GoPro merupakan nama yang tidak asing lagi dalam arena kamera aksi. Selain daripada kamera aksi sahaja, mereka turut menawarkan sejumlah penawaran lain, termasuk sebuah kamera 360-darjah yang dinamakan sebagai GoPro Fusion.

GoPro Fusion

GoPro Fusion menggunakan kamera 18-megapixel dengan sudut rakaman luas, dimana dua kamera digunakan untuk rakaman 360-darjah dalam bentuk video ataupun gambar. Jikalau dalam bentuk video, ia menawarkan sokongan rakaman sehingga 5.2K30 melaluinya.

Dengan nama GoPro, kamera 360-darjah ini turut hadir dengan sokongan kalis air, dan GPS secara terbina. Ia turut menyertakan empat mikrofon untuk membolehkan rakaman audio 360-darjah yang baik bersama dengannya.

Bagi anda yang berminat, boleh melakukan pra-tempahan untuk GoPro Fusion ini bermula hari ini.



Source link

admin

No Comments

Leave a Comment

%d bloggers like this: