Google sebelum ini telah memperkenalkan format web dinamakan AMP yang memfokuskan kepada perkongsian web berbentuk teks yang boleh diakses dengan pantas ketika menggunakan peranti mudah-alih.

Kini, selain daripada format teks dan bergambar biasa, Google turut mengumumkan format baru dibawah AMP, iaitu AMP Stories.

Google AMP Stories

Melaluinya, ia membolehkan pembangun web menawarkan kandungan interaktif berbentuk visual seumpama Instagram Stories, Snapchat Stories, dan sebagainya.

Google menekankan yang mana ia akan turut membawakan pengalaman yang pantas melalui teknologi AMP, selain menawarkan pengalaman web terbuka melaluinya.

Memandangkan Google baru sahaja mengumumkannya secara rasmi hari ini, dan masih pada peringkat eksperimental. Kita mungkin akan dapat melihat perlaksanaan penggunaan format Stories baru ini secara meluas di web dalam minggu-minggu atau bulan-bulan akan datang.

Layari : AMP Stories



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: