Facebook ialah laman media sosial yang paling popular di dunia walaupun sudah berusia hampir lima belas tahun. Kunci kepada kejayaan Facebook ialah ia sentiasa berevolusi mengikut kehendak pengguna dan membawakan fungsi baru. Terkini mereka akan melancarkan fungsi List yang membolehkan pengguna berkongsi senarai pada status peribadi.

Dengan List anda boleh berkongsi senarai tempat percutian idaman, matlamat hidup sepanjang 2018 dan 10 filem terbaik ditonton. Ia direka bagi meningkatkan interaksi antara pengguna dan kenalan. Fungsi ini akan diaktifkan secara berperingkat bermula hari ini. Apa yang dilakukan oleh Facebook ialah untuk meningkatkan interaksi dan jumlah perkongsian status  peribadi yang berkurangan dengan mendadak sejak kebelakangan ini.



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: