indexMO, 13/2/2018, JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan punca kematian bayi perempuan yang baru dilahirkan bukan disebabkan khidmat ‘doula’ atau pembantu ketika melahirkan anak di sebuah rumah di Taman Daya, yang viral baru-baru ini.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Shahurinain Jais, berkata hasil siasatan lengkap dijalankan mendapati kematian bayi berkenaan akibat lemas selepas dilahirkan dalam keadaan songsang.

Sehubungan itu, berdasarkan isu viral berhubung doula yang menyebabkan bayi berkenaan meninggal dunia ketika dilahirkan, pihaknya merujuk kes berkenaan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Siasatan lengkap sudah dijalankan berkaitan kes kematian bayi perempuan ketika dilahirkan di rumah.

“Pengadu dan isterinya menafikan mereka menggunakan apa-apa khidmat ‘doula’ ketika bayi mereka dilahirkan,” katanya.

Katanya, pasangan itu mengesahkan tiada mana-mana pihak atau individu yang menghasut, mendorong mereka untuk melahirkan bayi di rumah.

“Berdasarkan siasatan dijalankan polis, punca kematian bayi bukan disebabkan perkhidmatan doula. Berkaitan viral isu ‘doula’ dalam kes ini, ia akan disiasat dan laporan polis dirujuk kepada SKMM untuk tindakan susulan,” katanya.

Sebelum ini Polis Johor mengesahkan sudah memulakan siasatan berhubung penularan berita kematian bayi yang baru dilahirkan yang pada mulanya disyaki berkaitan amalan khidmat ‘doula’ (pembantu ketika melahirkan anak) di rumah di Johor Bahru, baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd mengesahkan pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu dan turut menerima laporan polis dibuat wanita dipercayai doula terbabit.

Kes kematian bayi yang dilahirkan secara ‘homebirth’ itu menjadi viral di Facebook kerana doula didakwa menyebabkan bayi berkenaan meninggal dunia akibat komplikasi ketika kelahirannya di bawah pengawasan doula terbabit.



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: