PAN HANYA BERTARAF PELACUR JE DALAM PAKATAN!!! ~ SEMUT HITAM


Malang nasib PAN ni apabila disetiap negeri mereka seolah – olah dipinggirkan oleh parti lain dalam Pakatan. Sudah la kerusi Parlimen pun diorang dapat sikit. Sekarang kerusi DUN pun macam tu juga.

Selepas kecewa diberikan hanya dua kerusi Parlimen, PAN Johor sekali lagi terpaksa akur apabila hanya diperuntukan 12 kerusi DUN kerana PPBM lebih banyak membolot kerusi yang sedia ada.

Pengerusi PAN negeri itu memberikan alasan kononnya pengaruh Pengerusi PPBM, Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin selaku Presiden parti itu mampu memberikan kelebihan kepada Pakatan di Johor.

“Kita semua tahu Dr Mahathir sudah dikenali dalam kalangan orang Umno dan orang Melayu. Kejayaan Dr Mahathir dalam menguruskan negara selama 22 tahun juga tidak boleh dinafikan.

“Kita lihat pencapaian pembangunan dibawakan Dr Mahathir di Johor juga baik. Ditambah Muhyiddin juga tokoh dikenali di Johor dan ini sedikit sebanyak menyedarkan orang Melayu PPBM boleh menggantikan Umno,” katanya dipetik FMT.

IRONIKnya, asal kewujudan PAN tu adalah untuk menggantikan PAS. Jadi sepatutnya mereka dapat kerusi dimana PAS bertanding. Tapi malangnya kerusi tu juga yang menjadi rebutan PPBM.

Dari satu sudut, tindakan itu secara tidak lansung menunjukkan bahawa PPBM merupakan sebuah parti yang sombong dan angkuh kerana enggan berkongsi kuasa dengan parti serpihan PAS itu.

Hakikatnya, PAN hanya dianggap sebagai sebuah parti picisan bertaraf Longkang didalam Pakatan Haprak tu. Wujudnya parti itu hanya sekadar nak menyenangkan kerja DAPigs memecah – belahkan orang Melayu. Bukannya diorang beri kesan kepada Pakatan pun!!!




Source link

read more

Mangsa digantung sekolah selepas dirogol tiga pelajar lelaki



KELUARGA seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun di Amerika Syarikat mendakwa anak mereka digantung sekolah selepas mengaku dirogol tiga pelajar lelaki, termasuk salah seorang daripadanya positif HIV.

Pelajar berkenaan membuat aduan tentang kejadian yang berlaku Oktober tahun lalu di tandas Sekolah Tinggi Miami Carol City Senior, Florida, kepada seorang guru.

Namun pengakuan yang dibuat pelajar itu menyebabkan dia digantung persekolahan, menurut laporan saluran berita tempatan, Miami 7 News.

Ibu pelajar yang identitinya dirahsiakan itu memberitahu media, tindakan itu diambil pihak sekolah berdasarkan alasan pelajar perempuan itu tidak menjerit untuk menyelamatkan diri, dan sekolah menganggap ia satu kejadian ‘atas kerelaan bersama’.

“Saya tidak faham dengan situasi ini. Anak saya terpaksa menghadiri sesi terapi dan tidak boleh tidur. Lebih teruk, pegawai penyiasat memberitahu salah seorang pelajar lelaki itu positif HIV.

“Bagaimana anda mahu menenangkan dan menjelaskan kepada seorang gadis remaja yang dia mungkin akan menghidap penyakit yang tiada penawar?” kata ibu pelajar itu sambil mendakwa, pihak jabatan pendidikan juga menyukarkan proses pertukaran anaknya ke sekolah lain.

Pelajar itu telah pun diberi ubat untuk HIV, namun sama ada dia akan dijangkiti penyakit itu hanya akan diketahui dalam tempoh setahun lagi, lapor portal berita tersebut.

Pentadbir sekolah bersama pasukan polis kini menyiasat kes berkenaan dengan teliti, dan maklumat berkenaan kes telah diberikan kepada Pejabat Peguam Negeri serta Jabatan Kanak-Kanak dan Keluarga (DCF), menurut satu kenyataan yang dikeluarkan sekolah itu kepada media.



Source link

read more

Denggi dan demam panas Zarina Zainuddin ditahan di wad



PELAKON Zarina Zainuddin telah ditahan di hospital kerana mengalami demam panas yang agak tinggi semalam.

Menerusi entri di Instagram (IG), Zarina berkongsi beberapa keping gambar ketika berada di hospital.

“Malam tadi Azal temankan ibu dalam ward, ibu bangun pegi toilet dia bawakan dan dia tunggu lepas subuh baru dia tidur balik. Terima kasih Azal,” tulisnya.

Rata-rata peminat dan pengikut Instagram Zarina turut mendoakan agar dia kembali sihat dan mendapat rehat yang cukup.

“@bilis.cious: Zarina you work too hard. Jaga diri nak pakai lama. Kalau Zarina sakit seluruh keluarga akan rasainya. Ambil masa rehat semoga segera sembuh.”

“@maryana.ahmad: Penat sangat tu, rehat dulu semoga segera diberikan kesembuhan. Amin.”

“@maryk_seri: Semoga cepat sembuh dan kembali sihat seperti biasa.”

“@rozaa65nurul: Ya Allah. Apasal ni? Moga Allah permudahkan segala urusan. Mungkin dah tiba masanya untuk Zarina Zainuddin berehat sekejap. Recharge balik energy tu. Apa pun semoga  cepat sembuh ye.”

“@alongd763892: Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kesihatan yang baik.”



Source link

read more

Google Maps Mungkin Membolehkan Anda Berkongsi Lokasi Semasa Bersama Masa Bertahan Bateri – Amanz


Google Maps merupakan salah satu aplikasi pemetaan yang digunakan ramai untuk tujuan navigasi, menemui lokasi baru, dan tidak kurang juga untuk berkongsi lokasi semasa dalam bentuk masa-nyata bersama-sama rakan-rakan atau ahli keluarga yang lain.

Terkini, melalui versi baru aplikasi Google Maps, pihak Android Police mendapati kod-kod baru yang akan membolehkan pengguna turut berkongsi info tambahan seperti masa bertahan bateri ketika berkongsi lokasi semasa.

Ini akan amat berguna ketika anda berkongsi lokasi masa-nyata bersama rakan, terutamanya ketika bateri peranti anda hampir ingin mati dan sebagainya. Ia akan membolehkan rakan anda mengetahui status semasa – dan tidak terkejut sekiranya perkongsian lokasi semasa anda hilang secara tiba-tiba.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat pembangunan – dan tidak diketahui lagi sama ada akan diperkenalkan kepada semua atau sebaliknya.



Source link

read more

EPF is one of world’s most successful retirement funds


zafrul112_1518341900

MO,12/2/2018, KUALA LUMPUR: The Employees Provident Fund’s (EPF) high dividends for its two schemes in 2017 was reflective of the fund body’s well-diversified investment strategy, says CIMB Group Holdings Bhd chief executive officer Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz. “Malaysia’s EPF has proven to be one of the most successful retirement funds globally, and the commendable dividend rate is truly reflective of a well-diversified investment strategy.

“CIMB strongly supports EPF’s cause to make retirement a mainstream topic so that more youths can plan for it, whether through EPF or the PRS (private retirement scheme), as soon as they start working,” he said. On Saturday, EPF declared a dividend of 6.90 per cent for its conventional savings for 2017, with payout amounting to RM44.15 billion. The payout for conventional savings is the highest since 1997.

The fund also declared a 6.40 per cent dividend for its Syariah savings 2017, with payout amounting to RM3.98 billion. In total, the payout for 2017 amounts to RM48.13 billion, an increase of 29.8 per cent from 2016. EPF syariah committee member Dr Zaharuddin Abd Rahman said the slight difference of 0.5 per cent in syariah dividend by the EPF was mainly due to funds invested in by the conventional savings had yielded higher returns last year.

“Syariah savings could only be invested in only one Islamic bank, hence no such returns were garnered from the yield from the conventional investments. “Syariah-compliant stocks also experienced a downtrend in the telecommunication, oil and gas sectors in the last 18 months compared to the costs recorded when it was first purchased resulting into higher impairments.

“The 6.4 per cent dividend can be enjoyed by the contributors as it is due to its syariah compliance nature of the funds,” he added.

–NSTP



Source link

read more

REJIM AZMIN BODOH, MUDAH KENA KENCING!!! ~ SEMUT HITAM


Bodoh sangat ke Si Azmin Ali ni menjadi Menteri Besar sehingga Rejim Pakatan pimpinannya mudah kena tipu dengan pihak pemaju projek perumahan Selangorku tu sebelum ini?

ATAU, adakah Si Menteri Besar Selangor ni ingat rakyat dibawah Rejim pemerintahannya terlalu bodoh sehingga mudah kena kencing dengan dia apabila diberikan alasan sedemikian?

Mungkin Azmin ingat bila dia bagi alasan kononnya pihak pemaju yang gagal menjalankan kerja dan menyiapkan projek perumahan Selangorku tu, dia akan terlepas dari dipersalahkan.

Tapi Si Azmin Ali tu tak sedar bahawa tindakan dia membuat kenyataan sedemikian hanya mengundang rasa marah dikalangan rakyat yang menganggap Rejim Pakatan Haprak tu telah menipu mereka.

Bagi mereka, Rejim dibawah kepimpinan Si Azmin Ali tu hanya sekadar pandai bercakap besar, mendabik dada kononnya mereka membawa kecemerlangan menerajui pentadbiran Negeri.

Sedangkan realitinya, takde apa pembaharuan pun yang dibawa oleh Si Azmin Ali tu. Sebaliknya, dia hanya mengekalkan apa yang telah dilakukan oleh Menteri Besar selebum dia sahaja.

Namun dek kerana nak menyembunyikan kemaluan diri dia sendiri, maka terpaksa la Si Azmin Ali tu menunding jari dan menyalahkan pihak pemaju projek perumahan Selangorku tu.

Azmin hanya menjadikan pihak pemaju tu sebagai Kambing Hitam bagi menutup kelemahan dan kegagalan dia sebagai seorang Menteri Besar yang memerintah Rejim Pakatan Selangor tu.

Pokok pangkalnya, kegagalan Rejim Pakatan dibawah pemerintahan Si Azmin Ali tu membuktikan bahawa puak Pakatan Haprak tu memang tidak boleh dipercayai. Baru dapat memerintah Negeri pun diorang boleh kena kencing dengan pemaju!!!




Source link

read more

Taj Mahal makin menguning kerajaan India cemas



SALAH satu dari tujuh keajaiban dunia, Taj Mahal, kini bertukar warna menjadi dari putih ke kuning keperangan, menyebabkan banyak pihak menyeru agar tindakan segera diambil pihak yang bertanggungjawab.

Portal Daily Mail melaporkan, monumen berusia lebih 400 tahun itu kini terjejas teruk akibat pencemaran yang mengakibatkan warna putih marmarnya berubah.

Para hakim di India menggesa agar bangunan ikonik itu dilindungi dari debu yang terhasil daripada pencemaran industri di kawasan berdekatan.

Mahkamah Agung India telah meminta pelan terperinci untuk melindungi tapak bersejarah itu, dan memberi amaran pendekatan ad hoc kerajaan negeri hanya akan memburukkan keadaan.

Hakim memberitahu kerajaan negeri Uttar Pradesh untuk menyerahkan dokumen yang menggariskan perancangan untuk melindungi Taj Mahal, dan ia perlu dikeluarkan dalam tempoh sebulan.

Hakim juga mempersoalkan kewujudan kilang pembuatan bahan kulit dan pembangunan hotel di lokasi berdekatan dengan bangunan itu.

Taj Mahal dibina oleh Maharaja Mughal, Shah Jahan, sebagai makam buat isterinya, Mumtaz Mahal, yang meninggal dunia pada tahun 1631.



Source link

read more

Mama tak terkilan kamu pergi depan mata – Jue Aziz meratap di Instagram



“Terima kasih Allah bagi pinjamkan sekejap anugerah ini,” berikut antara luahan hati Jue Aziz di Instagram.

Apa yang berlaku sebenarnya Jue sedang meratapi pemergian tiga ekor kucing kesayangannya semalam.

Bagi pencinta haiwan seperti Jue, hilangan itu memberikan tamparan hebat. Jadi pelakon itu merakamkan detik-detik menyedihkan itu untuk berkongsi bersama peminatnya.

Kata Jue, dia tidak terkilan dengan kehilangan haiwan kesayangannya itu memandangkan dia sempat meluangkan detik akhir itu bersama-sama.

“Ya Allah, macam tahu-tahu saja Mama esok tak ada sebab outstation. Boleh pula dia pergi dulu tiga ekor sekali jalan.

“Sekurang-kurangnya Mama tak terkilan kamu semua pergi depan mata Mama,” tambah Jue.

Video tangisan Jue ditonton lebih 109,000 kali dan mendapat lebih 300 komen netizen yang bersimpati dengan nasib pelakon itu.
 



Source link

read more

Peter Davis pening bila anak jadikan kereta kanvas seni



Hujung minggu adalah untuk diluangkan bersama keluarga dan anak-anak namun apa yang terjadi kepada petinju Peter Davis ini sangat lucu.

Peter kelihatan pening dengan kerenah anaknya-anaknya apabila ditinggalkan selama hanya 10 minit, dan hampir separuh daripada kereta mewah jenis Audi miliknya dijadikan kanvas lukisan anak-anaknya.



Source link

read more

Rekaan Skematik Untuk Zenfone 5 Seumpama iPhone X Tertiris Ke Arena Web – Amanz


Asus sedia menjadualkan acara pengenalan siri Zenfone 5 pada penghujung bulan Februari ini bersempena dengan MWC 2018. Sebelum ini, kita telah melihat rekaan skematik untuk salah satu peranti dibawah siri Zenfone 5, selain rekaan tertiris untuk Zenfone 5 Lite.

Kini, sebuah lagi rekaan skematik tertiris ke arena web melalui laman WinFuture, memperlihatkan rekaan peranti Zenfone 5 yang menggunakan skrin dengan takuk seperti iPhone X. Gambar tertiris ini selari dengan pelbagai desas-desus mengenai peranti Zenfone 5 sebelum ini.

Asus Zenfone 5 Takuk

Dengan menggunakan rekaan skrin dengan takuk ini, ia membolehkan paparan lebih menyeluruh berbanding sebelumnya. Selain daripada itu, Asus turut dilihat mengekalkan dwi-kamera dibelakang, dan pengimbas cap jari dibelakang.

Buat masa ini, spesifikasi penuh untuknya masih tidak diketahui lagi. Dengan ketirisan baru ini, ia sekaligus memperlihatkan kita akan dapat melihat sekurang-kurangnya tiga variasi Zenfone 5 diperkenalkan.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons