Martin Griffiths dilantik Wakil Khas PBB ke Yaman



SANAA: Wakil Khas Pertubuhan Bangsa Bersatu PBB yang baharu ke Yaman tiba di Sanaa untuk lawatan pertamanya ke negara bergolak itu.

Bekas diplomat Britain, Martin Griffiths dilantik oleh Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres bagi menggantikan Wakil Khas sebelum ini, Ismail Ould Cheikh Ahmed.

Dalam taklimat ringkas di Lapangan Terbang Sanaa, Griffiths berkata beliau akan bertemu dengan beberapa wakil kerajaan, parti politik dan badan kemanusiaan di negara itu sepanjang tempoh lawatan singkatnya itu.

Sebelum ini Griffiths pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Eksekutif Institut Keamanan Eropah sejak 2014.

Yaman telah terjebak dalam kancah peperangan antara kerajaan dan pemberontak Houthi sejak Mac 2015.

Sehingga kini dianggarkan lebih 10,000 orang telah terbunuh dengan jutaan yang lain menjadi pelarian.



Source link

read more

Rakyat Thailand tuntut tentera berhenti sokong junta – Luar Negara


BANGKOK 24 Mac – Lebih 300 petunjuk perasaan berarak di hadapan ibu pejabat tentera di ibu kota negara ini, bagi mendesak tentera agar menarik balik sokongannya terhadap kerajaan.

Bantahan itu adalah antara yang terbesar dalam gelombang protes terbaharu terhadap rasuah dan kegagalan kerajaan untuk melaksanakan pilihan raya mengikut waktu dijanjikan.

Petunjuk perasaan juga menyatakan hasrat agar negara ini tidak lagi diperintah oleh tentera.

“Kami mahukan peralihan yang harmoni. Ia adalah masa untuk tentera dan semua rakyat agar berhenti menyokong junta serta memihak kepada orang ramai,” kata salah seorang pemimpin protes tersebut, Rangsiman Rome. – REUTERS



Source link

read more

Tujuh maut bertempur dengan polis Rio de Janeiro



RIO DE JANEIRO: Sekurang-kurangnya tujuh maut dalam satu konfrontasi penduduk dengan anggota polis di Rio de Janeiro, Brazil pada Sabtu.

Insiden dipercayai berpunca dari perintah darurat yang diisytihar di bandar itu yang memasuki bulan kedua.

Dalam kejadian pada Sabtu itu beberapa penduduk di kawasan Rocinha Favea turut mengalami kecederaan.

Laporan awal menyebut kereta peronda polis telah diserang ahli keluarga mangsa sebelum berlaku kejadian tembak menembak.

Polis mengatakan bahwa mereka telah memasuki kawasan Rocinha untuk mencari suspek pembunuhan seorang pegawai polis di daerah itu.

Pada pertengahan Februari lalu kerajaan Brazil memerintahkan agar tpasukan entera mengambil alih kawalan keselamatan di Rio de Janeiro dalam usaha  mengekang keganasan yang dilakukan kumpulan kartel dadah.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini bandar itu telah menyaksikan peningkatan kejadian keganasan dan jenayah terancang.

Sepanjang 2017 kadar pembunuhan dilaporkan meningkat kepada lapan peratus berbanding hanya 26 peratus pada 2015.

Sidiket dadah di Rocinha didakwa dikendalikan oleh ‘Red Command’ kumpulan kartel dadah paling berkuasa di Rio de Janeiro.



Source link

read more

Utusan Malaysia kongsi kepelbagaian sumber pembelajaran – Pendidikan


KOTA BELUD 24 Mac – Penganjuran program Pendidikan Bersama Utusan Malaysia yang diadakan di daerah ini dilihat mampu berkongsi kepelbagaian bahan sumber pembelajaran khususnya yang bercirikan teknologi digital dalam talian.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Maimunah Suhaibul berkata, langkah tersebut amat bertepatan dengan peredaran masa sekarang dengan mempraktikan teknik-teknik pembelajaran dalam talian sama ada dalam kelas mahupun di rumah.

“Usaha ini merupakan kerjasama pintar antara semua pihak ke arah meningkatkan prestasi akademik pelajar khasnya dalam peperiksaan utama dengan pencapaian sekurang-kurangnya penguasaan tahap minimum.

“Seiring dengan perkembangan teknologi ini, kami berharap agar program ini dapat berkongsi kepelbagaian bahan sumber pembelajaran berteknologi digital seperti tutor.com.my yang dihasilkan Utusan Malaysia,” katanya ketika berucap dalam program Pendidikan Bersama Utusan Malaysia di sini hari ini.

Program tersebut dirasmikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri  Dr. Salleh Said Keruak.

Yang turut hadir, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Pemangku Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud, Anjang Ruddin.

Menerusi program itu juga, Maimunah berkata, ia mampu menarik perhatian ibu bapa, guru serta orang ramai kepada peri pentingnya memupuk kerjasama dalam masyarakat bagi meningkatkan kecemerlangan akademik dalam kalangan pelajar. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Siti Nurhaliza cipta sejarah Selebriti tempatan pertama ada aplikasi sendiri



PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencipta sejarah apabila menjadi selebriti tempatan pertama yang mempunyai aplikasi sendiri di telefon pintar.
 
Beliau yang baru saja menimang cahaya mata perempuan pada Isnin lalu melancarkan aplikasi itu semalam dan perkara itu dikongsi menerusi status di Instagramnya.
 
Siti berkata, aplikasi Siti Nurhaliza Official App itu menggabungkan semua platform rasmi media sosial miliknya termasuk gambar dan video eksklusif.
 
Peminat Siti boleh memuat turun aplikasi tersebut dalam tempoh 24 jam menerusi Google Playstore dan Apple App Store.
 

Menariknya, peminat yang memuat turun aplikasi ini akan mendapat 3,000 ‘stars’ percuma untuk pembelian bahan kandungan eksklusif.
 
Bagi memastikan kandungan  eksklusif itu tidak disalah guna, Siti menggunakan ‘watermark’ logo Selklik dan alamat emel pengguna di mana tindakan boleh diambil terhadap pengguna.
 
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @ctdk
 



Source link

read more

Kembali kepada prinsip BN ditubuhkan – PM – Politik


KUANTAN 24 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, seluruh ahli dan kepemimpinan Barisan Nasional (BN) perlu kembali kepada prinsip parti itu ditubuhkan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusi BN itu berkata, prinsipnya adalah untuk kebaikan bersama yang selama ini mengekalkan kekuasaan parti tersebut.

“Tujuan prinsip itu supaya negara ini aman supaya kita insya-Allah mendapat kebahagiaan nanti. Apabila negara aman dan makmur, kita boleh menjadi antara negara terhebat di persada antarabangsa, kita ada potensi.

“Jangan ikut perasaan hati, kita perlu kembali kepada prinsip BN, kembali kepada perintah Allah SWT, insya-Allah kita akan memperoleh kejayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Umum Parlimen Kuantan di Padang Kemunting di sini hari ini.

Yang hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat dan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Najib berkata, dalam BN perlu ada semangat bantu membantu antara satu sama lain.

“Apa yang penting adalah kita dapat tubuhkan kerajaan di peringkat Pusat dan negeri. Apa maknanya kalau kita hendakkan sesuatu tapi akibatnya kita lemah dan mungkin gagal tubuhkan kerajaan?,” soalnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Laporan NTP: Golongan berpendapatan rendah terbela


23transf1.transformedMO, 24/3/2018, KUALA LUMPUR: Malaysia mencatat pencapaian menakjubkan apabila memperoleh petunjuk prestasi utama (KPI) 112 peratus bagi usaha meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah.

Menurut laporan Program Transformasi Negara (NTP) 2017, negara menurunkan kadar kemiskinan daripada empat peratus pada 2009 kepada 0.4 peratus pada 2016.

Program Akhiri Zaman Miskin (1AZAM) yang dilaksanakan bagi mewujudkan pendapatan lestari untuk rakyat berjaya meningkatkan pendapatan 100,420 peserta sekurang-kurangnya RM300 sejak 2012.

Melalui Beyond 1AZAM, seramai 5,674 peserta berjaya meningkatkan pendapatan sekurang-kurangnya 20 peratus sejak 2015.

Berdasarkan Kajian Penilaian Outcome Program 1Azam 2016, sebanyak 30.48 peratus peserta keluar daripada kategori kemiskinan.

Sebanyak 89.17 peratus peserta 1AZAM dikategorikan miskin pada 2009 dan bilangan itu menurun kepada 58.69 peratus pada 2016.

Laporan NTP 2017 turut mengetengahkan kejayaan program e-Usahawan dalam membangunkan usahawan menerusi platform digital bagi menghentikan kitar kemiskinan dengan penggunaan teknologi.

Program itu menjana pendapatan RM24.3 juta tahun lalu daripada 12,300 peserta yang mengambil bahagian.

Program e-Rezeki yang menjadi platform dalam talian bagi membolehkan pengguna menambah pendapatan melalui teknologi digital pula, mencatatkan seramai 5,898 peserta mengambil bahagian.

INFO

* 112 peratus KPI tingkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah

* Kadar kemiskinan turun kepada 0.4 peratus pada 2016

* 1AZAM tingkat pendapatan 100,420 peserta sekurang-kurangnya RM300

* Pendapatan 5,674 peserta Beyond 1AZAM meningkat 20 peratus

* 30.48 peratus peserta 1AZAM tidak lagi dikategorikan miskin

* 12,300 peserta e-Usahawan jana RM24.3 juta pada 2017



Source link

read more

Laporan NTP: Rakyat luar bandar kecapi pembangunan


grafik6.transformedMO, 24/3/2018, KUALA LUMPUR: Lebih 6.8 juta rakyat yang tinggal di luar bandar menerima manfaat daripada pelbagai inisiatif pembangunan luar bandar dari 2010 hingga 2017, menurut Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2017.

Ia meliputi usaha meningkatkan pembinaan jalan baharu dan penambahbaikan serta kawasan perumahan baharu, akses kepada bekalan air bersih dan elektrik, di samping peluang menjana pendapatan golongan miskin luar bandar.

Inisiatif itu dilaksanakan menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mempertingkatkan Pembangunan Luar Bandar dengan pencapaian tahap petunjuk prestasi utama (KPI) 100 peratus.

Kerajaan membina 6,868 kilometer (km) jalan baharu dan menambah baik jalan raya yang hampir sama dengan jarak antara Putrajaya dan Mumbai, bagi manfaat 3.7 juta penduduk.

Lebih 90 peratus kawasan di seluruh negara menerima akses kepada bekalan air bersih yang boleh memanfaatkan 354,400 isi rumah. Akses kepada air bersih boleh memperbaiki kehidupan 1.8 juta individu di seluruh negara.

Sebanyak 161,931 isi rumah menerima sambungan bekalan elektrik dengan jumlah liputan bekalan elektrik kepada 98.9 peratus. Sambungan bekalan elektrik boleh memanfaatkan 809,655 individu.

Tahun lalu, sebanyak 103,033 rumah dibina dan dibaik pulih untuk golongan miskin luar bandar, dalam usaha menyediakan kediaman serta meningkatkan taraf hidup 515,170 penduduk luar bandar.

Sejak 2013, seramai 88 penduduk menyertai Program Desa Lestari yang berupaya meningkatkan pendapatan 95,832 individu.

Sebanyak 15 kampung baharu turut menyertai Projek Desa Lestari pada 2017, manakala 87 peratus usahawan Cabaran Perniagaan Luar Bandar 2015 merekodkan lonjakan pendapatan melebihi 30 peratus.



Source link

read more

Laporan NTP: BR1M capai matlamat


grafik4.transformedMO, 24/3/2018, KUALA LUMPUR: Usaha menangani kos sara hidup rakyat mencapai matlamat 100 peratus petunjuk prestasi utama (KPI) secara konsisten menerusi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Sepanjang pelaksanaan Program Transformasi Negara (NTP), kerajaan memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi mengurangkan beban rakyat berdepan kesan kos sara hidup tinggi.

Menurut Laporan NTP, seramai 7.3 juta individu dan keluarga yang layak menerima bantuan berkenaan tahun lalu, membabitkan impak kewangan RM6.31 bilion.

Daripada jumlah berkenaan, RM450 diagih kepada individu belum berkahwin berpendapatan kurang RM2,000 sebulan, manakala RM900 diberi kepada 392,319 isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000 sebulan.

Dalam masa sama, seramai 3.84 juta isi rumah berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan menikmati bantuan BR1M sebanyak RM1,200.

Pemberian BR1M bertujuan membantu penerimanya menampung kos barangan runcit, bil bulanan dan perbelanjaan sekolah.

Selain itu, BR1M turut memberi kemudahan kepada penerima menggunakan dana BR1M sebagai deposit untuk membeli kereta bagi menawarkan khidmat Uber.

FAKTA NOMBOR

  • RM25.65 billion – agihan BR1M kepada tujuh juga penerima sejak 2012
  • RM6.31 bilion – agihan BR1M tahun lalu.



Source link

read more

Huawei Hadir Dengan Gambar Acah Untuk Peranti Huawei P20 Porsche Design – Amanz


Huawei sejak sebelum ini telah memperkenalkan beberapa peranti mereka dengan pilihan edisi khas, dibawah Porsche Design. Dengan pelancaran siri-P20 yang dijadualkan dalam beberapa hari lagi ini, Huawei kini hadir dengan sebuah gambar acah baru yang memperlihatkan Huawei P20 Porsche Design turut akan diperkenalkan.

Sebelum ini sendiri, kita telah melihat penawaran “Porsche Design” daripada Huawei yang menawarkan sedikit perubahan pada peranti berspesifikasi tinggi mereka – dan pada masa yang sama menawarkan storan dan memori bersaiz lebih besar.

Ia tidak diketahui lagi sama ada kita akan melihat peranti “Porsche Design” dengan pilihan storan 512GB atau sebaliknya. Tetapi, seperti biasa, sama-sama kita nantikan tarikh 27 Mac ini untuk melihat apakah kejutan yang disediakan oleh Huawei.



Source link

read more