Kemaskini BIOS ASUS Terbaru Membolehkan Papan Induk AM4 Menyokong APU AMD Ryzen 2000 – Amanz


Di acara CES tidak lama dahulu, AMD menyatakan bahawa cip pemprosesan APU untuk desktop mereka yang dinamakan AMD Ryzen 2000 bakal hadir di pasaran tidak lama lagi dan juga telah disahkan bahawa ia boleh digunakan dengan papan induk siri AM4 terbaru.

Hari ini, pihak ASUS mengumumkan bahawa mereka telah hadir dengan kemaskini BIOS baru yang membolehkan pengguna-pengguna platform tersebut memasang APU tersebut tanpa sebarang masalah.

Menurut ASUS, siri-siri papan induk yang boleh dikemaskini termasuklah papan induk ASUS X370, B350 dan A320 dan kemaskini tersebut boleh dipasang menggunakan USB BIOS Flashback ataupun perisian EZ Flash 3.

Diantara model-model papan induk yang boleh memuat-turun kemaskini ini termasuklah:

Bagi mereka yang menggunakan papan induk AM4 dengan CPU AMD Ryzen dan ingin memuat-turun kemaskini BIOS untuk APU AMD Ryzen 2000 ini boleh melakukannya di laman web mikro ASUS.

Muat-turun kemaskini AMD Ryzen 2000 untuk papan induk ASUS



Source link

read more

PM: We have the young in mind


PM-BELIA

MO,12/2/2018, SEPANG: The Malaysian Govern­ment of today is one that has been implementing programmes for the young people and their future, says Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak. He said the Government realises that the country’s future is with the young, and it has drawn up many youth-friendly policies. “As the PM, I formulate policies to ensure the future of our young people. I understand and feel their needs and aspirations

“This Government does not make short-term policies and neither do we take the populist path just to gain support,” he said in his address during a gathering of youths from the 4B Youth Movement at Kampung Ulu Chuchoh here yesterday. Najib cited the National Transfor­ma­tion 2050 as one of the Govern­ment’s initiatives to hear out the views of young Malaysians. To date, 80,000 aspirations have been collected and will be made into a blueprint to help chart the country’s future path.

Najib said he had also put in place policies to promote civil liberties and had abolished the Internal Security Act “so that we can hear the voices of the young”. This is in contrast to “previous leadership” where voices of dissent were silenced by the ISA, he added.“I have been criticised, condemned and have been a victim of fake news numerous times.  “But this is democracy. I don’t carry out ‘Ops Lalang’ just because people criticise me,” he said, referring to the arrests of more than 100 politicians and activists during a crackdown by the then prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad in 1987.

“There is room for criticism, but it should be done responsibly based on facts. Don’t spread fake news and hearsay,” Najib said. He also said youths should support the Barisan Nasional-led Govern­­ment which has and would continue to look after their interests. He added several plans are being implemented for the youths, such as the opening of three Youth Cities.

“The Youth City will be established in three states, with the first to be in Tanjung Malim. If Barisan wins in Selangor, then we can have one in Selangor,” he said to the applause of the crowd. Najib also launched the 4B Youth Friend of Barisan Nasional machinery, which will be deployed to help the party in the 14th general election.

–TheStar



Source link

read more

Sri Mulyani diiktiraf Menteri Terbaik di Dunia



MENTERI Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati dinobat sebagai Menteri Terbaik di Dunia.

Menurut laporan Asian Correspondent, penganugerahan itu susulan peranannya yang bertanggungjawab dalam membantu menerajui bajet ekonomi terbesar di Asia Tenggara.

Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE), Shaikh Mohammad Rashid Al Maktoum menyampaikan anugerah tersebut pada Sidang Kemuncak Kerajaan Sedunia keenam di Dubai, pada Ahad.

“Di bawah mandat beliau, Indonesia mencapai hasil ketara dalam mengurangkan kemiskinan, meningkatkan taraf hidup, mengurangkan hutang awam dan meningkatkan ketelusan transaksi awam,” menurut jawatankuasa penganugerahan.

Selain itu, Sri Mulyani turut diiktiraf atas usaha beliau memerangi rasuah dan meningkatkan ketelusan dalam kerajaan.

Sri Mulyani memegang jawatan Menteri Kewangan Indonesia sejak 2016 di bawah pemerintahan Presiden Joko Widodo atau Jokowi dan merupakan bekas Pengarah Urusan Bank Dunia.

Beliau pernah berkhidmat sebagai menteri kewangan dari tahun 2005 hingga 2010 dan mendapat penghargaan atas tanggungjawab mengemudi Indonesia dengan baik walaupun berdepan krisis kewangan global.

Dalam satu video dimuat naik di laman sosial Facebook, Sri Mulyani turut mendedikasikan anugerah itu kepada kepimpinan Jokowi, rakyat Indonesia dan 78,000 kakitangan kementeriannya.

“Saya berharap anugerah ini dapat memberi motivasi kepada kerajaan untuk melaksanakan pembaharuan dalam menyediakan generasi muda dengan perkembangan dunia dan kemajuan teknologi yang pantas,” ujarnya.



Source link

read more

Airbus Berjaya Melakukan Ujian Dron Penghantar Bungkusan Di Singapura – Amanz


Di masa hadapan penghantaran dron jarak dekat akan dilakukan menggunakan dron. Setiap rumah akan mempunyai tempat pendaratan dron dan masalah bungkusan perlu di ambil dari pejabat kerana anda tiada di rumah akan berakhir. Singapura adalah antara negara yang mempunyai perancangan masa hadapan penggunaan dron secara massal. Minggu lalu ujian dron Airbus Skyways berjaya dilakukan di negara Singa Selatan.

Skyways ialah dron penghantar bungkusan yang mampu membawa kargo dengan berat sehingga 4 kilogram. Ia bukan sahaja mampu swaterbang, malahan proses memasukkan bungkusan ke dalam ruang kargo dijalankan tanpa campur tangan manusia. Penerbangan ujian dilakukan di dalam perkarangan National University of Singapore (NUS).

Sistem Skyways akan diuji oleh kakitangan dan pelajar NUS di dalam kawasan kampus untuk penghantaran barangan sepanjang tahun ini bagi melihat kebolehgunaannya di dunia sebenar. Selain NUS, ujian penggunaan dron untuk penghantaran di Singapura juga pernah dilakukan oleh Singpost dan Food Panda.



Source link

read more

Pelancong Britain sesat dalam Hutan Teluk Nipah


pangko121.transformedMO, 12/2/2018, PANGKOR: Seorang pelancong Britain diselamatkan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pulau Pangkor selepas sesat ketika mendaki bukit di Hutan Teluk Nipah, malam tadi.

Difahamkan, lelaki berusia 35 itu sudah tiga hari melancong di pulau peranginan berkenaan dan masuk ke dalam hutan seorang diri pada jam 10 pagi semalam.

Selepas beriadah lelaki itu dikatakan mahu turun tujuh jam kemudian, namun gagal menemui jalan keluar.

Pelancong itu kemudian menghubungi pemilik sebuah chalet yang dicari di internet untuk memaklumkan kejadian itu selepas hari semakin gelap bagi mendapatkan bantuan.

Ketua Operasi BBP Pulau Pangkor, Mohd Rosdi Che Dan, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 7.22 malam sebelum sepasukan anggota ke lokasi berkenaan.

Katanya, berdasarkan maklumat, mangsa mendakwa keliru ketika mahu mencari jalan keluar dan selepas gagal menemui jalan pelancong terbabit mengambil keputusan menunggu di situ sementara bantuan tiba.

“Bertindak dari itu bomba memulakan pendakian pada jam 8 malam dan kira-kira dua jam selepas itu berjaya menemui mangsa di puncak bukit.

“Mangsa ditemui dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan, namun agak letih,” katanya ketika dihubungi hari ini. Beliau berkata, bomba kemudian memberikan lelaki itu air dan roti sebelum membawanya turun ke bawah dan operasi tamat pada 11.05 malam.



Source link

read more

(Konsep) Razer Phone 2.0 – Telefon Pintar Yang Boleh Berubah Menjadi Konsol Mudah Alih – Amanz


Apa yang kita dapat lihat tahun lalu ialah Nintendo Switch mendapat sambutan luar biasa kerana membolehkan konsol dimainkan walaupun berada di luar rumah. Ini bukan konsep baru dan pertama kali dicuba oleh Sony Ericsson Xperia Play yang gagal. Razer Phone ialah percubaan sulung Razer untuk menghasilkan telefon pintar untuk golongan gamer. Tetapi ia masih mempunyai beberapa kekurangan.

Razer Phone 2.0 ialah peranti konsep yang dihasilkan oleh Petar Trlajic seorang pereka industri dari Serbia. Ia membawakan beberapa penambahbaikan berbanding peranti asal seperti skrin 6.6 inci ultra lebar 21:9 dengan resolusi 2560×1080 pixel, memori sebesar 8GB RAM dan storan 256GB. Pada bahagian hadapan terdapat kamera yang terletak pada sisi peranti. Ini adalah bagi memudahkan penstriman ke platform media sosial.

Peranti konsep ini turut mempunyai butang khas untuk mod konsol yang membekalkan lebih banyak kuasa. Sebuah tongkat terbina seperti Microsoft Surface membolehkan peranti berdiri apabila diletakkan di atas permukaan meja. Selain daripada itu terdapat pengawal permainan khas bagi mereka yang menggemari kawalan fizikal. Pengawal ini dilengkapi bateri tambahan untuk memanjangkan sesi permainan.



Source link

read more

Amah didera meninggal dunia | Merdeka Online


derapembantumaut1.jpg.transformed_0MO, 12/2/2018, BUKIT MERTAJAM: Pembantu rumah warga Indonesia yang didera majikannya sebelum diselamatkan polis kelmarin, meninggal dunia petang semalam.

Mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam.

Ketika ditemui, mangsa mengalami kecederaan di kepala dan muka serta cedera di kedua-dua kaki.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata pihaknya sudah menahan dua beradik yang juga suspek berusia 36 dan 39 tahun untuk siasatan.

“Polis masih menunggu laporan bedah siasat mangsa bagi tindakan selanjutnya,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.



Source link

read more

Carmen Soo selamat lahirkan baby girl comel



MODEL dan pelakon, Carmen Soo selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada Jumaat lalu.

Berita gembira itu diumumkan menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya semalam.

Menerusi perkongsian itu Carmen memuat naik fotonya bersama suami dan bayi yang baru sahaja dilahirkan ketika berada di dewan bersalin.

Carmen memberitahu menerusi kapsyennya dia dan suami amat bersyukur dan bangga dengan kehadiran bayi sulung mereka yang digelar ‘Baby Bea’.

Pasangan itu amat teruja untuk memulakan hidup baharu bersama bayi mereka.
 



Source link

read more

International Space Station Mungkin Akan Diswastakan Menjelang 2024 – Amanz


International Space Station (ISS) merupakan sebuah satelit kerjasama diantara agensi angkasa Amerika (NASA) dan juga Russia (Rosaviakosmos) sebagai sebuah pusat dimana uji-kaji di angkasa boleh dilakukan, disamping sebagai tempat perhentian, penyelenggaraan dan sebagainya untuk kapal-kapal angkasa yang lain dan sebagainya.

Kerajaan Amerika Syarikat sebelum ini sudahpun mengumumkan bahawa mereka akan memberhentikan sokongan kewangan untuk ISS, tetapi tidak tidak memberitahu apakah pelan untuk memastikan bahawa satelit tersebut boleh terus berfungsi setelah sokongan tersebut diberhentikan.

The Washington Post baru-baru ini mendapat dokumen daripada NASA yang menunjukkan bahawa kerajaan Amerika Syarikat mempunyai pelan untuk menswastakan ISS ini bermula pada tahun 2019.

Menurut dokumen tersebut, kerajaan akan meminta untuk peruntukan sebanyak $150 juta diberikan untuk memulakan projek penswastaan ISS tersebut untuk memudahkan syarikat-syarikat tersebut menggunakan stesen angkasa tersebut.

Akan tetapi, tiada butiran lanjut mengenai bagaimanakan kerajaan tersebut ingin menswastakan stesen tersebut, kerana ISS dibina dengan kerjasama agensi-agensi angkasa negara-negara lain, yang semuanya berada dibawah naungan kerajaan negara masing-masing.

Dalam pada itu, dikatakan bahawa pelan penswastaan ini akan hadir dengan tentangan yang cukup sengit kerana Amerika Syarikat sudahpun membelanjakan $100 bilion untuk pembinaan dan penjagaan stesen angkasa tersebut, dan juga buat masa ini, tiada satu pun syarikat swasta yang mampu menggunakan stesen tersebut pada potensinya yang penuh.



Source link

read more

DPM: Discussion needed for ‘one-stop check and go’


index

MO,12/2/2018, JOHOR BARU: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi says Malaysia will need to hold more talks with Singapore on a one-stop checkpoint for travellers between the two countries. The Deputy Prime Minister said Malaysia respected Singapore’s concern over security matters with the proposed one-stop clearance for the Rapid Transit System and High-Speed Rail.

“This is a matter of security for both countries and I will meet with my counterpart soon to further discuss this matter. “They (Singapore) should form an action body as carried out by Malaysia. Maybe the question of interpretation is different and this needs clarification from both parties between Malaysia and Singapore,” he told reporters after launching upgrading work at Jalan Yong Peng-Segamat yesterday.

He also said RM100mil had been allocated to upgrade the Bangunan Sultan Iskandar Customs, Immigra­tion and Quarantine Complex. Deputy Home Minister Datuk Nur Jazlan Mohamed described the move as a good idea because technology had been vastly enhanced to provide for better electronic checks on travellers.

“However, all this needs to be discussed as security cannot be compromised,” he added. Singapore’s Ministry of Home Affairs, responding to a proposal by Malaysia for a one-stop checkpoint, reportedly stated that it was not possible to do away with immigration and customs checks for departing travellers.

It said departure checks were a vital part of Singapore’s border security strategy.

 –TheStar



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons