WhatsApp Image 2018-02-13 at 12.52.56MO, 13/2/2018 – KENYATAAN Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mendakwa Iraq tidak mempunyai padang bola sepak adalah kurang tepat memandangkan Iraq tidaklah seteruk seperti yang digambarkan.

Walaupun sentiasa berdepan dengan masalah pergolakan, namun Iraq tetap memiliki stadium bola sepak. Secara keseluruhannya Iraq mempunyai 19 stadium dan Stadium Al-Shaab adalah yang tertua selepas mula digunakan pada 6 November 1966.

Stadium Al-Shaab venue rasmi skuad kebangsaan Iraq pernah mengalami kerosakan teruk apabila dibom oleh tentera udara Amerika Syarikat pada 2003 sebelum kerajaan mereka melakukan kerja-kerja pengubahsuaian secara besar-besaran pada 2010.

Bagaimanapun pada 2013, venue rasmi skuad kebangsaan Iraq diambil alih oleh Stadium Antarabangsa Basra yang mempunyai kapasiti 65,000, sekali gus menjadi stadium terbesar di Iraq.

Memiliki 19 stadium sudah cukup untuk membuktikan Iraq mampu menganjurkan liga mereka sendiri, malah majoriti skuad bawah 23 (B-23) Iraq yang menyertai Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) (B-23) di China pada Januari lalu beraksi di liga domestik.

Kelmarin, Azmin membuat kenyataan apabila membandingkan keadaan di Iraq yang tidak mempunyai padang bola sepak tetapi rakyat negara itu boleh bermain sukan berkenaan di padang pasir dengan Selangor yang ketika ini terpaksa menjadikan Stadium Kuala Lumpur sebagai venue rasmi mereka pada musim ini.

Bukan sahaja memiliki stadium bola sepak, malah Iraq turut mempunyai rekod cemerlang apabila skuad B-23 negara itu pernah muncul juara edisi pertama Kejuaraan AFC B-23 pada 2013 serta beraksi dalam Sukan Olimpik 2016.

Akhir kata, Iraq adalah kuasa besar dalam bola sepak di benua Asia dan tidak mustahil mampu menggegar dunia satu hari nanti.

Selangor pula adalah gergasi bola sepak tanah air dan memang menyedihkan pasukan yang memiliki deretan sejarah terpaksa ‘menumpang’ untuk beraksi dalam liga, yang mana mereka antara calon untuk muncul juara.



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

%d bloggers like this: