SEPANG, 11 Feb -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Sambutan Hari Gerakan Belia 4B Malaysia dan Karnival Sukan Muhibbah 2018 di Dataran Banghuris Homestay hari ini.?--fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

MO, 12/2/2018, SEPANG: Stadium Shah Alam akan kembali menjadi gelanggang pasukan The Red Giants jika Barisan Nasional (BN) merampas Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kata Datuk Seri Najib Razak.

Jaminan itu diberikan Perdana Menteri ketika berucap pada Majlis Pelancaran Hari Gerakan Belia 4B Malaysia dan Karnival Sukan Muhibah 2018 di Homestay Banghuris, Kampung Ulu Chucoh semalam.

Najib berkata, keputusan itu dibuat kerana beliau amat memahami isi hati orang muda Selangor berhubung isu berkenaan.

“Stadium Shah Alam pun kita akan serahkan balik kepada pasukan The Red Giants,” katanya.

Skuad bola sepak Selangor tidak dapat beraksi di Stadium Shah Alam pada Liga Super musim ini susulan masalah antara Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan kerajaan negeri sejak penghujung 2016, menyebabkan pasukan itu perlu mencari gelanggang lain.

Pada perlawanan sebelum ini, pasukan Selangor terpaksa beraksi di Stadium Bola Sepak Cheras, Kuala Lumpur sebagai gelanggang tuan rumah.

Perdana Menteri berkata, sekiranya BN memenangi PRU-14 di Selangor, beliau juga akan memastikan hak Majlis Belia Negeri Selangor (MBNS) terhadap kompleks belia di Seksyen 7, Shah Alam turut dikembalikan.

Terdahulu, Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar, berkata kerajaan Selangor di bawah kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menganaktirikan pelbagai pihak di negeri berkenaan.

Beliau berkata, isu Stadium Shah Alam dan kompleks belia itu antara contoh keadaan yang mana warga Selangor dinafikan hak hingga terpaksa menjadi ‘pelarian’ di negeri sendiri.

“Kalau hari ini kita (BN) menang, esok Stadium Shah Alam diserahkan balik kepada The Red Giants,” katanya.



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: