Perkhidmatan pengangkutan awam mengurangkan kesesakan jalan raya. Kerajaan cuba menyelesaikan masalah kesesakan dengan penaiktarafan sistem pengangkutan awam. Tetapi di rantau Asia Tenggara, Bangkok ialah kota dengan masalah kesesakan jalan raya yang paling kronik. Oleh itu pengguna bas awam menghabiskan masa yang lama menanti bas yang ingin dinaiki.

Datuk Bandar Bangkok, Aswin Kwanmuang  telah mengumumkan projek rintis mengubah pernetian bas menjadi tempat perlindungan pintar. Menerusi projek ini, perhentian bas akan dilengkapi WiFi percuma dan tempat pengecasan peranti. Oleh itu penumpang tidak akan kebosanan sementara menanti bas.

Reaksi dari penduduk Bangkok terhadap projek ini adalah negatif. Ramai merasakan wang lebih baik disalurkan kepada penaiktarafan bas sedia ada, pemandu dan juga sistem pembayaran yang sudah agak ketinggalan. Mereka juga merasakan perhentian bas semasa hanya perlu dipasang lampu bagi meningkatkan keselamatan pengguna.

Dari reaksi mereka nampaknya terdapat perbezaan diantara apa yang diperlukan pengguna dengan apa yang difikirkan perlu oleh pihak berwajib Bangkok.



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: