17 orang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup cetus keganasan Mesir 2014 – Nasional


KAHERAH 11 Feb. – Sebuah mahkamah di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara seumur hidup ke atas 17 orang berhubung kekacauan yang menyaksikan kematian tiga orang awam termasuk seorang wartawan dan seorang remaja semasa demonstrasi antikerajaan pada 2014.

Mahkamah sama turut menjatuhi hukuman penjara antara tujuh tahun dan 15 tahun ke atas 16 orang individu ketika 15 individu lain dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.

Dalam kejadian pada 28 Mac 2014, Mayada Ashraf yang bekerja untuk stesen televisyen swasta, Al-Dustour ditembak di kepala semasa membuat liputan demonstrasi antikerajaan di kawasan perumahan Ein Shams.

Seorang wanita Kristian Koptik dan remaja berusia 13 tahun turut terbunuh dalam kekacauan itu. – AFP



Source link

read more

Negeri Sembilan rebah di Melaka – Bola Sepak


MELAKA 11 Feb. – Melaka United bangkit daripada kekalahan 1-4 kepada Selangor dengan mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas Negeri Sembilan dalam aksi ketiga Liga Super di Stadium Hang Jebat, malam ini.

Dua jaringan penyerang import dari Belarus, Yahor Zubovich pada minit ke-31 dan 39, selain gol menerusi R. Gopinathan (minit ke-70) memastikan Sang Kancil mengutip tiga mata penuh di depan penyokong sendiri.

Kemenangan kedua daripada tiga perlawanan pertama musim ini membolehkan Melaka United mendaki ke kedudukan keempat liga, manakala Negeri Sembilan jatuh ke tangga kesembilan selepas kalah buat kali kedua. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pesawat Rusia terhempas 71 maut


MOSCOW: Sebuah pesawat kendalian syarikat penerbangan Russia, Saratov Airlines, terhempas dekat sini pada Ahad, mengorbankan semua 71 penumpang dan anak kapal.

Menurut laporan agensi berita TASS, terdapat 65 penumpang dan enam kru dalam kapal terbang itu, yang hilang dari radar kurang 10 minit selepas berlepas dari Lapangan Terbang Domodedovo di Moscow.

Penerbangan itu – pesawat Antonov AN-148 – dijadualkan menuju bandar Orsk di rantau Orenburg di Rusia, bersempadan dengan Kazakhstan.

Stesen televisyen Rusia, Rossiya-24, menyiarkan rakaman yang menunjukkan serpihan pesawat itu di sebuah padang yang diliputi salji.

“Serpihan telah ditemui, tidak ada yang terselamat,” kata TASS, memetik sumber.

Pesawat Antonov AN-148 yang terhempas itu sedang dalam perjalanan menuju bandar Orsk. - Astro AWANI

Punca sebenar kemalangan itu masih belum dikenalpasti.

Kementerian Pengangkutan Rusia mempertimbangkan pelbagai kemungkinan, termasuk keadaan cuaca dan kesilapan juruterbang, menurut Interfax.



Source link

read more

Apple HomePod Di Tangga Terakhir Dalam Ujian Speaker Pintar Jauh Di Belakang Google Home – Amanz


Penjualan speaker pintar diramalkan tahun ini dengan kemasukan Apple ke dalam pasaran. Seperti speaker pintar lain di pasaran, HomePod menggunakan pembantu maya untuk membolehkannya berinteraksi dengan pengguna. Dengan wujudnya pelbagai pilihan di pasaran, muncul persoalan speaker manakah yang paling pintar?

Loup Ventures telah melakukan ujian ke atas speaker pintar Google Home, Apple HomePod, Amazon Echo dan Harman Kardon Invoke. Masing-masing diperkasakan oleh pembantu maya Google Assistant, Siri, Alexa dan Cortana.

Sebanyak 782 soalan diberikan kepada setiap speaker yang jatuh ke dalam empat kategori iaitu mengenai kawasan setempat, perniagaan, navigasi, maklumat dan arahan. Google Home berada di tangga teratas kerana berjaya menjawab 81% soalan yang diberikan. Ini diikuti oleh Echo (64%) , Invoke (57%) dan akhir sekali HomePod (52.3%).

Peratusan rendah yang dicatatkan oleh HomePod adakah kerana ia buat masa ini tidak direka untuk menjawab pertanyaan mengenai email, kalendar, navigasi dan melakukan panggilan telefon. Sekiranya soalan berkenaan empat perkara ini tidak diambil kira, peratusan jawapan betul yang diberikan HomePod meningkat ke 67%.

Beberapa ulasan awal yang kami baca menyentuh perkara yang sama. Buat masa ini kekuatan HomePod terletak pada kualiti audio yang jauh lebih tinggi berbanding pesaingnya di pasaran.



Source link

read more

Dubai buka hotel tertinggi di dunia – Nasional


DUBAI 11 Feb. – Kota metropolis Dubai mengumumkan pembukaan hotel paling tinggi di dunia di sini, hari ini mengatasi mercu tanda bangunan pencakar langit lain di bandar itu untuk gelaran tersebut.

Hotel Gevora setinggi 75 tingkat itu berukuran 356 meter mengatasi pesaingnya, JW Marriot Marquis Dubai hanya satu meter lebih rendah.

Premis itu dijangka menerima tetamu pertamanya esok. – AFP



Source link

read more

Serang gereja dengan pedang penuntut ditembak


JAKARTA : Seorang lelaki bersenjatakan pedang menyerang sebuah gereja yang sedang mengadakan upacara keagamaan di Yogjakarta pagi tadi, mengakibatkan empat cedera.

Penyerang yang dipercayai pelajar sebuah universiti tempatan kemudiannya ditembak polis dan kini ditahan.

Gereja Katolik Lidwina

Pihak polis masih lagi menyiasat motif di sebalik serangan sama ada ia berkaitan dengan keganasan atau tidak.

“Kami tidak dapat mengesahkan jika serangan berkaitan dengan keganasan dan hanya boleh mengesahkan suspek sudah ditahan dan sedang dirawat di hospital,” kata jurucakap polis.

Penyerang yang masih belum dikenalpasti identiti itu ditembak di perut manakala keadaan mangsa yang cedera belum diketahui.



Source link

read more

[VIDEO] Penduduk kawasan Parlimen Wangsa Maju diraikan sempena Sambutan Tahun Baru Cina – Nasional


KUALA LUMPUR 11 Feb. – Kira-kira 3,000 penduduk di kawasan Parlimen Wangsa Maju diraikan pada Majlis Penyerahan Sumbangan sempena Sambutan Tahun Baru Cina, hari ini.



Video oleh NUR ANIS FARHANAH ABD. MALEK

Majlis anjuran UMNO Bahagian Wangsa Maju itu diadakan di Kompleks Yayasan Wangsa Perdana, di sini.

Hadir sama adalah Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju merangkap Pengerusi Uda Holdings Berhad (UDA), Datuk Seri Dr. Mohd Shafei Abdullah.

Pada majlis tersebut, Mohd. Shafei turut menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan sekotak limau Mandarin kepada setiap penduduk yang hadir.

Mohd Shafei berkata, sumbangan itu sekali gus membuktikan keprihatinan pihak Barisan Nasional (BN) terhadap rakyatnya dengan memberi sumbangan tanpa mengira kaum.

“Di bahagian Wangsa Maju ini, kita menyambut semua perayaan termasuklah Deepavali, Ponggal dan Sambutan Tahun Baru Cina.

“Jadi, perkara ini secara tidak langsung memberitahu bahawa pemimpin BN di kawasan ini tetap menghormati budaya semua kaum,” katanya ketika ditemui selepas memberi ucapan pada Majlis Penyerahan Sumbangan Sempena Sambutan Tahun Baru Cina. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons