Ketahanan Samsung Galaxy S9 Didapati Hanya Sedikit Lebih Baik Berbanding Galaxy S8 – Amanz


Kebiasaannya peranti-peranti dengan binaan dan kemasan premium terdapat pada peranti kelas utama. Rekaan yang premium juga mempunyai kualiti dan binaan yang kukuh seperti Essential Phone dengan sisi diperbuat daripada Titanium dan panel belakang daripada seramik.

Peranti terkini Samsung, Galaxy S9 masih kekal menggunakan sisi aluminium dan panel belakang kaca yang sama dari Galaxy S6 sehingga S8. Membezakan pembinaan setiap peranti Galaxy ini adalah tahap ketahanan peranti apabila terjatuh, calar pada skrin dan pecah atau tidak apabila terkena satu impak yang kuat.

SquareTrade sebuah syarikat yang terkenal dengan memberi jaminan tambahan peranti telah menguji dan membandingkan tahap ketahanan Samsung Galaxy S9 dengan Galaxy S8. Mereka mendapati, Galaxy S9 tahan ketahanan S9 hanya sedikit lebih baik berbanding Galaxy S8. Ini selepas beberapa ujian dilakukan menggunakan kedua-duaperanti. Antara ujian yang dilajukan adalah menjatuhkan skrin di bawah, badan belakang, sisi dan banyak lagi.

Peranti dengan panel belakang kaca agak sukar untuk mengukuhkan binaannya daripada retak atau calar. Seperti Samsung, mereka gemar menggunakan kaca pada peranti utama mereka dan skrin Infinity Display mereka pula mempunyai kaca yang melengkung sehingga ke sisi menjadikan ia lebih sukar untuk tahan daripada sebarang impak.

 

Seperti yang kami nyatakan di dalam ulasan Samsung Galaxy S9+, penggunaan kerangka tahan lasak adalah amat wajah kerana permukaan kaca yang besar pada peranti ini. Pada waktu yang sama permukaan yang amat licin meninggikan kebarangkalian ia terjatuh ketika dipegang.



Source link

read more

Umno Grassroots Movement challenging The Economist to back article


Zulkarnain Mahdar economist

MO,21/3/2018, KUALA LUMPUR: The Umno Grassroots Movement is challenging The Economist to back an article with accusations against the Prime Minister with tangible proof. ““Where is your proof? Show us proof that can be used in court,” said its chairman Datuk Zulkarnain Mahdar, over an article that claims the coming GE14 will be ‘stolen’.

“What is your basis to claim that the Government will ‘steal’ the election? I myself have served as a polling agent for the Opposition party previously and I have not seen any evidence to show otherwise,” he added. Zulkarnain, with 15 other members of the group, was met outside the Sri Petaling police station on Tuesday after making a police report over the matter.

On a related issue, he also urged the police to investigate claims by PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang during a talk last week that foreign powers were working with the Opposition to topple the Government



Source link

read more

Kematian Sudan lambang kezaliman manusia



NAIROBI: Badak sumbu putih utara jantan terakhir di dunia akhirnya mati selepas bertarung dengan jangkitan penyakit selama berbulan-bulan.

Meskipun banyak usaha untuk menyelamatkannya sudah dilakukan, kematiannya itu sepatutnya membuka mata dunia tentang kesalahan manusia sejak sekian lama.

Badak sumbu bernama Sudan, yang berusia 45 tahun itu terpaksa diberikan suntikan maut di Pusat Konservasi Ol Pejeta di Kenya selepas lama menderita akibat penyakit yang semakin teruk dan ada kaitan dengan usianya.

Setelah kematiannya, spesiesnya kini hanya diteruskan dengan cuma dua badak betina, iaitu anak dan ‘cucu’nya.

“Kematiannya adalah lambang kezaliman manusia yang tidak menghormati alam hidupan liar, dan ini memilukan sesiapa sahaja yang mengenali Sudan,” ujar Jan Stejskal dari Zoo Dvur Kralove di Republik – tempat Sudan dijaga sehingga tahun 2009.

Bagaimanapun, Stejskal mengingatkan agar manusia tidak boleh berputus asa.

“Kita perlu manfaatkan situasi unik ini iaitu teknologi selular digunakan dalam konservasi spesies yang sangat terancam.

“Ia mungkin kedengaran mustahil. Namun terima kasih kepada teknologi baharu, Sudan masih memiliki anak,” ujarnya.

Tumpuan kini diberikan kepada penyempurnaan teknik persenyawaan in-vitro (IVF) menggunakan benih Sudan yang telah disimpan, serta yang diperoleh daripada empat lagi badak sumbu yang telah mati.

Mengapa spesies badak sumbu ini sangat istimewa?

Badak sumbu yang terbahagi kepada lima spesies, merupakan haiwan mamalia daratan kedua terbesar selepas gajah.

Badak sumbu putih pula terdapat dua sub-spesies iaitu badak sumbu putih selatan, dan badak sumbu putih utara.

Sudan, yang kalau mengikut usia manusia berumur 90 tahun, adalah jantan terakhir dalam sub-spesies yang sangat terancam tersebut. Sebelum ini, seekor badak sumbu jantan dalam spesiesnya mati secara semula jadi pada tahun 2014.

Sebahagian besar populasi sub-spesies itu yang hidup di Uganda, Republik Afrika Tengah, Sudan dan Chad telah menjadi mangsa pemburuan haram sekitar tahun 1970-an dan 1980-an.

Aktiviti pemburuan haram itu antara lain didorong permintaan tinggi sumbu badak dalam perubatan tradisional Cina, selain dijadikan pemegang senjata di Yaman.



Source link

read more

Monitor LED Acer 24.5-inci (KA251Q) Kini Ditawarkan Pada Harga RM399 – Amanz



RM399 RM529 -25%

Bagi anda yang sedang mencari monitor baru, kini pihak Acer menawarkan monitor LED FHD bersaiz 24.5-inci pada harga hanya RM399.

Acer LED Monitor

Monitor Acer KA251Q ini hadir dengan paparan resolusi 1920×1080 pixel, dan kadar segar semula 75Hz. Melengkapkan ia juga adalah sokongan jaminan selama 3 tahun.

Pada harga RM399, ia boleh dikatakan antara monitor yang berbaloi untuk dimiliki. Sekiranya anda berminat, boleh mendapatkan ia daripada Shopee hari ini.

Beli : Acer KA251Q LED FHD Monitor



Source link

read more

Juruterbang didakwa tembak MH17 bunuh diri


vlladias.jpg.transformed_0MO, 20/3/2018, UKRAINE: Juruterbang tentera Ukraine, Kapten Vladyslav Voloshyn yang didakwa Russia menembak jatuh pesawat MH17 pada 2014, dilaporkan membunuh diri.

Menurut BBC News, media tempatan Ukraine yang memetik pihak polis melaporkan Voloshyn menembak diri di rumahnya di Mykolaiv, berhampiran Laut Hitam.

Voloshyn yang dianggap wira di Ukraine dilapor menyertai 33 misi ketenteraan menentang pemberontak di Timur Ukraine, selain turut menerima anugerah atas keberaniannya.

Baru-baru ini, juruterbang berusia 29 tahun itu meletak jawatan daripada tentera udara, ketika bertugas di lapangan terbang Mykolaiv.

Voloshyn sebelum ini menolak dakwaan Russia itu dan menuduh ia sebagai satu penipuan.

Penyiasat Belanda mendedahkan bahawa peluru berpandu BUK buatan Russia digunakan untuk menembak jatuh pesawat Boeing 777, sekali gus mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal.

Sementara itu, polis Mykolaiv dalam satu kenyataan di Facebook, menyifatkan insiden itu sebagai kes bunuh diri tetapi menyiasat kemungkinan ia satu “pembunuhan dirancang”.

Sepucuk pistol milik tentera yang ditemui di lokasi kejadian turut disiasat pakar terbabit.

Dalam kejadian pada 17 Julai 2014 itu, pesawat MH17 ditembak di ruang udara Timur Ukraine ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

 

– Agensi



Source link

read more

Nahas bas di Mekah jemaah umrah warga Singapura maut



SINGAPURA: Seorang rakyat Singapura maut dan beberapa penumpang cedera dalam nahas bas ketika dalam perjalanan di Mekah pada Selasa, menurut Majlis Agama Islam Singapura (MUIS).

Menerusi maklumat terkini dalam Facebook, MUIS berkata antara 1 hingga 1.30 tengah hari (8.30 pagi hingga 9 pagi waktu Arab Saudi), bas yang membawa 31 penumpang jemaah umrah terbabit dalam kemalangan.

MUIS berkata, para penumpang tersebut difahamkan ialah jemaah umrah yang diuruskan oleh agensi pelancongan tempatan, Abu Bakar Travel Services Private Limited.

“Kebanyakan penumpang ialah rakyat Singapura,” kata MUIS dan menambah mereka yang cedera telah dihantar ke hospital di Mekah untuk menerima rawatan.

MUIS berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura untuk memberi bantuan kepada mereka yang terlibat.

Sementara itu, Persatuan Ulama dan Guru-guru Agama Islam Singapura (PERGAS) telah menyampaikan simpati dan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Abu Bakar Osman.

“PERGAS berasa dukacita apabila dimaklumkan mengenai pemergian Ustaz Mohd Abu Bakar Osman,” katanya dalam catatan menerusi Facebook.

Bernama difahamkan bahawa Allahyarham Mohd Abu Bakar ialah pengarah agensi pelancongan itu.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dalam catatan menerusi Facebook beliau telah melahirkan simpati yang mendalam kepada mereka yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

“Amat berdukacita apabila dimaklumkan mengenai nahas bas di Mekah, Arab Saudi yang menyebabkan seorang rakyat Singapura maut dan beberapa orang cedera,” kata beliau dalam catatan itu. 

— BERNAMA



Source link

read more

Bateri Peranti Apple Akan Lebih Berkuasa Berbanding Pesaing Di Masa Hadapan – Amanz


Saya seorang pengguna tegar peranti Android. Sejak November lalu saya mula menggunakan sebuah iPhone X dan Galaxy Note 8 sebagai peranti kegunaan harian. Apa yang kami sedari adalah dari segi ketahanan bateri, iPhone X lebih tahan lama berbanding Note 8 walaupun mempunyai saiz bateri yang lebih kecil. Ketahanan bateri ini turut boleh dilihat pada produk Apple yang lain seperti MacBook dan iPad.

Di masa hadapan ketahanan bateri peranti Apple mungkin akan semakin jauh kehadapan. Firma Sila Nanotechnologies sedang membangunkan bateri berteknologi Lithium-Silikon yang menurut mereka mempunyai sehingga 30% kapasiti berbanding bateri Li-ion dengan saiz yang sama. Ujian masih lagi dilakukan kerana masalah bateri yang menggunakan silikon sebagai anod ialah ia mudah terhakis sekaligus memendekkan hayat bateri.

Sila Nanotechnologies membangunkan teknologi batreri ini untuk kegunaan kenderaan elektrik. Tetapi syarikat ini ada menerima dana dari Apple jadi terdapat kebarangkalian ia mungkin digunakan pada peranti keluaran mereka di masa hadapan. Dengan kapasiti bateri yang lebih tinggi dengan saiz yang sama, peranti-peranti keluaran Apple pastinya akan bertahan lebih lama.

Pengeluar lain seperti Samsung dan Oppo mempunyai penyelesaian yang berbeza terhadap hayat penggunaan yang rendah. Banyak dana dibelanjakan untuk membangunkan teknologi pengecasan pantas yang membolehkan bateri dicas dalam masa yang amat singkat. SuperVOOC misalnya boleh mengecas bateri sepenuhnya dalam masa 15 minit.



Source link

read more

Telipok-Kiulu-Ranau road to bring development, economic spill over


RANAU

MO,20/3/2018, KIULU: The construction of Jalan Telipok-Kiulu-Ranau, which will be the second route connecting the state capital and tourism spot Ranau, is expected to benefit the people, especially rural folks. The 80-kilometre road, starting from Telipok to Kampung Rondogung, Ranau will be officiated by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak at a ceremony in Kampung Pukak here this Thursday.

Besides providing an alternative route for motorists to the existing Tamparuli-Ranau road, it will also solve the connectivity issue of the villagers there. Kiulu’s Kampung Poturidong Village Development and Security Committee (JKKK) chairman, Ariqieclye Juara, 43, said it will also enhance Kiulu’s attraction as a rural tourism spot. “The new road will ease accessibility to many villages which faced road connectivity issue previously, so we are happy.

“Going through Kiulu town, the construction of the new route will turn the town as a pit stop for tourists, generating income for the locals,” he said. It is also in line with the recent announcement by Chief Minister Tan Sri Musa Aman of Kiulu being upgraded into a sub-district in Tuaran. Costing RM300 million through an allocation from the Rural and Regional Development Ministry, the project commenced on October 2016 and scheduled for completion on March 31, next year.

The new road is seen as a more practical option than expanding the current link road since it passes through a hilly location considered sensitive, in particular the Kundasang area where natural disasters like earthquakes have occurred. It will ensure a secondary option to connect the west coast and east coast of the state, if there are damages along the existing route. It will also serve about 3,000 Telipok folks facing issues with accessibility for 50 years.

Telipok’s Kampung Tampulan JKKK chairman Sipun Munsin, 61, said the road upgrade was something they have been applying for from the government to ease villagers’ movement when ferrying out agriculture produce. A villager, Salina Moroli, 61, said the execution of the project showed the government is concerned with the people’s difficulties following lack of proper road link. “We finally have what we wished for,” she said, adding that the lack of infrastructure had made life very difficult especially when the villagers were in dire need of medical attention.

–NSTP



Source link

read more

Akta Untuk Perkhidmatan Pengangkutan Seperti Uber Dan Grab Akan Diwartakan Pada Suku Kedua 2018 – Amanz


Pelbagai perkara mengenai kaedah perlaksanaan perkhidmatan seperti Uber dan Grab masih didebatkan oleh beberapa pihak. Selari dengannya, kini kerajaan mengumumkan yang mana dua akta untuk mengesahkan perkhidmatan perkongsian kenderaan dan e-hailing seperti Uber dan Grab akan diwartakan pada suku kedua 2018 ini.

Akta ini akan membabitkan Akta Pengangkutan Awam Darat 2017 dan juga Akta Lembaga Perlesenan Perdagangan 2017 yang telah diluluskan pada tahun lepas.

Beberapa perkara akan diambil-kira sebelum akta ini diwartakan, termasuk melibatkan tambang, dan pemeriksaan PUSPAKOM – selain pembahagian kuasa antara SPAD dan JPJ.

Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai perubahan baru ini dalam minggu-minggu atau bulan-bulan akan datang.



Source link

read more

‘Israeli delegates not given special treatment’


REZAL

MO,20/3/2018, KUALA LUMPUR: No “special treatment” was accorded to Israeli delegates who were in Malaysia to attend the 9th World Urban Forum (WUF9) last month. Deputy Foreign Minister Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican said furthermore the Israelis’ participation in the forum was upon an invitation by the United Nations (UN) and were the only delegates not greeted or met by Malaysian officials.

Reezal said the government had even requested to UN to exclude Israeli delegates from attending WUF9, but Malaysia had to fulfil its commitment under Article 3 of the Host Country Agreement signed with UN-Habitat in conjunction with hosting the forum. Malaysia and Israel do not share diplomatic ties. “No security detail was provided by the police for the Israelis. We leave the matter to the UN, and that the Israelis are only allowed to be here due to an invite by the former,” he told the Parliament today.

He was responding to a question by Opposition leader Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) on whether Malaysia had made efforts to deny Israeli delegates entry into the country. To a supplementary by Dr Wan Azizah, Reezal said Malaysia remained firm against Israel’s illegal occupation in Palestine, as seen in the Resolution 2334 through the UN Security Council. “It is inaccurate to measure the country’s commitment to supporting the Palestinians’ struggle if you use the presence of Israeli delegates in Malaysia as a barometer.

“For example, Israel has an embassy in Ankara, Turkey. But that does not mean Erdogan (Turkey President Recep Tayyip Erdogan) is not against Israel’s illegal occupation in Palestine. “In the case of Malaysia, we need to look at the benefits of hosting WUF9 and its impact on the country, instead of looking into the Israelis’ presence and accuse Malaysia of mooting diplomatic ties with Israel.”

–NSTP



Source link

read more