MOSCOW: Kemalangan pesawat Rusia yang membunuh kesemua 71 penumpang dan kru dipercayai berpunca daripada kegagalan juruterbang mengaktifkan sistem pemanas menyebabkan data kelajuan pesawat tersebut gagal berfungsi.

Jawatankuasa Penerbangan Interstate pada Selasa berkata demikian selepas mengkaji dan meneliti perakam data penerbangan pesawat itu dan data daripada dua tolok kelajuan udara pesawat malang itu.

Petunjuk yang diperoleh jelas menunjukkan juruterbang gagal menghidupkan sistem pemanas untuk peralatan pengukuran tekanan pesawat sebelum berlepas.

Juruterbang berkenaan melakukan tetapan autopilot setelah berlepas dari Lapangan Terbang Domodedovo di sini tetapi mengubah kawalan kepada manual apabila data kelajuan mulai tidak stabil.

Pesawat itu terhempas di sebuah padang bersalji enam minit selepas berlepas, membunuh kesemua 65 penumpang dan enam kru.

Sementara itu, beratus-ratus pekerja kecemasan meneruskan pencarian mayat mangsa dan serpihan pesawat.



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: