Tahun Baharu Cina: PLUS henti lorong tambah nilai


PLUS-Highway-Chinese-New-Year-30-Toll-Rebate-Promotion-2016MO, 12/2/2018, SUBANG JAYA  – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menghentikan sementara operasi lorong tambah nilai bagi melancarkan aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

Pengarah Urusannya, Datuk Azman Ismail berkata, langkah untuk mengurangkan kesesakan yang sering berlaku pada hari puncak itu akan berkuatkuasa bermula 14 Februari hingga 25 Februari ini.

Justeru beliau meminta pengguna jalan raya supaya membuat persediaan lebih awal dengan menambah nilai kad Touch ‘n Go di pusat khidmat pelanggan PLUS sebelum memulakan perjalanan.

“Orang ramai boleh menambah nilai kad tol di 32 kiosk layan diri yang disediakan di plaza tol dan kawasan rehat dan rawat (R&R) terpilih di sepanjang le­buh raya yang dibuka setiap hari bermula pukul 7 pagi hingga 10 malam.

“Selain itu, pusat tambah nilai turut disediakan di 9,200 lokasi di seluruh negara termasuk stesen minyak, pasar raya dan kedai serbaneka 24 jam,” katanya.

Sementara itu, Azman berkata, sebanyak 1.6 juta kenderaan dijangka menggunakan lebuh raya tersebut pada setiap hari puncak sempena cuti perayaan itu.

“PLUS mengatur pelbagai strategi bagi membantu pengguna lebuh raya menikmati perjalanan lebih lancar dan selesa.

“Strategi utama kami adalah membuat agihan trafik dan menggalakkan orang ramai memulakan perjalanan pada hari bukan puncak menerusi pemberian rebat tol 20 peratus serta melaksanakan Cadangan Waktu Perjalanan (TTA),” katanya.

Sementara itu katanya, PLUS menjangkakan peningkatan kira-kira 10.3 peratus jumlah trafik pada minggu ini berbanding hari biasa.

“Laluan antara Rawang, Selangor hingga Simpang Pulai, Perak dijangka mencatat peningkatan trafik antara 127 hingga 145 peratus ketika orang ramai pulang ke kampung,’’ katanya.

Tambah beliau, sebanyak 5,500 petugas sedia memberi bantuan dan perkhidmatan kepada pengguna lebuh raya sepanjang musim perayaan berkenaan.



Source link

read more

Pengikut Twitter cecah 33.3 juta Shah Rukh Khan rakam video khas dalam air



DATUK SHAH RUKH KHAN ada cara tersendiri untuk meraikan jumlah pengikut laman twitternya yang mencecah 33.3 juta.

Raja Bollywood itu memilih untuk merakam video penghargaan khas buat peminat yang menyokong kerjayanya selama ini.

Video ini dirakam dan dimuat naik ke dalam laman twitter pelakon berusia 52 tahun ini pada Ahad.

Dengan berpakaian tuksedo, berkaca mata hitam dan rambut bersikap rapi, Shah Rukh mengucapkan kata –kata khas buat peminatnya sebelum menyelam di dalam kolam renang.

Shah Rukh yang berkecimpung dalam dunia seni sejak 25 tahun lalu itu tidak hanya berjaya mencetus fenomena di rantau Asia malah namanya turut jadi sebutan di benua Amerika dan Eropah.

Bapa tiga anak itu kini dalam proses menyiapkan filem Zero arahan Aanand L Rai yang menyaksikan beliau membawa watak sebagai orang kerdil.

Filem itu sekali lagi akan menggandingkan Shah Rukh bersama Katrina Kaif dan Anushka Sharma.



Source link

read more

Tiga Tips Pengurusan Storan Dalaman Pada Peranti Android – Amanz


Storan dalaman peranti pintar dengan sistem operasi Android mudah penuh jika anda kerap memuat turun fail-fail seperti muzik, video, gambar ataupun memasang aplikasi menerusi Play Store. Jika anda menggunakan aplikasi-aplikasi media seperti Spotify Premium, Netflix ataupun iFlix data-data cache juga boleh memenuhi storan dalaman peranti-peranti anda. Ini akan menjadi masalah kepada sesetengah pengguna.

Apabila storan dalaman peranti-peranti anda berkurangan, anda akan menjadi buntu dan banyak menghabiskan masa dalam menyusun atau mengorganisasikan data-data anda. Di sini, kami memberi anda beberapa tips mudah untuk menguruskan memori storan dalaman anda.

1.Gunakan Smart Storage dari Android

Dalam tetapan peranti-peranti Android terkini terdapat satu tetapan bernama “Storan”. Di dalam tetapan ini mempunyai fungsi untuk menguruskan data-data anda. Antaramuka pengurusan storan ini berbeza mengikut versi Android yang digunakan.

Android 8.0 Oreo

Dalam Android 8.0 Oreo, butiran storan dalaman dipaparkan dengan lebih terperinci. Senarai-senarai jenis fail dan data anda boleh dilihat dengan lebih jelas kerana ia tersusun mengikut kategori. Contohnya, apabila anda memilih “Foto & Video”, ia bukan sahaja paparkan foto dan video milik anda tetapi juga aplikasi-aplikasi berkaitan.

Tidak semua aplikasi akan berada dalam kategori yang telah ditetapkan. Terdapat pilihan lain seperti “Apl Lain” iaitu aplikasi-aplikasi lain. Sama juga dengan fail-fail yang sistem Android tidak dapat kenal pasti ia akan berada di bahagian “Fail”.

Antara cara mudah untuk anda mengurangkan penggunaan storan dalaman anda adalah dengan memilih “Kosongkan Ruang”.

Dalam tetapan ini, anda boleh memilih fail-fail dan data-data untuk dibuang atau terus pilih bahagian bawah sekali “Kosongkan xxGB”. Jika anda rasa itu tidak mencukupi, anda juga boleh pilih aplikasi-aplikasi yang anda jarang atau yang sudah lama anda tidak gunakan.

Contoh yang kami tunjukkan ini adalah pada aplikasi Netflix yang berada dalam kategori “Apl Filem & TV” iaitu aplikasi-aplikasi yang berkaitan dengan video-video seperti filem atau drama daripada langganan premium. Jika anda sudah tidak mahu mendengar lagu-lagu atau menonton filem-filem dan drama dalam ini anda pilih aplikasi yang berkaitan dan terus tekan “Padam Bersih Data” dan juga “Kosongkan Cache”. Harus diingatkan jika anda mengambil pilihan ini ini, aplikasi yang telah anda log masuk akan di log keluar. Begitu juga dengan aplikasi lain, anda boleh melihatnya secara manual satu-persatu dan pilih yang anda rasa anda perlu dibuang.

Android 7.0 Nougat ke bawah

Hampir sama dengan Android 8.0 Oreo di atas, tetapi tetapan dalam Android 7.0 versi Nougat tidak terperinci seperti yang ditemui pada Oreo.

Anda pilih sahaja mana-mana aplikasi yang anda rasa memakan banyak ruang dalam storan dalaman anda. Tekan dan lihat maklumat memori yang telah digunakan. Tekan “Padam Bersih Data” dan juga “Kosongkan Cache”.

Dari sini anda akan boleh lihat dengan jelas storan dalaman anda akan makin bertambah dan anda telah berjaya mendapatkan lebih ruang storan untuk anda gunakan. Semasa anda memasang aplikasi-aplikasi baru, anda boleh lihat di dalam maklumat aplikasi di Play Store berapa banyak storan asas yang akan diperlukan. Begitu juga ketika membuat turun fail-fail dari pelayar web, lihat dahulu baki storan anda dan saiz fail yang bakal dimuat turun.

2.Urus Storan Anda Menggunakan Files Go

Tetapan dalam Android tadi tidak menunjukkan maklumat lengkap seperti maklumat storan yang digunakan oleh folder-folder yang anda cipta. Aplikasi percuma dari Google Files Go ini boleh membantu anda. Antaramuka maklumat storan dalam aplikasi ini ditunjukkan dalam bentuk “Cards”. Jika anda rasa ”Cards” yang dipaparkan tidak relevan, anda boleh menatal ketepi untuk melupakan isi kandungan kategori itu.

Pilih “Cards” yang anda ingin uruskan, contoh yang kami tunjukkan ini adalah dalam “Cards” “Fail Besar”. Anda boleh terus pilih “Kosongkan xxGB” atau tekan tajuk “Cards” dan pilih satu per satu fail-fail dan data-data yang dikatakan besar oleh Files Go untuk dibuang.

Aplikasi Files Go ini juga mempunyai satu bahagian yang dinamakan “Fail”. Bahagian ini hampir sama dengan tetapan dalam Android versi 7.0 Nougat dan ke atas. Tetapi dalam aplikasi ini antaramukanya lebih kemas dan lebih mudah untuk difahami.

Pilih salah satu kategori, contoh yang kami tunjukkan ini ialah kategori Dokumen”. Di dalam “Dokumen” ini terdapat tab yang menunjukkan fail-fail dan data-data yang dikategorikan sebagai dokumen yang terdapat dalam setiap aplikasi-aplikasi dalam peranti Android anda.

Dari sini anda juga boleh pilih satu persatu fail-fail dan data-data untuk diuruskan seperti membuang, menamakan semula, atau menghantarkannya ke lokasi yang lain. Anda juga boleh menyusun fail-fail ini mengikut saiz bagi memudahkan kerja-kerja urusan storan anda.

3.Menggunakan Storan Awan

Kadangkala storan dalaman peranti Android anda penuh dan anda tidak mahu membuang fail-fail penting kepada anda ataupun mempunyai nilai sentimental yang tinggi. Di dalam situasi ini  membuat sandaran kepada storan awan adalah cara yang terbaik.

Storan awan tidak mengambil ruang dalaman peranti anda tetapi sebaliknya menggunakan internet dan server yang disediakan oleh perkhidmatan storan awan pilihan anda. Dua contoh yang kami tunjukkan di sini adalah menggunakan Google Photos dan juga Google Drive.

Google Photos

Jika anda menggunakan siri Google Pixel atau Pixel 2 storan awan untuk foto dan video yang bersaiz asli (saiz besar) adalah tanpa had. Ia percuma seumur hidup bagi Pixel dan untuk tiga tahun untuk Pixel 2. Setiap pengguna Android diberikan kuota storan Google Photos percuma sebesar 15GB. Anda boleh memilih membuat sandaran dengan menggunakan data internet, WiFIatau kedua-keduanya sekali.

Akan ada satu logo awan dengan tanda ✅ menunjukkan anda sudah berjaya membuat salinan foto dan video anda ke storan awan.

Selepas itu anda boleh menatal ke kanan atau tekan menu yang mempunyai logo 3 baris untuk memilih “Kosongkan Ruang”. Apabila anda memilih ini, Google akan mengesan semua foto dan video anda di dalam peranti anda dan membuangnya. Jangan risau, Google mempunyai sistem yang sangat pintar ia hanya akan memadam foto dan video yang sudah berjaya disalin ke storan awan.

Google Drive

Berbeza dengan Google Photos, dalam Google Drive ia tidak mempunyai fungsi untuk mengesan fail-fail dan data-data yang telah anda salinkan. Tetapi anda perlu memadamkan seperti yang kami terangkan di atas.

Cara menggunakan Google Drive juga mudah. Tekan butang “Tambah” yang terletak pada bucu bawah sebelah kanan. Pilih “Muat naik” dan pilih fail yang ingin disalin ke storan awan. Bagi pengguna Pixel dan Pixel 2 storan tanpa had hanya sah pada Google Photos. Jika membuat sandaran pada Google Drive ia akan menggunakan storan 15GB percuma yang diberi oleh Google. Maklumat mengenai storan awan anda boleh juga dilihat di “Tingkatkan Storan” dan pilih “Urus Storan”.

Jika tidak mencukupi, anda boleh membuat langganan storan awan tambahan dengan harga serendah 100GB pada harga RM8.49 sebulan dan 30TB pada harga RM1289.99 sebulan. Jika anda membuat membuat langganan  terus selama tahunan anda boleh menerima potongan harga sebanyak beberapa peratus. Seperti contoh langganan 100GB selama setahun adalah RM84.99, penjimatan sebanyak RM16.89 di situ.

Ini adalah tips untuk menjimatkan ruang pada peranti Android anda. Terdapat banyak lagi alternatif lain seperti menggunakan perkhidmaytan storan awan lain seperti Dropbox atau OneDrive. Anda juga boleh membeli pemacu USB OTG untuk memindah data dari peranti anda ke komputer.



Source link

read more

British tourist found 12 hours after going missing in Pangkor forest


13nbszad_1518400427

MO,12/2/2018, PANGKOR: A British tourist who went missing during a hike in the Teluk Nipah forest here yesterday was found safe and sound by a Fire and Rescue Department team, 12 hours after his disappearance. The 35-year-old man had spent three days on the island when he decided to embark on a lone hike through the forest at about 10am yesterday.

He had planned to return to his chalet after spending seven hours on the hike, but lost his way. At nightfall, he contacted the chalet operator using his mobile phone for help, before calling the authorities. Pangkor Island Fire and Rescue Department operation chief Mohd Rosdi Che Dan said the department received a distress call at 7.22am.

“The man said he was disorientated and could not find a way out (of the forest) after several attempts. He decided to stay and wait for the rescue team to arrive. “We started our operation at 8pm and found the man two hours later.

“He appeared weak (so) our firefighters provided him with drinks before bringing him to safety,” he said, adding that the operation ended at 11.05pm.

–NSTP



Source link

read more

KLCI up early Monday on Public Bank, Tenaga advance


Marketreport 1.png
MO,12/2/2018, KUALA LUMPUR: Blue chips climbed early Monday, underpinned by gains in Public Bank, Tenaga and Genting Bhd , in line with the firmer key Asian markets while US futures were up at the start of trade in the US. At 9.10am, the KLCI was up 6.61 points or 0.36% to 1,826.43. Turnover was 125.16 million shares valued at RM42.46mil. There were 263 gainers, 59 losers and 153 counters unchanged.

CIMB Equities Research said the KLCI is likely undergoing a short term correction following the break of its uptrend channel support last week.   “The dramatic selloff in US equity markets last week has resulted in three gap-down movements in the local benchmark index over the last 5 trading days.  “These gaps would now act as resistance in the near term if any rebound takes place next. Going forward, the local market is set to track Wall Street’s performance, at least in the near term,” it said. 

CIMB Research said the local market may be slightly more subdued ahead of the holiday-shortened week as the bourse will be closed for the Chinese New Year Festival on Friday. Public Bank rose 14 sen to RM21.94, Tenaga added 12 sen to RM15.84, Genting 11sen to  RM8.89 and Bursa 10 sen to RM10.92. Ajinomoto and Hengyuan added 18 sen each to RM19.80 and RM13.18, Favco 10 sen to RM2.69.

Mega First fell nine sen to RM3.45. Public Investment Bank Research (PIVB) is maintaining its Outperform call with an unchanged target price of RM4.48 for Mega First Corporation Bhd. However, the research house also cautioned that Mega First’s 60%-owned Shaoxing power plant in China has terminated operations as the concession ended on Oct 22, 2017. 

“As a result, we gather Mega First is expected to incur a huge writeoff in the upcoming 4Q results, estimated to be around RM60mil,” it said.
Time dotCom lost eight sen to RM8.30, Petronas Chemicals six sen to RM7.94, Poweroot and Inari lost three sen each to RM1.64 and RM3.31.

–TheStar



Source link

read more

Tiga kanak-kanak antara yang maut di letupan karnival


ORURO: Tiga kanak-kanak antara lapan yang terbunuh dalam letupan gas semasa perarakan Karnival Bolivia di Oruro, 250km di selatan La Paz.

Insiden itu turut mencederakan 40 yang lain.

Polis sebelum itu memaklumkan, enam mangsa maut sementara 28 yang lain cedera dalam letupan berkenaan.

Letupan itu berlaku di jalan raya, tidak jauh dari laluan utama yang menyaksikan perarakan sejauh 4km.

Letupan berlaku berhampiran jalan utama yang menyaksikan perarakan sejauh 4km. - AP
Komander Polis, Romel Rana percaya letupan berpunca dari tumpahan minyak panas dan membakar hos yang bersambung dengan gas berkenaan.

Ahli keluarga mangsa terlibat bersedih atas insiden yang berlaku yang turut mengorbankan nyawa insan tersayang. - AP
Dalam pada itu, Presiden Evo Morales dalam reaksi segeranya mengucapkan takziah kepada semua mangsa yang terlibat.

“Kami kesal dengan insiden (letupan) ini hingga menyebabkan kematin,” ujarnya menerusi Twitter.

Malah katanya, bantuan  akan diberikan kepada semua mangsa yang terjejas.

Oruro adalah bandar raya yang beraltitud tinggi 265,000 terletak kira-kira tiga jam perjalanan di tenggara ibu negara La Paz.

Perayaan Karnival yang terkenal di bandar itu, merupakan perayaan yang diraikan di seluruh Amerika Latin pada hujung minggu ini dan awal minggu depan, dan dijangka menarik lebih daripada 400,000 pelawat dari Bolivia dan luar negara, kata pegawai pelancongan.

Perayaan 10 hari itu melibatkan seramai 6,000 pemuzik dan ribuan penari bertopeng dan pakaian folkloric.

Ia juga diisytiharkan sebagai tapak warisan kebudayaan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Perayaan karnival itu yang diraikan di seluruh Amerika Latin, dijangka menarik lebih daripada 400,000 pelawat dari Bolivia dan luar negara. - AP



Source link

read more

Hell of a way to go – association lights up forgotten, historic lane


HELLTO GO

MO,12/2/2018, MELAKA: The forgotten “The Gateway of Hell” lane here is getting a new facelift this festive season. Melaka’s Gao Feng Lion and Dragon Dance Association is lighting up the tranquil lane along the banks of Melaka River. It wants to give it a vibrant look. Association chairman Datuk Gilbert K.P. Goh said the lane, currently renamed as Lorong Jawa, was situated a short distance from the iconic Jonker Walk.

Goh said during the colonial period, British administrators named it as Bridge Lane before the locals called it Guai Moon Gai in Cantonese. “This lane used to be the entrance to one of the most populated and morally corrupt lanes in Melaka during the 20th century,” he said after the launching of the lighting-up ceremony Saturday night.

The event was attended by Melaka’s special economic envoy to China Datuk Wira Gan Tian Loo. Goh said the intention was to make the lane significant during The Year of The Dog.“It was in the heart of the historical city and has gone unnoticed by tourists.”  He said the lane has historic values. In 1887, a theatre was built to showcase Chinese opera performances.

“In the early 1900s, there was also a wet market there with crowds passing through daily until it was demolished,” he said. Goh said during the 1970s, the lane was a hive of activities where wholesalers sold traditional medicine, fish and vegetables. He also noted that during the Japanese Occupation, many businessmen were behea­ded on the bridge.

“Later it also became notorious for suicides,” Goh pointed out. “Previously, locals labelled the bridge as Ghost Bridge and avoided crossing there at night but such eerie stories were no longer heard,” he said, adding that some family businesses still continued their operations at the lane now.

–TheStar



Source link

read more

Tragedi Rusia Mayat mangsa mula dijumpai


MOSCOW: Dua mayat mangsa nahas pesawat Saratov Airlines An-148 ditemui di lokasi nahas berhampiran perkampungan Argunovo, kira-kira 40km dari Lapangan Terbang Domodedovo, Moscow.

Pesawat penerbangan yang membawa 65 penumpang dan enam anak kapal itu baru beberapa minit berlepas dari Moscow ke Orsk, bandar kedua terbesar di Orenburg, wilayah bersempadan dengan Kazakhstan sebelum ia terhempas.

Tiada mangsa dilaporkan terselamat.

BACA: Pesawat Rusia terhempas, 71 maut

Dalam pada itu, Presiden Valdimir Putin dalam reaksi segeranya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa terlibat dan mengarahkan siasatan khas mencari punca nahas.

Mengulas lanjut, Menteri Pengangkutan Rusia Maxim Sokolov memaklumkan, pihaknya akan meneruskan siasatan bagi mencari punca nahas pesawat Antonov An-148 itu.

Pasukan penyelamat mencari mayat mangsa dan mengumpulkan serpihan-serpihan bangkai pesawat An-148. - REUTERS
Bercakap pada taklimat di Lapangan Terbang Domodedovo Moscow, Sokolov berkata tugas yang paling mendesak ketika ini adalah untuk memberi bantuan kepada waris mangsa.

“Tugas utama pasukan khas adalah logistik.

“Saya juga ingin mengingatkan bahawa jawatankuasa siasatan bersama dengan Jawatankuasa Penerbangan Udara Transnasional sedang menjalankan siasatan dan belum ada sebarang kesimpulan boleh dibuat,” ujarnya.

Agensi Pengangkutan Udara Persekutuan akan tetap menjalankan pemeriksaan tambahan dan melaporkan hasil siasatan kepada kerajaan. - REUTERS
Sokolov juga berkata, pihaknya sedang mengumpulkan serpihan di lokasi nahas dan sedang mencari kotak hitam bagi menetukan punca nahas.

“Sekarang, tugas kami adalah untuk menganjurkan bantuan kepada waris yang terkorban dan pada masa sama saya ingin ucapkan takziah kepada mereka yang terlibat,” tambahnya lagi.

Pasukan penyelamat meneruskan usaha mengumpul serpihan bangkai pesawat dan mencari kotak hitam bagi mencari punca nahas pesawat terhempas. - REUTERS
Dalam taklimat sama, Ketua Agensi Pengangkutan Udara Persekutuan, Alexandr Neradko menjelaskan pesawat bekenaan tidak mempunyai masalah keselamatan.

Bagaimanapun, agensi itu akan tetap menjalankan pemeriksaan tambahan dan melaporkan hasil siasatan kepada kerajaan.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Kesihatan Sergei Kraevoi memberitahu, para doktor dan pakar psikologi akan ditempatkan bersama ahli keluarga bagi memberi sokongan dari segi emosi.

“Kami akan menghantar pasukan kecemasan dengan lebih ramai pakar yang akan ditempatkan bersama keluarga.

“Kami juga sedang mengenal pasti identiti mangsa melalui ujian DNA dengan keluarga-keluarga mangsa,” ujarnya.

Timbalan Menteri Kesihatan Rusia berikar untuk menempatkan para doktor dan pakar psikologi bersama ahli keluarga bagi memberi sokongan dari segi emosi. - AP



Source link

read more

Marah anak sambil pegang rotan peminat puji Siti Sarah didik anak



PEMINAT memuji cara didikan penyanyi Siti Sarah terhadap anak-anaknya menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram (IG)nya.

Menerusi video tersebut, Siti Sarah yang memegang rotan telah memarahi dua anaknya Uwais Alqarni dan Dzahira Talita Zahra kerana bergaduh dan memukul antara satu sama lain.

Isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu itu meminta kedua-dua anaknya berikrar supaya tidak mengulangi kesilapan tersebut lagi.

Kedua-dua anaknya kemudian bersalaman dan berpelukan bersama sambil menangis teresak-esak.

Rata-rata peminat dan netizen setuju dan memuji cara didikan Siti Sarah yang dirasakan dapat membentuk anak-anak yang baik di masa hadapan.
 



Source link

read more

mySamsung Akan Ditamatkan Pada 1 Mac – Pengguna Diminta Beralih Ke Samsung Members – Amanz


Samsung kini melalui laman mySamsung telah mengumumkan yang mana aplikasi mySamsung akan ditamatkan operasinya bermula 1 Mac 2018 kelak. Sebagai ganti untuknya, pengguna diminta untuk beralih ke aplikasi baru yang ditawarkan pada peringkat global, dinamakan sebagai Samsung Members.

mySamsung merupakan salah satu aplikasi yang menawarkan pelbagai ganjaran menarik kepada pengguna, disamping turut membolehkan anda menyimpan jaminan serta menyemak sokongan khidmat pelanggan dan sebagainya menggunakan aplikasi berkenaan.

mySamsung

Ia sebelum ini ditawarkan terhad untuk pengguna di rantau Asia Tenggara dan beberapa negara lain.

Kini, dalam usaha menawarkan satu aplikasi sama untuk semua pengguna seluruh dunia, Samsung menghimpunkan segalanya dibawah aplikasi Samsung Members.

Menggunakan Samsung Members, pengguna boleh menyemak pelbagai bentuk ganjaran terkini, mendapatkan jawapan untuk pelbagai perkara, mendaftar produk Samsung, dan memastikan peranti Samsung anda kekal beroperasi dibawah prestasi yang baik.

Bagi anda yang menggunakan aplikasi mySamsung, anda boleh beralih ke aplikasi Samsung Members, dan kekal menikmati pelbagai ganjaran dan penawaran menarik melaluinya.

Muat-Turun Samsung Members untuk Android



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons