KAJANG 12 FEBRUARI 2018. Pensyarah Fakulti Tamadun Islam UTM, Prof Dr Kamaruzaman Yusoff (tengah), Pengerusi Persatuan Cinta Syria Malaysia, Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman, Penyanyi dan merangkap sebagai Pengasas I am faithmen, Faizal Tahir dan Penyanyi merangkap rakan artis I moment 4them, Noh Hujan beramah mesra bersama anak pelarian Syria yang belajar di CSM selepas perasmian Pusat Bimbingan Alternatif Cinta Syria Malaysia (CSM) di Bandar Bukit Mahkota, Kajang. NSTP/ROSELA ISMAIL

MO, 13/2/2018, BANGI: Persatuan Cinta Syria Malaysia (CSM) menubuhkan pusat bimbingan alternatif percuma bagi memberikan perkhidmatan pendidikan akademik holistik kepada lebih 80 kanak-kanak pelarian Syria berusia lima hingga 12 tahun di negara ini.

Pusat dikenali sebagai Pusat Bimbingan Alternatif CSM atau Sekolah KITA3adalah yang pertama di negara ini bagi memberikan pendidikan khusus untuk kanak-kanak Syria bagi memberikan jaminan masa depan lebih cerah kepada mereka.

Pengerusi CSM, Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman, berkata pusat bimbingan alternatif itu bertujuan untuk memberikan perkhidmatan pendidikan lebih baik kepada anak Syria di negara ini.

Katanya, bagi memastikan kanak-kanak itu dapat meneruskan persekolahan seperti biasa pembelajaran akademik termasuk Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Al Quran, Agama Islam dan Arab adalah diwajibkan.

Pusat bimbingan dua tingkat mula beroperasi awal tahun ini melengkapi keperluan pendidikan kanak-kanak pelarian Syria di negara ini dan kami mensasarkan sehingga 100 pelajar.

“Selain itu, pusat ini juga mempunyai enam guru berkelulusan universiti dengan kepakaran tersendiri untuk memberikan pengajaran menyeluruh diperlukan kanak-kanak di pusat ini,” katanya selepas majlis pelancaran pusat bimbingan itu, baru-baru ini.

Sedia kelas komputer

Ahmad Musa berkata, pusat itu juga menyediakan kelas komputer mengikuti sukatan pelajaran International Digital Communications Standards Advisory (IDCSA), Cambridge bagi membolehkan anak-anak itu melanjutkan pelajaran mengikut standard peringkat pengajian tinggi.

“Selain memastikan anak-anak Syria terus menimba ilmu penekanan mereka juga dilatih untuk bersosial bagi membolehkan mereka memberi balik kepada komuniti pada masa akan datang.

“Nasib kanak-kanak pelarian ini perlu diberi perhatianagarmereka tidak ketinggalan dan dapat menjadi insan berintergriti, produktif dan mampu menyumbang kepada agama dan negara,” katanya.



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: