Windows Analytics merupakan sebuah perisian dimana para pekerja IT di mana-mana syarikat dapat meninjau status komputer didalam syarikat tersebut, dan memastikan bahawa semua peranti-peranti tersebut berfungsi tanpa sebarang masalah.

Oleh kerana masalah kerentanan CPU, Microsoft baru-baru ini mengemaskini perisian tersebut, dan memuatkan sejumlah ciri-ciri yang akan membantu memastikan peranti-peranti dibawah jagaan Windows Analytics sentiasa selamat.

Diantara ciri-ciri baru yang kini hadir termasuklah:

  • Keserasian perisian anti-virus
  • Kemaskini sekuriti sistem operasi
  • Status firmware untuk melihat samada PC tersebut masih terdedah kepada masalah Spectre dan Meltdown

Ia adalah diharap dengan ciri-ciri baru ini, juruteknik IT di pejabat dapat melihat adakah komputer-komputer didalam pejabat mereka terdedah kepada masalah Spectre dan Meltdown ini ataupun tidak.

Buat masa ini, pihak Intel, AMD dan juga pembuat-pembuat peranti OEM masih lagi sedang mengemaskini ciri keselamatan mereka untuk memastikan bahawa peranti-peranti mereka bebas daripada belenggu sekuriti digital ini.



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: