang membawa 45 penumpang dalam perjalanan dari selatan Tangerang di wilayah Banten dan dalam perjalanan ke sebuah kolam air panas.

“Kesemua 27 mangsa yang meninggal dunia masih belum dikenal pasti.

“Mangsa yang cedera  mengalami patah tulang kaki, tangan, dan pinggul, serta luka parah di kepala,” kata jurucakap  Rumah Sakit Umum Daerah Subang, Mamat Budirakhmat seperti yang dipetik Tribun Jabar.

Menurut Ketua Polis Trafik Budhy Hendratno, nahas berlaku apabila bas pelancong itu merempuh sebuah motosikal ketika menuruni bukit lalu hilang kawalan dan terbalik.

Polis masih menyiasat punca kemalangan namun dipercayai brek bas terbabit gagal berfungsi.



Source link

read more

Sheila On 7 masih ‘Pria Terhebat’


IMG_20180211_110820MO, 11/2/2018, KUALA LUMPUR: Aura Sheila On 7 (SO7) cukup kental hingga mampu menarik kehadiran kira-kira 7,000 penonton menyaksikan Konsert SO7 Live in Kuala Lumpur 2018 di KWC Mall di sini, malam tadi.

Biarpun kerap bertandang ke negara ini dengan kali terakhir beraksi di lokasi sama, dua tahun lalu, penangan band berasal Yogjakarta, Indonesia itu masih kental.

Tidak hairan, persembahan mega yang turut membariskan lagu baharu termasuk single berjudul Film Favorit bukan sekadar memenuhi cita rasa peminat yang bersama mereka sejak dua dekad lalu, malah setiap seleksi disambut penonton muda berusia belasan tahun.

“Kami gembira diberi peluang kembali ke Malaysia dan terima kasih kepada peminat Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Moga kalian semua terhibur dengan persembahan kami,” kata vokalisnya, Duta yang muncul tepat jam 9.15 malam.

Selain Duta, SO7 yang turut membariskan Eross, Adam dan Brian terus menghangatkan dewan itu dengan aroma masa lalu apabila bijak membuai jiwa khalayak bersama lagu malar segar mereka.

Bila Kau Tak Disamping Ku, Seberapa Pantas, Dan, Itu Aku, Pemuja Rahsia serta Sephia antara malar segar yang melonjakkan adrenalin ramai hingga masing-masing menyanyi sambil menari tanpa henti.

Sebanyak 17 lagu pilihan seakan tidak cukup untuk memuaskan khalayak apabila terasa sekejap saja masa berlalu apatah lagi banyak lagi seleksi yang tidak disampaikan.

Namun seperti diluahkan vokalisnya sebelum ini, persembahan kali ini diharap mampu menggembirakan peminat selepas ada yang menyatakan mereka kurang berpuas hati pada konsert terakhir SO7 berikutan lagu idaman tidak didendangkan.

Bak kata Duta, konsert itu adalah pengubat kerinduan pengikut tegar SO7 atau disebut sebagai Sheila Gank yang sanggup datang dari serata tempat demi konsert berkenaan.

Sudah pasti persembahan mereka melakar satu lagi kenangan buat band itu. Namun, andai ada cela, ia tidak berbekas dalam sanubari peminat hasil penangan kumpulan yang dianggap sinonim dengan lagu mereka, Pria Terhebat itu.



Source link

read more

Tembak jatuh pesawat Israel provokasi terbesar sejak perang 1982 – Rejim


BAITULMAQDIS: Tentera rejim Israel menganggap tindakan menembak jatuh sebuah pesawatnya oleh Syria pada Sabtu sebagai satu provokasi yang disifatkan sebagai satu ‘serangan paling signifikan’ oleh pihak lawan sejak Perang Lubnan 1982.

Maklum seorang pegawai kanan tentera rejim, Jeneral Tomer Bar, pesawat jenis F-16 terbabit ditembak jatuh sebagai tindak balas terhadap tindakan rejim melancarkan beberapa serangan di Syria susulan aporan kononnya sebuah dron milik Iran telah dihantar  ke wilayah Israel.

“Serangan sebagai tindak balas gelombang kedua serangan yang mensasarkan tentera Syria dan Iran yang beroperasi di negara itu (Syria),” katanya.

Dua juruterbang berjaya menyelamat diri selepas melonjakkan diri menerusi kerusi anjal sebelum pesawat terhempas di utara Israel.

Antara serpihan peluru yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat pejuang F-16 tentera Syria. - Foto: REUTERS

Bagaimanapun mereka mengalami kecederaan dengan salah seorangnya dilaporkan kritikal.

Kumpulan Hezbollah yang disokong Iran berkata, tindakan menjatuhkan pesawat itu merupakan “permulaan fasa strategik baru” yang akan menghalang keupayaan Israel menceroboh ruang udara Syria.

Penglibatan Iran di Syria adalah untuk menyokong Presiden Bashar al-Assad dalam perang saudara yang hampir tujuh tahun berlarutan.

Kanak-kanak di Quneitra, Syria melihat serpihan peluru bepandu yang digunakan untuk menyerang F-16. - FOTO: REUTERS

Sementara itu dalam reaksi segeranya, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bergegas ke ibu pejabat tentera di Tel Aviv dan berkata rejim tekad untuk membalas tindakan itu.

“Israel mencari keamanan tetapi kami akan terus mempertahankan diri dengan tegas terhadap sebarang serangan terhadap kami atau sebarang cubaan oleh Iran untuk menentang kami di Syria,” ujar Netanyahu dalam kenyataan menerusi televisyen.

Rusia yang mula campur tangan dengan berpihak kepada rejim Presiden Syria Bashar Assad pada 2015, menyatakan kebimbangannya dengan perkembangan terbaharu ini dan menggesa kedua-dua pihak untuk mengekalkan keamanan dan mengelakkan peningkatan serangan.



Source link

read more

12 kawasan panas jadi tumpuan Polis Kelantan


Datuk_Hasanuddin_Hassanasd.transformedMO, 11/2/2018, TANAH MERAH: Polis Kelantan melancarkan Ops Selamat 12/2018 dengan menumpukan 12 kawasan panas di seluruh negeri ini yang sering berlaku kemalangan sempena musim perayaan Tahun Baru Cina, hari ini.

Kawasan terbabit merangkumi Kota Bharu di Jalan Kota Bharu – Machang, Kota Bharu – Pengkalan Chepa dan Kota Bharu – Kuala Terengganu.

Kawasan lain adalah di Gua Musang membabitkan Jalan Kota Bharu-Gua Musang-Kuala Lipis; Kuala Krai (Jalan Gua Musang-Kuala Krai); Machang (Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, Jalan Tanah Merah-Machang-Pasir Puteh); Pasir Puteh (Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu) dan Tanah Merah (Jalan Kota Bharu-Machang-Jeli).

Turut terbabit kawasan di Jeli iaitu Jalan Kota Bharu-Machang-Grik; Tumpat (Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor) dan Pasir Mas (Jalan Kota Bharu-Pasir Mas-Rantau Panjang).

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan, berkata Ops Selamat yang dilaksanakan selama 15 hari itu bagi memastikan kadar kemalangan di negeri ini terus berkurang berbanding tahun lalu.

Beliau berkata, sebanyak 456 kes kemalangan direkodkan tahun lalu pada musim perayaan sama berbanding 473 kes pada tahun 2016.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 11 kes kemalangan maut dicatatkan pada tahun 2016 dengan 11 kematian, manakala tahun lalu, kes kemalangan maut mencatatkan angka sama iaitu 11 kes dengan 12 kematian,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Op Selamat 12 di Kompleks Niaga Tok Wan Mat, Bukit Bunga di sini, hari ini.

Majlis pelancaran Ops Selamat 12 itu disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Anggota Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mengulas lanjut, Hasanuddin berkata, selain kawalan lalu lintas, Ops Selamat pada kali ini dilaksanakan dengan konsep berbeza berbanding tahun lalu apabila turut memberi tumpuan kepada pencegahan kes jenayah pecah rumah.

“Selain polis yang menjalankan tugas, saya juga minta pengguna jalan raya supaya memandu dengan cermat dan tidak usah gopoh memandangkan banyak kenderaan akan berada di atas jalan bagi mengelakkan berlaku kemalangan,” katanya.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons