Samsung masih memberikan sokongan untuk peranti realiti maya Gear VR mereka yang telah dihasilkan sejak 2014 untuk Galaxy Note 4. Dua tahun yang lalu ia dilaporkan mempunyai 1 juta pengguna aktif bulanan. Bagi mereka yang ingin melayari web secara maya, aplikasi Samsung Internet untuk Gear VR kini telah dikemaskini dengan beberapa fungsi baru.

Dengan kemaskini versi 5.6.00.7, pengguna boleh menstrim kandungan ke Gear VR menggunakan fungsi DLNA. Kandungan seperti video boleh distrim dari peranti atau PC terus ke Gear VR. Turut diperkenalkan ialah penghalang iklan. Fungsi penghalang iklan ini sudah disokong pada versi telefon pintar sejak Oktober tahun lalu.

Akhir sekali ialah pengenalan Secret Mode yang menyorokkan sejarah dan penanda buku laman yang dilayari oleh pengguna. Mod ini boleh diakses menggunakan nombor pin oleh pengguna. Bagi pemilik Gear VR, versi terkini Samsung Internet boleh dimuat turun menerusi pautan di bawah.

Muat turun Samsung Internet untuk Gear VR



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: