PRETORIA: Kongres Nasional Afrika Selatan (ANC) memberi tempoh 48 jam untuk Presiden Jacob Zuma meletak jawatan sebagai pemimpin negara itu.

Keputusan itu dibuat susulan mensyuarat kepimpinan tertinggi parti ANC yang berlangsung selama lapan jam.

Presiden ANC, Cyril Ramaphosa menyampaikan keputusan itu secara langsung di sekitar kediaman Zuma berhampiran Bangunan Kesatuan di Pretoria setelah tamat mesyuarat parti berkenaan pada jam 10.30 pagi Selasa.

Menurut Ramaphosa, 65 tahun, mesyuarat yang diadakan di sebuah hotel di Pretoria itu menyaksikan pengumpulan segala maklumat dan bahan bukti kes rasuah Zuma, dan maklumat tersebut akan disalurkan kepada semua ahli ANC.

Ramaphosa yang juga Timbalan Presiden Afrika Selatan, berkata beliau telah berbincang secara langsung dengan Zuma berhubung pemindahan kuasa.

Walaupun kepimpinan tertinggi parti mempunyai kuasa untuk perintahkan presidennya untuk mengundurkan diri sebagai ketua negara, spekulasi media tempatan menyatakan Zuma mungkin akan menolak.

Zuma, 76 tahun, diseru untuk mengakhiri pemerintahannya setahun lebih awal selepas Ramaphosa dipilih sebagai Presiden ANC pada Disember lalu selepas menewaskan Nkosazana Dlamini-Zuma, isteri Jacob.

Ramaphosa sebelum ini berjanji untuk menumpukan fokus usahanya terhadap membanteras rasuah serta memulihkan ekonomi negara.

Sejak menjawat jawatan Presiden pada 2009, Zuma dihantui skandal rasuah. Beliau sedang melawan 783 tuduhan rasuah berkenaan perjanjian senjata yang didakwa diatur oleh kerajaan bernilai 30 bilion rand (RM9.8 bilion) pada akhir 1990-an ketika beliau menjadi timbalan presiden.

Zuma juga mungkin akan berdepan undi tidak percaya di Parlimen nanti. Jika beliau berjaya digulingkan, kesemua ahli Kabinetnya juga perlu meletak jawatan.



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: