Pada tahun lepas, kita telah melihat beberapa peranti hadir dengan rekaan skrin bertakuk – termasuk Essential dan juga iPhone X. Sejak daripadanya, sejumlah besar peranti baru dilihat mungkin turut menggunakan rekaan yang lebih kurang sama.

Kini, selari dengannya, laporan baru hadir hari ini mengatakan Google kelak akan menyertakan sokongan untuk skrin seumpamanya secara terbina pada sistem operasi Android akan datang, iaitu Android P.

Dengan sokongan terbina daripada Google, ia sekaligus akan memperlihatkan integrasi bar status selari dengan takuk skrin yang lebih kemas dan selari berbanding implementasi oleh pengeluar secara berasingan. Selain itu, ia juga akan memudahkan para pembangun aplikasi mengoptimasikan paparan aplikasi mereka.

Disamping itu, Android P turut dijangka akan mengintegrasikan sokongan Google Assistant dengan lebih menyeluruh, masa bertahan bateri yang lebih baik, selain kemaskini pada antaramuka sistem operasi berkenaan.

Menurut Bloomberg, versi Android “P” ini dikenali dengan nama kod “Pistachio Ice Cream” untuk pembangunan dalaman. Kebiasaannya, Google akan menggunakan nama akhir yang berbeza ketika ia dilancarkan secara rasminya.



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: